Pembiayaan Islam, Pinjaman Sewa Beli akan formaliti moratorium

Pembiayaan Islam, Pinjaman Sewa Beli akan formaliti moratorium

KUALA LUMPUR – Institusi perbankan sedang dalam proses memformalkan perjanjian-perjanjian bagi mencerminkan semakan terhadap syarat pembayaran balik dengan pihak peminjam/pelanggan yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap bagi pelaksanaan moratorium 6 bulan untuk pembayaran pinjaman/pembiayaan.

Langkah ini bagi memenuhi keperluan prosedur di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan Syariah yang terpakai bagi apa-apa perubahan yang dibuat terhadap syarat perjanjian-perjanjian tersebut, termasuk perubahan kepada jadual pembayaran dan/atau jumlah pembayaran berikutan moratorium ini.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, ia telah meminta institusi perbankan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan peminjam/pelanggan diberikan maklumat yang jelas mengenai proses dan perubahan terhadap syarat perjanjian mereka, selain menetapkan cara paling sesuai dan mudah untuk memuktamadkan perjanjian-perjanjian tersebut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Bermula pada 1 Mei 2020, peminjam/pelanggan yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap akan menerima notis pemberitahuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau surat berdaftar daripada institusi perbankan mereka berhubung dengan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyempurnakan proses penangguhan pembayaran pinjaman/pembiayaan mereka di bawah moratorium ini.

Institusi perbankan juga akan menyediakan bagi setiap peminjam/pelanggan maklumat terperinci mengenai perubahan yang dibuat terhadap setiap perjanjian pinjaman sewa beli atau pembiayaan Islam berkadar tetap mereka.

Maklumat tersebut mengandungi jadual pembayaran balik semakan dan apa-apa perubahan terhadap jumlah pembayaran, yang meliputi jumlah kadar faedah/keuntungan biasa yang terakru sepanjang tempoh moratorium.

Bank Pusat itu menambah, peminjam/pelanggan yang tidak berhasrat untuk mengambil moratorium kini boleh memaklumkan kepada institusi perbankan mereka dan meneruskan semula pembayaran berjadual mengikut syarat perjanjian mereka yang sedia ada.

Dalam hal ini, institusi perbankan akan memberikan masa yang mencukupi kepada peminjam/pelanggan mereka untuk menjelaskan apa-apa bayaran terkumpul/tertunggak yang sebelum ini ditangguhkan di bawah tempoh moratorium.

Institusi perbankan tidak akan mengenakan caj bayaran tertunggak atau bayaran lewat ke atas pembayaran tertangguh tersebut sehinggalah masa pembayaran perlu dibuat mengikut jadual pembayaran semakan yang disetujui dengan peminjam/pelanggan.

Peminjam/pelanggan digalakkan untuk merujuk laman sesawang, portal perbankan internet atau pusat hubungan institusi perbankan mereka untuk maklumat lanjut

Penangguhan 1 Bulan lagi – COVID19

Penangguhan 1 Bulan lagi – COVID19

Akibat penularan wabak Covid-19 serta lanjutan tempoh PKP di Malaysia. AEON Credit kali ini telah memberi kepada pelanggan mereka 1 bulan lagi penangguhan pembayaran pinjaman. Ini kerana ramai orang masih tidak dapat bekerja serta menjalankan perniagaan mereka akibat penularan wabak ini.

Insititut kewangan lain juga telah memberi penangguhan sehingga September 2020 bagi meringankan beban orang ramai yang tidak dapat bekerja dan ada juga yang telah diberhenti kerja akibat perniagaan majikan mereka terjejas ketika ini.

Dibawah ini kenyataan rasmi dari pihak AEON Credit Malaysia.

Surat Pelepasan Untuk Peniaga COD – PERCUMA

Surat Pelepasan Untuk Peniaga COD – PERCUMA

Sepanjang tempoh PKP ini, sering kita dengar beberapa kes penghantar makan persendirian tidak dapat melakukan penghantaran mereka antara sebab tidak mempunyai surat perlepasan atau surat rasmi atau dokumen yang tidak cukup menyebabkan mereka terkandas ketika sekatan jalan raya dijalankan oleh pihak berkuasa.

