Kuasa Membeli Dari Rakyat Menurun, Kini 23.3% Dalam Tempoh 13 Tahun

Kuasa Membeli Dari Rakyat Menurun, Kini 23.3% Dalam Tempoh 13 Tahun

Sekiranya tahun 2010 isi rumah di Malaysia berupaya untuk berbelanja sejumlah barang pada nilai RM76.70 – keadaan itu nyata berbeza untuk pasaran semasa kerana dalam tempoh 13 tahun, pada 2023 bagi barangan yang sama pengguna perlu berbelanja sekitar RM100. Ini menunjukkan berlakunya penurunan 23.3% ke atas kuasa beli pengguna. Dapatan Jabatan Perangkaan (DOSM) ini memperincikan, situasi itu berlaku kesan kenaikan inflasi secara berkala telah menyebabkan kuasa beli pengguna berkurangan.

 

Kuasa Beli Pengguna merujuk kepada jumlah barangan dan perkhidmatan yang dibeli dengan satu mata wang.

 

Secara menyeluruh untuk tahun 2023, paras inflasi telah meningkat lebih perlahan iaitu kepada 2.5%. Tekanan kos itu antaranya dipacu oleh peningkatan 3 kumpulan utama seperti Restoran & Hotel dengan kenaikan kos 5.6%, Makanan & Minuman (4.8%), dan Barangan & Perkhidmatan (2.4%).

Berdasarkan tumpuan kos dalam Makanan dan Minuman – didapati antara produk berkaitan makanan asas yang menunjukkan peningkatan ketara adalah Ayam yang naik kepada RM10.28 sekilogram pada 2023, diikuti Nasi Putih naik kepada RM1.84.

Lonjakan ini sekaligus mempengaruhi corak perbelanjaan dan tingkahlaku rakyat dalam pasaran ekonomi semasa. Di mana pengguna akan meningkatkan perbelanjaan ke atas makanan, sekaligus berlakunya pengurangan kuasa beli ke atas perbelanjaan bukan makanan. Tambahan, krisis perubahan iklim yang telah merencatkan kapasiti bekalan ke atas negara pengeluar seperti India, Thailand dan Brazil juga turut menjadi faktor kepada peningkatan harga. Selain makanan, kenaikan kos barang dan perkhidmatan juga turut menyumbang kepada tekanan kos sara hidup lebih tinggi. Keadaan ini secara langsung mengecilkan lagi kuasa beli pengguna secara berkala.

 

AEON Bank, Bank Digital Islam Yang Pertama Akan Dilancarkan 26 Mei 2024

AEON Bank, Bank Digital Islam Yang Pertama Akan Dilancarkan 26 Mei 2024

Setelah menjadi antara 5 pemegang lesen bank digital yang diperakui Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kebenaran memulakan operasi selaku bank digital Islam di pasaran – kini dimaklumkan AEON Bank akan dilancar untuk semua pengguna mulai 26 Mei ini. Menerusi pimpinan Raja Teh Maimunah selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AEON Bank, pihaknya menyasarkan untuk melengkapkan keperluan perbankan kepada pengguna individu dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bersama sejumlah perkhidmatan patuh-syariah.

Selain PMKS, tumpuan perkhidmatan turut akan diutamakan kepada kumpulan pekerja rencam – yang kurang mendapat kapasiti perkhidmatan perbankan. Bagaimanapun untuk peringkat awal, terdapat beberapa penawaran khidmat akan tersedia termasuklah segmen simpanan, bajet perbelanjaan, tabung dan transaksi kepada pengguna individu. Namun berhubung segmen perniagaan pula dimaklumkan akan tersedia menjelang tahun 2025 kelak.

Apa yang menarik, pelbagai perkhidmatan di bawah AEON secara menyeluruh juga dijangka berpotensi diintegrasikan pada aplikasi bank digital ini kelak. Malah pihaknya miliki rancangan untuk melancarkan kad debit AEON Bank pada akhir tahun ini. Pada matlamat itu, ini akan mengalakkan lagi lebih ramai pengguna negara untuk sertai menggunakan kemudahan bank digital ini, sama-sama kita nantikan.

GX Bank & Zurich Tawarkan Insuran Suku Ketiga 2024

GX Bank & Zurich Tawarkan Insuran Suku Ketiga 2024

Menyedari sekitar 84% anak muda berusia antara 18 tahun sehingga 34 tahun didapati tidak miliki pelindungan – GXBank, bank digital kini memaklumkan laksana kerjasama bersama 3 bankasurans eksklusif selama 10-tahun, untuk menyediakan produk perlindungan mikro bagi rakyat Malaysia yang kurang kemampuan – bersama Zurich Malaysia dan Zurich Life Insurance.

Menerusi usaha ini, ia bertepatan dengan matlamat GXBank untuk memenuhi penyelesaian perbankan buat rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan khususnya dari aspek perlindungan. Ini termasuklah penawaran keselamatan ciri perbankan yang lebih baik, dan pendedahan berhubung literasi kewangan.

Berdasarkan langkah itu, dijangka produk pelindungan ini akan tersedia mulai suku ketiga 2024. Aturan ini secara langsung, akan melandaikan kebimbangan yang sedang berlaku pada pasaran semasa, di mana sekitar 58% orang dewasa di Malaysia didapati tidak miliki sebarang insurans hayat serta takaful. Pada kerjasama ini, ia membolehkan GXBank dan Zurich memenuhi keperluan kumpulan tersebut tanpa mengira kelas pendapatan dan kumpulan usia dengan konsep pelindungan mampu-milik.

Online
Hi! Boleh kami bantu?