by Faiz Riziq | Nov 27, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi
Ternyata seramai 1,787 usahawan Bumiputera di negara kini telah dikenakan status bankrap berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) – sejak 2019 sehingga September 2023 lalu. Angka ini menurut MdI berlaku kesan ketidakseimbangan aliran operasi yang dilaksanakan kumpulan usahawan Bumiputera tersebut – menyebabkan mereka diklasifikasi muflis. Ia secara langsung turut menjejaskan kemampanan ekosistem perusahaan, mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di pasaran negara.
Maka untuk melandaikan isu tersebut, Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyarankan usahawan Bumiputera negara untuk memanfaatkan beberapa pendekatan yang telah dicapai oleh pihak mereka bersama agensi pelaksana. Antaranya sedia khidmat nasihat pengurusan kewangan dan kredit bersama AKPK. Diikuti kursus keusahawanan dan kursus urus tunai bersama Institut Keusahawan Negara (INSKEN) serta terlibat dalam pengurusan kewangan perniagaan bersama SME Bank dan TEKUN Nasional.
Melalui garapan ini, KUSKOP melihat ia akan membantu usahawan Bumiputera lebih memahami akan kelangsungan perniagaan pada jangka masa panjang. Dan membantu kumpulan usahawan menstruktur semula pinjaman serta penjadualan operasi mereka dengan lebih baik.
by Faiz Riziq | Nov 27, 2023 | Fakta & Informasi, Tips, Tinjauan & Statistik
Sekiranya suku kedua 2023 memperlihatkan aliran produktiviti pekerja negara merosot -1.1%, kini prestasi tersebut diperhatikan sedikit memulih apabila produktiviti pekerja negara sekadar merosot sekitar -0.9% pada suku ketiga 2023. Fenomena ini menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), disumbangkan hasil peningkatan jumlah jam bekerja yang meningkat 4.2% kepada 9.4 bilion jam. Disusuli jumlah penduduk pekerja juga telah naik kepada 16.3 juta individu di pasaran Malaysia.
Adanya pengukuhan pertumbuhan ekonomi 3.3% dan pasaran buruh yang lebih baik ini, didapati perolehan jam bekerja juga turut meningkat kepadan RM42.2 per jam bagi tempoh tersebut. Prestasi ini sebahagian besarnya disumbang sektor Pembinaan dan Perkhidmatan dengan kenaikan produktiviti pekerja masing-masing sebanyak 5.2% dan 0.1% secara tahunan.

by Faiz Riziq | Nov 9, 2023 | Fakta & Informasi, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Selepas melancarkan siri khidmat pembayaran QR rentas sempadan di Singapura, Indonesia dan Thailand – pelanggan Maybank kini dapat menikmati akses yang sama ketika melancong ke China. Langkah ini tidak sekadar memberi manfaat kepada lebih 8 juta pengguna MAE tetapi turut memudahkan lebih 700,000 peniaga Maybank QRPay di Malaysia meraih akses transaksi dari pelancong China ketika berbelanja di negara.
Melalui penambahan koridor China bersama usahasama PayNet dan Alipay ini, ia turut mengukuhkan lagi kedudukan Maybank pada pasaran kewangan antarabangsa – dengan meningkatkan lagi usaha penyelesaian nirtunai negara di peringkat global.
Buat pengetahuan umum, dijangka pada tahun ini sejumlah 5 juta pelancong China akan memasuki Malaysia menyumbang kepada kemasukan pelancong secara menyeluruh sekitar 16 juta pada 2023. Menerusi kemasukan tersebut, ini akan meningkatkan lagi aliran perbelanjaan pelancongan negara. Setakat 2019 sekitar RM15.3 bilion telah disumbangkan pelancong China di Malaysia.
by Faiz Riziq | Nov 7, 2023 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Tips, Tinjauan & Statistik
Sekiranya golongan kaya di Malaysia ingin bersara dengan selesa – maka purata simpanan persaraan yang diperlukan adalah sekurangnya RM3.9 juta, ini tertumpula pada kumpulan yang miliki aset boleh labur antara $100,000 hingga $2 juta.
Lebih terperinci lagi, data di bawah Laporan Kualiti Hidup HSBC ini menjelaskan kumpulan ini yang berusia antara 25 hingga 39 tahun di negara perlu miliki simpanan purata sekitar RM4.86 juta, diikuti Gen X (40-54 tahun) sekitar RM4.53 juta dan Boomer (55-69 tahun) pula sekitar RM2.57 juta. Perolehan dana pencen ini diperhatikan berupaya disumbang melalui penyertaan golongan dalam skim simpanan persaraan, dana saham serta pelaburan bon individu.


Namun jika individu hanya bergantung kepada pendapatan gaji sepenuhnya dan warisan harta peninggalan semata maka ia berpotensi menjadikan dana persaraan mereka tidak mencukupi bagi jangka masa panjang. Ketika ini, tinjauan dapati 57% golongan kaya di Malaysia prihatin akan kepentingan persaraan.

Antara faktor yang menjadi kebimbangan simpanan persaraan individu pula adalah tahap kesihatan, kos penjagaan kesihatan yang semakin tinggi serta kadar inflasi yang turut berpotensi menjejaskan nilai simpanan mereka. Tambahan hasrat usia persaraan di Malaysia pula dijangka sekitar 57 tahun. Ini lebih awal berbanding beberapa negara global, menjadikan nilai persaraan akan lebih rendah berbanding umur persaraan wajib 60 tahun.
Secara menyeluruh, nilai purata persaraan di Malaysia (RM3.9 juta) ini jauh lebih rendah berbanding negara lain yang turut ditinjau HSBC iaitu dengan Hong Kong (RM5.2 juta), Singapura (RM4.4 juta). Sementara UK pula (RM3.6 juta) dan UAE (RM3.3 juta).
by Faiz Riziq | Nov 7, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi
Bagi memastikan sokongan tunai rakyat berpendapatan rendah terus terpelihara, kerajaan kini dalam pertimbangan untuk penawaran bantuan tunai khas secara bulanan – bagi melepasi pendapatan garis kemiskinan (PGK) makanan.
Pertimbangan ini telah mengambilkira persetujuan dibawah mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), di mana ia merangkumi isi rumah yang tidak berkemampuan menjana aktiviti pendapatan atas faktor usia mahupun kesihatan. Keperluan ini akan di semak oleh setiap kementerian dan agensi untuk mengesahkan jumlah penerima isi rumah miskin tegar yang telah dibantu dan menjana pendapatan melebihi PGK makanan pada tahun ini.
Buat pengetahuan umum, usaha ini bukanlah kali pertama dilaksanakan – sebelum ini terdapat pelbagai kementerian telah menetapkan langkah tersebut untuk membantu rakyat negara berkaitan keluar dari belenggu kemiskinan tegar.
Recent Comments