Selepas melancarkan siri khidmat pembayaran QR rentas sempadan di Singapura, Indonesia dan Thailand – pelanggan Maybank kini dapat menikmati akses yang sama ketika melancong ke China. Langkah ini tidak sekadar memberi manfaat kepada lebih 8 juta pengguna MAE tetapi turut memudahkan lebih 700,000 peniaga Maybank QRPay di Malaysia meraih akses transaksi dari pelancong China ketika berbelanja di negara.

Melalui penambahan koridor China bersama usahasama PayNet dan Alipay ini, ia turut mengukuhkan lagi kedudukan Maybank pada pasaran kewangan antarabangsa – dengan meningkatkan lagi usaha penyelesaian nirtunai negara di peringkat global.

Buat pengetahuan umum, dijangka pada tahun ini sejumlah 5 juta pelancong China akan memasuki Malaysia menyumbang kepada kemasukan pelancong secara menyeluruh sekitar 16 juta pada 2023. Menerusi kemasukan tersebut, ini akan meningkatkan lagi aliran perbelanjaan pelancongan negara. Setakat 2019 sekitar RM15.3 bilion telah disumbangkan pelancong China di Malaysia.

Online
Hi! Boleh kami bantu?