by Faiz Riziq | Jan 31, 2024 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Kerajaan negeri Sarawak sedia menyatakan hasrat untuk tingkatkan pegangan pada Affin Bank, dan kini mengikut laporan The Edge, ia dikatakan mungkin mencapai sehingga 30%. Pada hari ini, Sarawak mempunyai pegangan sebanyak 4.8% pada bank tersebut.
Mengikut laporan, kerajaan negeri Sarawak berhasrat membeli pegangan Boustead dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), untuk mencapai sekitar 30% pegangan. Ini sekaligus dijangka akan memposisikan Sarawak sebagai pemegang terbesar pada bank berkenaan. Buat masa ini, pihak Affin Bank tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan ini.
by Faiz Riziq | Jan 30, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Luar Negara, English & Other Country
Bermula semalam, 29 Januari 2024, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 telah pun mula dikreditkan secara berperingkat kepada mereka yang berkelayakan. Melalui STR Fasa 1, kerajaan telah menaikkan bayaran sehingga RM500 kepada isi rumah, berbanding RM300 pada tahun lepas. Ini juga secara tidak langsung meningkatkan peruntukkan bagi Fasa 1 ini mencapai RM2.1 bilion.
Menurut kerajaan, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024. Dengan bantuan sumbangan ini, ia dijangka akan mengurangkan beban kos sara hidup yang kian meningkat akhir-akhir ini. Bagi orang ramai, anda boleh menyemak status kelayakan STR melalui laman rasmi di Bantuan Tunai hari ini. Anda turut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak klik pada pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab.
by Faiz Riziq | Jan 29, 2024 | Fakta & Informasi
Luno kini secara rasminya mengumumkan pengenalan ciri Stake bagi pasaran Malaysia, dan untuk fasa pengenalan ini, ia hanya menyokong kriptowang Ethereum. Fungsi Stake ialah salah satu kaedah untuk menjana ganjaran dari kripto dengan membantu mengesahkan transaksi mata wang kripto. Anda boleh menjadikan mata wang kripto anda sebagai Stake pada projek yang menggunakan mekanisme konsensus Proof-of-Stake untuk memproses transaksi seperti Ethereum.
Luno menyatakan mereka akan menawarakan ganjaran tahunan sehingga 4% dibawah ciri baharu ini, namun seperti biasa, angka ini bergantung pada keadaan rangkaian. Ganjaran akan diberikan kepada mereka yang terlibat, pada setiap minggu. Luno turut menyatakan mereka akan memperkenalkan ciri sama, tetapi untuk kriptowang Cardano dalam beberapa minggu lagi.
by Faiz Riziq | Jan 26, 2024 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Luar Negara, English & Other Country
Lanjutan pengenalan perkhidmatan Bursa Gold Dinar oleh Bursa Malaysia pada awal minggu ini, kini aplikasi berkenaan turut tersedia pada platform Android, selain iPhone. Menggunakanya, pengguna boleh melakukan pendaftaran, dan seterusnya mula membeli dan menjual emas menggunakan aplikasi berkenaan.
Sebaik sahaja memuat-turun dan melakukan pendaftaran, pengguna turut perlu melakukan pengesahan identiti – sebelum dapat melakukan pembelian emas. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melakukan pembelian emas pada harga bermula RM10.
Bursa Malaysia menyatakan platform mereka ini patuh syariah, dan pengguna turut boleh menebus emas dalam bentuk syiling fizikal. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Bursa Gold Dinar, dan menggunakannya dalam dagangan emas hari ini!
by Faiz Riziq | Jan 26, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Bank Negara Malaysia kini mengumumkan yang mana kadar OPR akan dikekalkan pada paras 3.0% tanpa sebarang kenaikkan atau penurunan. Menurut BNM, anggaran awal KDNK bagi suku keempat mengesahkan pertumbuhan keseluruhan pada tahun 2023 berkembang mengikut jangkaan. Untuk tahun 2024 juga, pertumbuhan dijangka akan terus meningkat, selari dengan pemulihan eksport dan perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan.
BNM turut menyatakan inflasi keseluruhan dan inflasi teras terus menurun pada suku ke-4 2023. Untuk tahun 2024, inflasi dijangka akan kekal sederhana. BNM menekankan yang mana pada tahap OPR semasa, dasar monetari terus menyokong ekonomi, serta konsisten dengan penilaian semasa berhubung prospek pertumbuhan dan inflasi
.
Recent Comments