by Faiz Riziq | Aug 31, 2024 | Fakta & Informasi
Seperti umum sedia maklum, menjelang 2045 dijangka 1 dalam 7 penduduk di Malaysia adalah mereka yang berusia 65 tahun ke atas. Menyedari populasi negara ke arah menua, kini didapati terdapat 11 daerah baharu di Malaysia telah memasuki senarai kategori populasi menua tersebut. Lebih membimbangkan, senarai itu secara langsung telah menjelaskan semua daerah di Perak dan Kedah kini terlibat dalam kategori masyarakat menua. Data ini seiring dengan pengukuran yang dilaksanakan United Nations iaitu terdapat 3 kategori penuaan ditetapkan. Merangkumi masyarakat menua (7%), masyarakat tua (14%) dan masyarakat sangat tua (20%).
Pada penanda aras itu, ia bermakna semua daerah di Perak dan Kedah telah lebihi 7% populasi menua. Mengikut data DOSM di bawah Anggaran Penduduk Semasa Mengikut Daerah Pentadbiran 2024 ini, secara menyeluruh penduduk negara yang berusia 60 tahun dan lebih telah memaparkan peningkatan secara berkala pada setiap tahun. Sebagai perincian, penduduk berumur 60 tahun ke atas pada 2024 telah meningkat kepada 11.6% berbanding 11.3% (2023). Manakala penduduk berumur 65 tahun ke atas pula telah meningkat kepada 7.7% berbanding 7.4% pada 2023.
Jumlah peratusan ini secara jelas hampir menyamai populasi penuaan yang dikuat kuasakan di bawah Dasar Warga Emas Negara (DWEN). Di mana penuaan ialah apabila penduduk berusia 60 tahun ke atas mencapai 15% daripada jumlah penduduk negara.
Melihat pada peningkatan peratusan tersebut, sekaligus menuntut peranan pentadbiran untuk meluaskan lagi akses meliputi sosial, kesihatan dan ekonomi kepada rakyat negara. Adanya langkah persediaan tersebut ia berupaya tidak mengugat produktiviti serta kecekapan pasaran negara di masa mendatang.
Ini senarai 11 daerah baharu menua yang dimaklumkan;
- Beluru, Sarawak (7.5%)
- Mukah, Sarawak (7.2%)
- Telang Usan, Sarawak (7.2%)
- Kuala Langat, Selangor (7.2%)
- Sepang, Selangor (7.2%)
- Muallim, Perak (7.2%)
- Segamat, Johor (7.1%)
- Tumpat, Kelantan (7.1%)
- Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (7.1%)
- Tenom, Sabah (7.1%)
- Kuala Selangor (7.1%)
by Faiz Riziq | Aug 30, 2024 | Kesihatan & Insuran, Luar Negara, English & Other Country
Bank Negara Malaysia (BNM) kini menggesa pengendali insurans di pasaran untuk menyediakan penyelesaian yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan perlindungan buat pengguna di Malaysia. Jelas BNM pada sidang LIAM minggu ini, polisi perlindungan seharusnya tidak sekadar melibatkan diri pengguna bahkan meliputi risiko ke atas persekitaran domestik. Setakat ini sahaja kadar penembusan insurans hayat berbanding KDNK adalah 3.7%. Angka ini lebih tinggi berbanding purata 2.1% kalangan negara Asia yang lain.
Namun menyedari ketidaktentuan krisis global dilihat berupaya memberi kesan kepada pengguna negara. Maka keperluan galakkan pemilikan perlindungan adalah penting sebagai langkah berjaga di masa hadapan. Adanya penawaran polisi perlindungan yang lengkap ini, ia tidak sekadar meningkatkan akses kesihatan pengguna negara tetapi turut membantu menyokong nilai ringgit susulan pengurangan tumpuan terhadap produk insurans luar negara sekaligus mengurangkan permintaan terhadap mata wang asing. Secara menyeluruh usaha ini akan membantu menyokong pertumbuhan negara secara berperingkat.
by Faiz Riziq | Aug 30, 2024 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Boost Bank, cabang bank digital yang dikelola Axiata Group dan RHB Bank kini bersedia menawarkan akses pinjaman buat kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bermula Oktober kelak. Ketersediaan ini akan dicapai setelah segmen pembiayaan mikronya Boost Credit melengkapkan pemindahan buku pinjaman kepada Boost Bank menjelang September ini. Adanya penyelesaian tersebut, ia akan memudahkan RHB Bank untuk menyediakan akses pinjaman kepadda PKS negara – merangkumi pinjaman modal kerja dan rantaian bekalan.
Selain akses tersebut, Boost Bank turut akan melancarkan kad debit pada September ini. Menerusi kemajuan itu, dijangkakan ekosistem Boost Bank akan terus meluas. Setakat ini sahaja pengguna Boost Life sekitar 11.2 juta dan peniaga negara pula meningkat kepada 656,000.
by Faiz Riziq | Aug 29, 2024 | Perbankan
GXBank, Zurich Malaysia kini secara rasminya melancarkan kerjasama mereka dalam meluaskan akses insurans mampu-milik kepada pengguna bank digital GXBank dalam memerangi aktiviti penipuan siber di pasaran negara. Di mana dengan serendah langganan RM1 sebulan, pengguna negara kini boleh meraih tuntutan perlindungan akaun sehingga RM5,000.
Menerusi pelancaran Cyber Fraud Protect hari ini, terdapat 3 pakej insurans tersedia buat pengguna negara merangkumi Pakej Asas dengan langganan RM1 sebulan bersama tuntutan sehingga RM5,000, diikuti Pakej Plus pada harga RM2 sebulan bersama tuntutan sehingga RM10,000 diikuti Pakej Pro dengan harga RM4 bersama tuntutan perlindungan sehingga RM20,000.
Perlindungan ini untuk penjelasan lanjut tidak hanya melindungi akaun GXBank tetapi turut merangkumi kad debit dan kad kredit pautan bersama dompet digital di aplikasi. Adanya akses ini ia selari dengan matlamat GXBank untuk memenuhi penyelesaian perbankan buat rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan khususnya dari aspek perlindungan. Ini termasuklah penawaran keselamatan ciri perbankan yang lebih baik, dan pendedahan berhubung literasi kewangan.
Bagaimanapun, sekadar peringatan GXBank adalah bank digital pertama negara yang meraih pelesenan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) Bank Negara Malaysia pada 29 April 2022 lalu. Ini bermakna ia berperanan selaku bank konvesional, yang jelas memaparkan status GXBank bukanlah di bawah patuh-syariah.
by Faiz Riziq | Aug 28, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Perubahan sentimen pengguna dalam perbelanjaan rentetan konflik yang berlaku di Timur Tengah – Berjaya Food kini berdepan kerugian bersih sebanyak RM91.51 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 (FY24). Kesan tekanan tersebut, mengikut makluman Bursa hasil kumpulan turut didapati menyusut 34.6% kepada RM730.3 juta berbanding RM1.11 bilion yang dicapai pada tahun lalu.
Selain kesan sentimen sedemikian, BFood juga memperincikan tindakan pelupusan kepentingan ekuiti dalam Jollibean Foods turut menjejaskan rekod hasil dan kerugian kumpulan. Meskipun berdepan tempoh sukar ini, operasi kumpulan kekal optimis akan pemulihan prestasi pada tahun kewangan mendatang. Aturan ini akan diselari dengan pelarasan strategik dan pengukuhan kewangan secara berperingkat.
Recent Comments