Malah PKP Fasa Ke-3 ini lebih ketat daripada sebelum ini, sedikit petikan ucapan dari Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob:-

“Kerajaan memutuskan mulai hari ini, sesiapa yang masih ingkar akan terus ditahan untuk dikenakan tindakan mahkamah dan tidak lagi dikompaun seperti fasa pertama dan kedua PKP.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan berdasarkan Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), mahkamah boleh mengenakan hukuman penjara maksimum dua tahun dan kesalahan seterusnya penjara lima tahun”


Ini menyebabkan beberapa perniagaan makanan secara COD tidak dapat dijalankan dengan baik dan menyukarkan mereka untuk berniaga secara atas talian. Disini, pihak kami di I-Corp Consultancy telah meminta nasihat dan cadangan daripada beberapa pegawai pihak berkuasa berkenaan ini.

Pelbagai nasihat dan cadangan telah diterima, pihak kami telah menyediakan contoh surat rasmi untuk pemilik perniagaan serta penghantar makanan untuk jadikan rujukan kepada pihak berkuasa ketika sekatan jalan raya secara PERCUMA.

Pihak kami juga menyarankan beberapa perkara penting iaitu:-

  1. Penghantar dibenarkan 1 orang 1 kenderaan SAHAJA
  2. Memakai Mask
  3. Memakai Sarung Tangan / Glove
  4. Sentiasa memakai handsanitizer

Pihak kami berharap sedikit pertolongan pihak kami dapat membantu para peniaga makanan atas talian dapat terus berniaga seperti biasa dan mohon pihak tuan/puan dapat memberi satu LIKE di page kami. Semoga anda semua dimurahkan rezeki. Dibawah ini pautan untuk di muat turun. Anda boleh edit seperti biasa mengikut perniagaan dijalankan oleh anda.

DOWNLOAD/MUAT TURUN

PAGE KAMI

Ekonomi Malaysia ada kelebihan

Ekonomi Malaysia ada kelebihan

KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai kelebihan berbanding negara lain dalam mendepani impak negatif penularan COVID-19 yang mencetuskan kejutan ekonomi global, demikian kata Bank Dunia.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Richard Record mengakui sememangnya negara ini akan terjejas dengan impak penularan virus itu, namun Malaysia mempunyai beberapa faktor yang menjadikannya lebih utuh berbanding kebanyakan negara lain dalam mengekang impak berkenaan.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai struktur ekonomi yang pelbagai, rekod pengurusan ekonomi makro yang mantap, pasaran modal domestik yang mendalam, institusi kewangan yang utuh dan pengalaman lalu dalam menangani krisis.

“Walaupun cabaran semasa ini tidak pernah berlaku sebelumnya, dengan sebab ini (kelebihan yang ada) Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk berdepan cabaran,” katanya kepada BH bagi mengulas mengenai kedudukan Malaysia dalam berdepan impak penularan COVID-19, semalam.

Mengulas lanjut Record berkata, impak COVID-19 terhadap ekonomi sebahagian besarnya akan bergantung kepada kaedah Malaysia diuruskan dalam menangani wabak pandemik itu, dan pada masa sama melindungi isi rumah yang mudah terjejas, syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan struktur meluas ekonomi daripada impak kejutan dicetuskan virus itu dan langkah yang dilaksanakan untuk mengekang pandemik.

Beliau berkata, seperti kebanyakan negara, Malaysia juga berdepan prospek penguncupan ekonomi, dan sebagai tindakan balas, kerajaan membuat pelarasan tepat pada masanya terhadap dasar fiskal dan monetari.

“Berbanding dengan ekonomi lain, pakej rangsangan RM260 bilion adalah besar (kira-kira 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK), tetapi lebih banyak bergantung kepada langkah bukan fiskal terutama penangguhan pembayaran balik pinjaman dan pengeluaran daripada caruman dana persaraan.

