Tan Sri Vincent Tan Kukuhkan Pegangan Dalam 7-Eleven

Tan Sri Vincent Tan Kukuhkan Pegangan Dalam 7-Eleven

Tatkala tindakannya mengurangkan kepentingan pada Berjaya Corp, Vincent Tan iaitu pengasas Bcorp kini dilihat telah meningkatkan pegangannya pada 7-Eleven Malaysia dengan pembelian 4.05 juta atau 0.36%. Secara menyeluruh menjadikan pegangan langsungnya pada syarikat serbaneka dan famaseutikal itu kepada 22.31%, setakat 10 Februari lalu.

Penambahan kepentingan itu sekaligus menjadikan Vincent Tan selaku pemegang saham kedua terbesar 7-Eleven setelah Classin Union Group yang di bawah naungan pemilik bank Taiwan Tsai Tzung-Han memiliki kepentingan sekitar 25.87%. Menurut laporan TheEdge lagi, sementara pegangan tidak langsung pula memperlihatkan kepentingan Vincent Tan sekitar 10.33% pada 7-Eleven.

Berdasarkan prestasi pula, setakat September lalu 7-Eleven telah berjaya melonjakkan keuntungan bersihnya kepada RM13.66 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021. Prestasi ini diperlihat telah disumbang oleh hasil segmen serbaneka da farmaseutikal dengan perkembangan 45% kepada RM988.21 juta.

Shopee Menawarkan Pinjaman Kewangan Sehingga RM100K, 24 Jam Kelulusan

Shopee Menawarkan Pinjaman Kewangan Sehingga RM100K, 24 Jam Kelulusan

Ekoran perubahan tingkahlaku pengguna dalam aliran perbelanjaan negara semakin ketara kesan sokongan teknologi, Shopee kini mula menggandakan strategi pemasaran mereka – apabila meluaskan ciri SLoan, iaitu akses pinjaman fleksibel kepada para pengguna aktifnya.

Sebelum ini, akses SLoan hanya tersedia buat peniaga sahaja untuk mengukuhkan aliran kewangan mereka dalam perniagaan. Lebih menarik permohonan pinjaman ini dimaklumkan akan melalui proses kelulusan yang pantas untuk pengguna, iaitu dalam tempoh 24 jam sahaja.

Maka untuk menikmati akses pinjaman sehingga RM100,000 dan serendah RM1,000 ini, para pengguna perlu memuat-turun aplikasi Shopee untuk memiliki ciri SLoan tersebut. Selanjutnya memaparkan kad pengenalan diri ataupun kad MyPR (penduduk tetap) pada proses permohonan, untuk menjamin had umur pengguna menepati kriteria akses pinjaman iaitu berusia 18 tahun dan ke atas.

 

 

Manakala berhubung persoalan had kredit pinjaman yang lebih tinggi pula, kadar tersebut dimaklumkan akan ditentukan oleh Shopee berasaskan semakan berkala pada akaun aplikasi pengguna. Bagaimanapun ia boleh diselaraskan dari semasa ke semasa mengikut ketetapan aplikasi.

Namun perlu diingatkan, bagi setiap kelewatan membayar semula pinjaman ini – caj 8% tambahan akan dikenakan bagi setiap tunggakan ke atas pengguna. Diikuti kos setem 0.5% pada jumlah pinjaman, kadar faedah sekitar 18% setahun pada pinjaman dan penolakan RM5 bagi setiap pengeluaran pinjaman.

Meskipun akses ini telah tersedia pada aplikasi Shopee, tetapi hanya sekumpulan pengguna sahaja boleh laksana permohonan pinjaman. Dimaklumkan ciri SLoan ini akan diperluas dari semasa ke semasa kepada seluruh pengguna tidak lama lagi. Maka sebarang kesulitan yang berlaku, para pengguna boleh layari bahagian khidmat pelanggan Shopee untuk laksana aduan dan maklum-balas berhubung ciri aplikasi ini.

Inisiatif Rahmah Akan Diperluaskan Sektor Perbankan, Korporat

Inisiatif Rahmah Akan Diperluaskan Sektor Perbankan, Korporat

Ekoran menerima maklum-balas yang baik pada inisiatif Menu Rahmah di pasaran melibatkan industri makanan, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini sedang pertimbang keupayaan penyertaan yang sama libatkan sektor perbankan dan korporat dalam inisiatif Rahmah negara.

