Pengurusan Pensijilan MeSTI

KENAPA RAMAI GUNA KHIDMAT PERUNDING KAMI?

Kami mengurus hampir ratusan syarikat di Malaysia untuk khidmat pensijilan MeSTI.  Sijil ini memainkan peranan penting untuk pengeluar produk makanan di Malaysia. Sijil MeSTI ini juga akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Kelebihan memiliki sijil mesti

  • Memudahkan pemasaran produk di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Koperasi 1Malaysia (COOP1M) serta memberi peluang pasaran di pasaraya besar dan sebagainya.

  • Memberi kemudahan dalam mendapatkan Sijil Penjualan Bebas.

  • Memenuhi keperluan perundangan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan mewujudkan Program Jaminan Keselamatan Makanan.
  • Mendapat manfaat melalui aktiviti promosi.
  • Logo MeSTI pada label produk makanan dapat meyakinkan pengguna
    terhadap keselamatan makanan produk tersebut.

Abstrak sijil mesti

Makanan yang selamat ialah makanan yang dapat menghindarkan diri daripada penyakit dan tidak mendatangkan kemudaratan. Makanan yang selamat, bersih dan berkualiti memberi impak positif kepada kesihatan dan dapat memelihara nyawa. Terdapat pengusaha mengabaikan tanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan kualiti makanan yang mengakibatkan keracunan makanan. Makanan tidak dicuci dengan sempurna, makanan terdedah dan tidak ditutup, menggunakan peralatan yang berkarat dan proses pembuatan tidak mengikut spesifikasi antara punca yang menyebabkaan makanan tercemar dan mendatangkan mudarat kepada pengguna. Pensijilan MeSTI merupakan salah satu pensijlan makanan yang diwajibkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia kepada sektor pembuatan produk makanan bertujuan menjaga kualiti, keselamatan dan kebersihan. Impak keselamatan makanan bukan hanya kepada anggota fizikal, malah mempunyai kaitan dengan objektif pensyariatan hukum yang dinamakan maqasid syariah. Salah satu prinsip maqasid syariah ialah memelihara nyawa. Kesimpulannya, elemen keselamatan pembuatan produk makanan yang terdapat dalam pensijilan MeSTI mencakupi aspek keselamatan makanan secara holistik dan bertepatan dengan konsep maqasid syariah memelihara nyawa. Sangat disarankan agar pengusaha produk makanan mematuhi sepenuhnya prosedur Pensijilan MeSTI.

Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)

Suatu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) yang minima bagi mengawal operasi pemprosesan dalam sesebuah premis pengilangan makanan.

Audit

Penilaian berdasarkan bukti, yang dilakukan secara bebas dan sistematik, dilakukan oleh juruaudit terlatih bagi mengenal pasti sama ada elemen elemen MeSTI dan keputusan yang berkaitan mematuhi perancangan yang
disusun, dan sama ada ianya dilaksanakan secara efektif dan bersesuaian dalam mencapai objektif keselamatan makanan.

Audit Lapangan

Aktiviti pemeriksaan yang dijalankan bagi menilai tahap kesediaan terhadap
pematuhan elemen-elemen MeSTI di premis pemohon.

Audit Susulan

Aktiviti pemeriksaan yang dijalankan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas audit penilaian dilaksanakan. Bagi tujuan pensijilan, semua ketidakpatuhan mestilah ditutup mengikut masa yang telah ditetapkan sebelum kelulusan
pensijilan MeSTI diberikan.

Audit Pemantauan

Aktiviti pemeriksaan yang dijalankan di premis yang telah memperolehi pensijilan MeSTI bagi mengesahkan elemen MeSTI dilaksanakan secara efektif dan berterusan di premis tersebut.

Juruaudit

Juruaudit adalah pegawai yang berkhidmat di Ibu Pejabat BKKM, KKM dan pegawai yang bertugas di BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan juga di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)

Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM)

PJKM adalah suatu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila ia dimakan.

Premis Pengilangan Makanan

Premis pengilangan makanan adalah premis yang menjalankan aktiviti
pemprosesan yang meliputi proses kawalan penerimaan bahan mentah,
pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan/ atau pengedaran makanan
di Malaysia.

PRA – SENARAI PERMOHONAN

  1. Profil Syarikat
  2. Profil/Senarai Produk
  3. Susun atur premis/kilang/pusat dapur/

MOHON DENGAN KAMI SEKARANG

Kami mempunyai kumpulan yang berpengalaman untuk membantu anda dengan permohonan sijil MeSTI di Malaysia.

Online
Hi! Boleh kami bantu?