“Rangsangan komponen fiskal agak sederhana, mencerminkan paras ruang fiskal yang ada di negara ini serta kesan harga minyak yang lebih rendah ke atas hasil kerajaan.

“Suntikan langsung fiskal adalah RM35 bilion (kira-kira 2.3 peratus daripada KDNK) dan keutamaan lebih ke arah pemindahan langsung (bantuan) kepada rakyat,” katanya.

Mengulas sama ada Malaysia mempunyai ruang fiskal jika krisis COVID-19 bertambah buruk, Record berkata, pihaknya melihat tiga kemungkinan untuk negara ini mewujudkan lebih banyak ruang fiskal.

Beliau berkata, yang pertama, terdapat pilihan untuk membuat penyesuaian yang lebih mendalam terhadap item perbelanjaan operasi semasa bagi menyediakan sumber tambahan untuk tindak balas krisis bidang yang diutamakan.

Walau bagaimanapun, jelasnya, penjimatan mungkin tidak mencukupi untuk membiayai langkah rangsangan yang besar.

“Kedua ialah pendapatan tambahan bukan cukai boleh ditingkatkan untuk membiayai perbelanjaan rangsangan tambahan seperti dividen tambahan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau penjualan aset fizikal.

“Ketiga ialah campur tangan Parlimen dapat menghapuskan sementara sekatan kepada paras dan penggunaan tadbir urus pengurusan hutang awam.

“Dalam semua ini, kerajaan harus berhati-hati menyeimbangkan peruntukan sumber tambahan untuk keperluan perbelanjaan keutamaan dengan menjaga kredibiliti jangka sederhana institusi negara dalam pengurusan fiskal,” katanya.

Sumber: Bharian

Aplikasi Sedut Wang – SCAM

Aplikasi Sedut Wang – SCAM

WANG lesap dalam beberapa minit. Itu situasi yang berlaku selepas mangsa melakukan muat turun aplikasi direka sindiket penipuan dalam talian.

Modus operandi terbaharu sindiket penipuan itu dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) selepas menerima laporan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak pada 7 hingga 11 April lalu.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihaknya menerima enam laporan polis daripada mangsa berusia antara 24 hingga 59 tahun membabitkan kerugian RM295,000 bagi tempoh berkenaan.

Katanya, modus operandi sindiket itu membuat panggilan kepada mangsa dipilih secara rawak sebelum menghantar satu pautan melalui WhatsApp dan diarahkan melakukan muat turun aplikasi didakwa daripada Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu bnmsafe (8002).

“Mangsa kemudian diarahkan mengisi maklumat dalam borang dengan logo BNM berkenaan seperti nombor kad pengenalan, nombor kad ATM, kata laluan dan lain-lain.

“Selepas mendapat maklumat berkenaan, sindiket akan mengakses akaun bank mangsa dan meminta nombor kod pengesahan transaksi (TAC) membuat pemindahan wang ke dalam akaun pihak ketiga.

“Sebaik sahaja proses itu selesai, mangsa diarahkan membatalkan dokumen diisi berkenaan sebelum menyedari wang dalam akaun mereka lesap,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mohd Zakaria berkata, pihaknya sedang mengesan individu yang terbabit dengan sindiket berkenaan.

“Hasil siasatan dilakukan mendapati pautan dan aplikasi berkenaan sudah tiada dalam pencarian internet. Kami percaya ia dihentikan sementara sebelum diaktifkan semula nanti apabila orang ramai leka.

“Justeru, saya menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai mana-mana panggilan yang menyamar sebagai penguat kuasa atau kakitangan daripada institusi kewangan.

“Elakkan daripada memuat turun apa-apa aplikasi yang meminta maklumat peribadi dan perbankan selain jangan menyebarkan maklumat tidak pasti,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang keraguan boleh menghubungi info JSJK (melalui WhatsApp sahaja) di talian 0132111222,” katanya.

Sumber – HMetro

Online
Hi! Boleh kami bantu?