Sekiranya kolaborasi yang lebih luas ini dicapai bersama syarikat besar seperti Petronas, Sime Darby, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan sektor perbankan negara, KPDN melihat ia akan membantu rakyat dengan lebih meluas – khususnya melalui aspek pengurangan tekanan kos sara hidup semasa.

Seperti yang umum ketahui, ketika ini sejumlah 15,000 premis kedai makan dan restoran telah turut serta menawarkan Menu Rahmah bernilai RM5 dan ke bawah kepada masyarakat negara. Lebih merancakkan inisiatif ini, apabila terdapat penyertaan restoran makanan segera dan kafe minuman turut menawarkan inisiatif yang sama kepada para pengguna. Buat masa ini, kenyataan itu masih diperingkat awal dan sebarang lanjutan insiatif akan dikongsikan KPDN dari semasa ke semasa kelak.

Cukai Untuk Golongan T20 Akan Dinaikkan

Cukai Untuk Golongan T20 Akan Dinaikkan

Pada pembentangan Belanjawan 2023 akhir bulan ini, terdapat beberapa perubahan dijangka berlaku pada initipati bajet tersebut – antaranya kemungkinan kenaikan cukai pendapatan dalam kalangan golongan berpendapatan tinggi.

Pengamatan Ambank Economic Research pada nota penyelidikannya menunjukkan potensi itu boleh berlaku, susulan kerajaan tiada hasrat mengembalikan cukai GST atau cukai baharu dalam usaha mempelbagaikan hasil negara. Malah, langkah negara mengekalkan dan menambah-baik penawaran subsidi tertentu juga dilihat akan menyumbang kepada peningkatan cukai kalangan T20.

Buat pengetahuan umum setakat taksiran cukai pendapatan sebelum ini, telah meletakkan cukai pendapatan tertinggi yang meraih perolehan tahunan sekitar RM2 juta atau lebih – berdepan cukai sekitar 30%. Meskipun dijangka peratusan ini akan meningkat, penganalisis meletakkan sasaran hanya kenaikan kecil sahaja berlaku.

Selain kenaikkan cukai tersebut, mengikut laporan BH pemerhati ekonomi turut menjangkakan peruntukan Belanjawan 2023 kali ini akan lebih sederhana atau sedikit rendah berbanding peruntukan awal – sekitar RM372.3 bilion yang diusulkan pada tahun lalu. Meskipun tidak diketahui jumlah sebenar, namun PM Anwar telah memberi gambaran awal bahawa sebarang perubahan peruntukan bajet, dijamin tidak akan menjejaskan pembangunan negara pada tahun 2023.

Rakyat Malaysia Akui Hutang Membebankan Aliran Tunai

Rakyat Malaysia Akui Hutang Membebankan Aliran Tunai

Ternyata sekitar 30% rakyat negara akui, tanggungjawab hutang ketika ini dilihat membebankan aliran tunai mereka dalam jangka masa panjang. Dapatan Bank Negara Malaysia (BNM) berlandaskan Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan (FCI) 2021 itu, turut menjelaskan perolehan hutang sebahagiannya telah disumbang hasil gaya hidup yang tidak sihat di awal permulaan kerjaya. Iaitu berbelanja melebihi daripada kemampuan bulanan, ini secara langsung menjerumuskan segelintir rakyat ke paras hutang yang membebankan – ini merangkumi pinjaman peribadi, kenderaan dan perumahan.

Perkongsian BNM pada sidang Cabaran Kesejahteraan Sosial baru-baru ini turut memperincikan sekitar 47% rakyat Malaysia menghadapai kesukaran menyediakan dana kecemasan sebanyak RM1,000. Ini sekaligus mencerminkan kadar simpanan rakyat juga semakin berkurangan.

Selain itu, terdapat satu pertiga rakyat juga akui tidak berminat untuk dapatkan sokongan insurans atau perlindungan takaful. Di samping 60% turut akui keperluan takaful dan insurans ini dikategorikan sebagai sokongan mewah dan mahal.

Data ini secara langsung membenarkan dapatan UOB bahawa ekonomi Malaysia masih bergantung kepada perbelanjaan isi rumah. Ia bermakna, perolehan tunai bulanan akan diagihkan mengikut keutamaan termasuklah pembiayaan pada skim kesejahteraan.

Online
Hi! Boleh kami bantu?