Pengurusan Pensijilan Trust My Catering
KENAPA PERLU ADA SIJIL TRUST MY CATERING?
Pensijilan Trust MyCatering merupakan satu mekanisma kawalan keselamatan makanan yang komprehensif bagi industri katering untuk memastikan pematuhan kepada keperluan keselamatan dan kualiti makanan. Ini adalah bagi menangani isu keracunan makanan melibatkan industri katering secara lebih proaktif.
Pensijilan ini juga merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada pengusaha katering yang komited dalam menghasilkan makanan yang selamat. Bimbingan secara berterusan akan diberikan kepada pengusaha catering yang memohon pensijilan ini.
Trust my catering (skala kecil & sederhana)
Objektif & Kelebihan memiliki sijil trust my catering
- Memberi pengiktirafan rasmi kepada pengusaha katering skala kecil dan
sederhana yang memenuhi kriteria pensijilan ini. - Mempromosi dan meningkatkan peluang kebolehpasaran produk makanan katering skala kecil dan sederhana melalui jenama Trust MyCatering daripada KKM.
- Bimbingan dari segi teknikal dan pelabelan oleh KKM
- Meningkatkan tahap keselamatan makanan yang dihasilkan.
- Meningkatkan keyakinan orang ramai melalui logo Trust MyCatering pada label pembungkus dan mengelakkan kejadian keracunan makanan.
- Pelekat logo Trust MyCatering akan diberikan secara PERCUMA kepada
setiap pengusaha katering skala kecil dan sederhana yang mendapat pensijilan kali pertama. - Membantu pengusaha katering makanan memenuhi keperluan Peraturan Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009)
Definisi
- Katering Makanan
Perkhidmatan penyediaan, penyimpanan, pengedaran dan penghidangan
makanan untuk diambil oleh pengguna di suatu tempat yang disediakan. - Katering Makanan Skala Kecil
Perkhidmatan penyediaan, penyimpanan, pengedaran dan penghidangan
makanan untuk diambil oleh pengguna di suatu tempat yang disediakan. Bilangan pekerja kurang 10 orang & menyediakan makanan khas untuk 100 orang kebawah. - Katering Makanan Skala Sederhana
Perkhidmatan penyediaan, penyimpanan, pengedaran dan penghidangan
makanan untuk diambil oleh pengguna di suatu tempat yang disediakan. Bilangan pekerja antara 11-20 orang & menyediakan makanan khas untuk 500 orang ke bawah.
Katering Skala Kecil |
Pekerja: <10 Orang Jumlah Penyediaan Makanan: <100 Pax |
Katering Skala Besar |
Pekerja: 11<20 Jumlah Penyediaan Makanan: <500 Pax |
Trust my catering (mass katering)
Pensijilan Trust MyCatering untuk mass katering dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Permohonan untuk mendapatkan pensijilan ini adalah terbuka kepada semua jenis syarikat mass katering yang dikendalikan di restoran, kantin (kilang, agensi kerajaan/swasta, institusi pendidikan), hospital/ pusat rawatan harian, hotel, katering-kontrak dan mana-mana perkhidmatan makanan yang melibatkan semua golongan pengguna.
Pensijilan ini diwujudkan bagi mengiktiraf syarikat pengendali mass katering dalam menyumbang kepada perkembangan industri makanan negara serta mewujudkan persaingan sihat untuk industri katering makanan menghasilkan makanan yang selamat.
Pensijilan Trust MyCatering ini akan dijadikan jenama nasional dan diangkat menjadi satu trend di kalangan industri dan pengguna sekaligus melonjakkan permintaan terhadap makanan yang selamat di dalam industri ini. Melalui pensijilan ini, promosi dan peluang kebolehpasaran produk makanan katering dapat ditingkatkan.
Objektif & Kelebihan memiliki sijil mesti
- Memberi pengiktirafan rasmi kepada pengusaha katering skala kecil dan sederhana yang memenuhi kriteria pensijilan ini.
- Mempromosi dan meningkatkan peluang kebolehpasaran produk makanan katering skala kecil dan sederhana melalui jenama Trust MyCatering daripada KKM.
- Bimbingan dari segi teknikal dan pelabelan oleh KKM
- Meningkatkan tahap keselamatan makanan yang dihasilkan.
- Meningkatkan keyakinan orang ramai melalui logo Trust MyCatering pada label pembungkus dan mengelakkan kejadian keracunan makanan.
- Pelekat logo Trust MyCatering akan diberikan secara PERCUMA kepada setiap pengusaha katering skala kecil dan sederhana yang mendapat pensijilan kali pertama.
- Membantu pengusaha katering makanan memenuhi keperluan Peraturan Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009)
Jenis Hidangan | Contoh | ||
Mass Katering |
Pekerja: >20 Orang Jumlah Penyediaan Makanan: >500 Pax |
Hidangan Utama | Nasi berlauk/laksa/mee kari |
Hidangan Sampingan | Kuih Muih/Bubur Kacang/Kek |
PRA – SENARAI PERMOHONAN
- Profil Syarikat
- Profil/Senarai Produk
- Susun atur premis/kilang/pusat dapur/
MOHON DENGAN KAMI SEKARANG
Kami mempunyai kumpulan yang berpengalaman untuk membantu anda dengan permohonan sijil Trust My Catering di Malaysia.