Kenaikkan Kos Penginapan, Makanan & Minuman Sehingga 4.6% – DOSM

Kenaikkan Kos Penginapan, Makanan & Minuman Sehingga 4.6% – DOSM

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPR) yang bertindak mengukur perubahan harga perkhidmatan yang dikenakan dalam industri perkhidmatan tempatan di Malaysia – kini menunjukkan peningkatan kadar kos sebanyak 1.4% kepada 115.4 mata bagi suku ketiga 2023.

Situasi ini berlaku kesan peningkatan ketara yang tercetus dalam pelarasan kos pada perkhidmatan Penginapan, Aktiviti Perkhidmatan Makanan & Minuman yang naik 4.6%, diikuti Pendidikan (1.0%), perkhidmatan Kesenian, Hiburan & Rekreasi (0.8%), Pengangkutan (0.7%), Professional (0.4%) dan perkhidmatan Aktiviti Hartanah serta Kesihatan pula masing-masing 0.2%. Hanya subsektor perkhidmatan Maklumat & Komunikasi pula tidak menunjukkan sebarang peningkatan kos purata.

Jelas data di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini, peningkatan yang berlaku pada kos khidmat penginapan serta aktiviti makanan – ia didorong oleh peningkatan kos dalam Restoran & Aktiviti Makanan Bergerak yang telah naik sebanyak 5.2%, diikuti Perkhidmatan Minuman (4.3%), Inap Desa (1.6%) dan Katering & Aktiviti Katering, Makanan Lain (1.6%). Scenario itu sekaligus menggandakan kos purata dalam subsektor tersebut ke atas pengguna.

Sementara peningkatan kos dalam khidmat Pendidikan disumbangkan oleh Pendidikan Menengah (1.9%), Pendidikan Pra-Sekolah & Rendah (1.1%), Pendidikan Tinggi (0.9%) dan Pendidikan Lain (0.2%) dan Pengangkutan pula, dicetuskan pada peningkatan dalam aktiviti Pengangkutan Darat (1.9%), diikuti Aktiviti Kurier (0.2%) dan Pengangkutan Air Laut & Pesisir Pantai (0.1%).

 

Harga Bilik Hotel Bakal Naik Sehingga 30% Disebabkan Cukai Perkhidmatan

Harga Bilik Hotel Bakal Naik Sehingga 30% Disebabkan Cukai Perkhidmatan

Harga khidmat penginapan seperti di hotel dijangka bakal alami peningkatan dengan lonjakan kadar bilik berupaya mencapai sehingga 30% – mulai tahun hadapan. Situasi ini didorong hasil tindakan pentadbiran yang bakal melaras naik cukai perkhidmatan kepada 8% ke atas sektor ekonomi terpilih. Namun jangkaan peningkatan itu masih tidak diketahui secara menyeluruh berikutan tiada perincian lanjut berhubung tempoh sebenar pelaksanaan naik cukai perkhidmatan tersebut.

Menurut makluman TMI, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) setakat ini kebanyakan pengusaha hotel masih belum laksana sebarang keputusan berikutan tiada maklumat lanjut berkenaan kenaikkan itu. Berdasarkan perkongsian awal bajet lalu, antara sektor perkhidmatan yang tidak akan dikenakan cukai perkhidmatan 8% adalah perkhidmatan makanan, minuman dan telekomunikasi. Sementara sektor khidmat yang berpotensi berdepan kenaikan tersebut adalah antaranya pusat hiburan.

1 Mei 2024, Cukai Barangan Mewah Dilaksanakan

1 Mei 2024, Cukai Barangan Mewah Dilaksanakan

Sepertimana yang dibentangkan pada Belanjawan 2024 bulan lalu – kerajaan melalui Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini mengumumkan akan melaksanakan Cukai Barangan Mewah Bermula 1 Mei 2024 kelak. Bagaimanapun pendekatan pelaksanaan cukai ini akan diperincikan dalam masa terdekat dan difahamkan penguatkuasaannya akan meliputi barangan seperti barang kemas, jam tangan serta aset tertentu.

Senarai kategori barangan tersebut turut akan diperjelaskan dalam masa terdekat kelak. PM Anwar merangkap Menteri Kewangan (MOF) turut memaklumkan sebarang pelaksanaan cukai baharu akan diselaraskan mengikut pertimbangan ekonomi semasa bagi jangka pendek serta jangka masa sederhana.

OPR Bakal Naik, Jika Tambat Ringgit – MOF

OPR Bakal Naik, Jika Tambat Ringgit – MOF

Pentadbiran Malaysia ketika ini tidak bercadang serta kekal dengan pendirian untuk tidak laksana sebarang tindakan menambat ringgit dan kawalan tukaran mata wang asing – sepertimana yang dilaksanakan ketika berdepan Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998 lalu.

Aturan itu dilihat bukanlah penyelesaian yang mutlak susulan ekonomi dan sistem kewangan negara ketika ini adalah pada kedudukan yang lebih baik berdasarkan pasaran global. Malah cadangan itu sekadar menyebabkan Malaysia kehilangan kebebasan pada dasar monetari dan perlu mengikut kadar faedah mata wang menambaht ringgit.

Sekiranya negara ingin melaksanakan langkah, maka jika ringgit ditambat dengan dolar AS – maka negara perlu naikkan kadar faedah kita selari dengan kadar faedah di AS. Ia sekaligus meningkatkan lagi tekanan kepada kos pembiayaan kepada rakyat Malaysia. Senario itu secara langsung akan mendesak Bank Negara Malaysia (BNM) melaras naik Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke ambang yang lebih tinggi – iaitu sama seperti AS lebihi 5%.

Menjawab persoalan ketika sesi Parlimen itu, Kementerian Kewangan (MOF) melihat pelbagai aspek perlu diambilkira. Tindakan menambat ringgit tidak sekadar menjadikan paras OPR lebih tinggi bahkan aturan itu berupaya mempengaruhi sentimen pelabur yang berpotensi menjejaskan aliran modal negara.

Sumbangan Tunai Rahmah 2024, Kini Dibuka Untuk Permohonan

Sumbangan Tunai Rahmah 2024, Kini Dibuka Untuk Permohonan

Bertepatan dengan aturan Belanjawan 2024 sebelum ini, permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR) kini dibuka bermula hari ini (1 November) dan dimaklumkan tempoh permohonan akan tersedia sepanjang tahun untuk memudahkan rakyat negara. Melalui pembukaan ini, dijangka sekitar 60% daripada penduduk dewasa Malaysia bakal meraih manfaat bantuan tunai ini bersama peningkatan jumlah peruntukan RM2 bilion (25%) kepada RM10 bilion.

Berdasarkan perkongsian Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada pembentangan bajet lalu, didapati kadar maksimum STR akan meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700. Selain itu, bayaran pertama STR untuk isi rumah turut akan dinaikkan kepada RM500 dan akan diagihkan sebelum sambutan Ramadan kelak. Diikuti kadar minimum STR buat golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Secara menyeluruh terdapat 4 fasa agihan bayaran STR iaitu bermula Februari 2024, April 2024, Ogos 2024 dan November 2024. Maka untuk maklumat lanjut, semua pihak boleh layari pautan STR 2024 untuk memahami lanjut perolehan bantuan tunai tersebut.

PERMOHONAN DISINI

Online
Hi! Boleh kami bantu?