Kumpulan Sasaran
- Terbuka untuk semua syarikat milikan tunggal, Sdn Bhd & Berhad dalam sektor pembekalan & perkhidmatan.
Faedah
- Lesen Petros yang sah membolehkan entiti untuk membekal barangan / perkhidmatan kepada kedua-dua sektor iaitu sektor huluan (“upstream”) industri minyak dan gas di Malaysia & Sektor hiliran (“downstream”) Kumpulan Syarikat-syarikat Petroleum Sarawak Berhad
Kelayakan Minima
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai syarikat ”Sdn Bhd” atau ”Berhad” atau “PLC” dan berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai milikan tunggal
- Modal berbayar dalam bentuk saham biasa hendaklah minima RM5,000 untuk milikan tunggal & RM50,000 untuk syarikat Sdn Bhd & RM100,000 untuk syarikat Berhad.
- Pensijilan dan lesen yang sah untuk setiap kategori kerja yang dipohon jika berkenaan (MOF/CIDB/JAS/UPKJ/SWEC/MOU)
- Kepakaran yang berkaitan dalam pengurusan operasi, pekerja mahir dan sistem bagi setiap kategori yang digunakan.