Bank Negara naikkan OPR ke 2%. Apakah kesan kepada kita?

Bank Negara naikkan OPR ke 2%. Apakah kesan kepada kita?

OPR atau dikenali sebagai Overnight Policy Rate, Kadar Dasar Semalaman ini adalah sebuah kadar yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas pinjaman dana pada seluruh bank di Malaysia. Untuk makluman pembaca, penetapan kadar dasar semalaman ini adalah dibawah pengurusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM. Peranan OPR ini dapat dilihat apabila bank melakukan pinjaman dari perbankan lain disebabkan kekurangan kadar dana simpanan perkhidmatan mereka.

Kesan OPR Naik

Bagi kenaikan kadar OPR ia meliputi dua kesan terhadap individu peminjam iaitu tempoh pembayaran menjadi lebih panjang ataupun kadar pembayaran semakin tinggi. Tindakan itu sememangnya tidak memberi pengguna pilihan yang baik. Bagaimanapun kenaikan pada kadar OPR adalah menunjukkan langkah bank pusat dalam menyeimbangkan semula pertumbuhan ekonomi negara. Di mana meningkatkan kadar OPR, perbelanjaan aliran tunai negara semakin perlahan dan ia secara terus dapat meningkatkan simpanan negara. Pembukaan semula ekonomi global yang berterusan dan keadaan pasaran buruh yang bertambah baik terus menyokong pemulihan aktiviti ekonomi.

Ini sebahagiannya telah mengurangkan kesan konflik ketenteraan di Ukraine dan langkah-langkah pembendungan yang ketat di China,” kata Bank Negara dalam satu kenyataan hari ini.

Kesan OPR Turun

Kebiasaannya apabila kadar OPR semakin menurun, ini menunjukkan kedudukan ekonomi dunia tidak stabil. Malah keadaan pandemik COVID-19 ketika ini turut menjadi faktor utama dalam menyumbang kepada kegawatan tersebut. Penurunan OPR juga adalah bersifat positif. Ini kerana, ia menunjukan inisiatif bank pusat untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara kembali pulih. Dengan adanya pengurangan ini ia mampu mengukuhkan semula dasar fiskal negara.


Tindakan ini secara langsung membantu rakyat membayar kadar faedah pada tahap yang lebih rendah, sekaligus faktor ini meningkatkan simpanan rakyat negara. Penawaran moratorium ke atas pinjaman turut membantu inisiatif tersebut. Seterusnya, penurunan OPR sedikit sebanyak mampu meningkatkan semula aliran tunai perbelanjaan rakyat negara. Kadar faedah yang lebih rendah pada pinjaman sewa beli, peribadi mahupun kad kredit mampu mengurangkan bebanan rakyat.

Ia secara terus dapat merangsang semula ekonomi negara. Selain itu, kadar inflasi negara turut mengalami pengurangan susulan pengurangan pada kadar OPR ini. Secara keseluruhannya, walaupun kadar OPR menunjukkan krisis ekonomi dunia semakin teruk – namun ia juga antara langkah yang baik bagi membantu memulihkan semula pertumbuhan ekonomi negara. Rakyat seharusnya menggunakan peluang ini untuk membina semula kewangan peribadi masing-masing.

Online
Hi! Boleh kami bantu?