Pada pembentangan Belanjawan 2023 akhir bulan ini, terdapat beberapa perubahan dijangka berlaku pada initipati bajet tersebut – antaranya kemungkinan kenaikan cukai pendapatan dalam kalangan golongan berpendapatan tinggi.

Pengamatan Ambank Economic Research pada nota penyelidikannya menunjukkan potensi itu boleh berlaku, susulan kerajaan tiada hasrat mengembalikan cukai GST atau cukai baharu dalam usaha mempelbagaikan hasil negara. Malah, langkah negara mengekalkan dan menambah-baik penawaran subsidi tertentu juga dilihat akan menyumbang kepada peningkatan cukai kalangan T20.

Buat pengetahuan umum setakat taksiran cukai pendapatan sebelum ini, telah meletakkan cukai pendapatan tertinggi yang meraih perolehan tahunan sekitar RM2 juta atau lebih – berdepan cukai sekitar 30%. Meskipun dijangka peratusan ini akan meningkat, penganalisis meletakkan sasaran hanya kenaikan kecil sahaja berlaku.

Selain kenaikkan cukai tersebut, mengikut laporan BH pemerhati ekonomi turut menjangkakan peruntukan Belanjawan 2023 kali ini akan lebih sederhana atau sedikit rendah berbanding peruntukan awal – sekitar RM372.3 bilion yang diusulkan pada tahun lalu. Meskipun tidak diketahui jumlah sebenar, namun PM Anwar telah memberi gambaran awal bahawa sebarang perubahan peruntukan bajet, dijamin tidak akan menjejaskan pembangunan negara pada tahun 2023.

Online
Hi! Boleh kami bantu?