Tambah RM500 Untuk 2 Juta Pencarum – Belanjawan 2023 Madani

Tambah RM500 Untuk 2 Juta Pencarum – Belanjawan 2023 Madani

Menyentuh isu simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Malaysia pada Belanjawan 2023 kini memaklumkan akan menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 sebanyak RM500 – untuk ahli berusia 40 hingga 54 tahun yang miliki simpanan kurang RM10,000 dalam Akaun 1 mereka.

Usaha ini secara langsung akan membantu hampir 2 juta pencarum KWSP yang terkesan disebabkan pengeluaran pada era pandemik COVID-19 sebelum ini. Secara menyeluruh, sekitar RM1 bilion diperuntukan untuk membantu tambahan caruman kumpulan ini.

OPR kekal 2.75% Tapi Dijangka Naik Mei 2023

OPR kekal 2.75% Tapi Dijangka Naik Mei 2023

Setelah Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak mengekalkan paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) di takuk 2.75% pada 19 Januari lalu, dijangka angka tersebut berpotensi dinaikkan 25 mata asas (bps) kepada 3.00% menjelang Mei kelak. Ini bermakna, pengumuman paras OPR pada Mac hadapan, dijangka akan kekal di paras 2.75%.

Menurut pengamatan ekonomi Bloomberg ini, sekiranya pelarasan 3.00% itu telah dilaksanakan maka disasar ia akan dikekalkan sehingga akhir tahun 2023 dan Malaysia bakal alami penurunan semula OPR hanya pada suku pertama 2024 dan dijangka kembali meningkat pada suku keempat 2024 atau awal 2025.

 

 

Manakala ramalan inflasi pula diletakkan paras 3% pada tahun ini dan 2.3% pada tahun 2024. Diikuti pertumbuhan ekonomi negara pula kekal paras 4% dan akan alami peningkatan kepada 4.6% menjelang 2024.

Aliran ini menurut penganalisis adalah berpaksikan kepada konsep ekonomi terbuka negara yang berdepan kesan akan kelembapan ekonomi global. Walaupun permintaan luar akan lebih perlahan, namun permintaan domestik negara kekal berdaya saing. Ini menjadi faktor kestabilan ekonomi Malaysia sepanjang tahun 2023.

Dasar Gaji Pekerja Malaysia Akan Dikaji Bermula Mac Ini

Dasar Gaji Pekerja Malaysia Akan Dikaji Bermula Mac Ini

Antara faktor yang tingkatkan lagi tekanan kos sara hidup semasa, adalah struktur pendapatan di Malaysia yang diperhatikan tidak seimbang. Memahami kekangan itu, dasar berkaitan penggajian rakyat dimaklumkan akan diteliti pada sidang pertama Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) mulai Mac ini.

Menurut perkongsian pada Prestasi Ekonomi dan Pertumbuhan KDNK semalam, semakan dasar itu akan bertindak meneliti penyelarasan pendapatan rakyat negara berpaksikan sasaran pertumbuhan gaji negara. Usaha ini secara langsung akan membantu rakyat mengimbangi tekanan kos semasa, keperluan dan simpanan mereka di masa hadapan.

Kementerian Ekonomi akui, langkah ini sudah pasti akan mengamit pelbagai perhatian namun semua pihak perlu sedari dasar sedemikian memerlukan sedikit masa untuk mencapai persetujuan bersama. Ini kerana dasar berkaitan gaji harus melalui pelbagai peringkat sebelum ia direalisasikan.

Maka melalui usaha ini, pentadbiran dijangka melaksanakan sesi libat urus bersama khidmat awam dan sektor swasta bagi memahami persekitaran penawaran gaji semasa. Langkah ini sekaligus membantu Malaysia menambah-baik struktur ekonomi di pasaran.

Pekerja Malaysia Naik 3.2% Produktiviti – DOSM

Pekerja Malaysia Naik 3.2% Produktiviti – DOSM

Produktiviti pekerja negara kini kekal memaparkan peningkatan dari suku ke suku, apabila setakat suku keempat 2022 lalu – aliran produktiviti buruh per pekerja telah naik sebanyak 3.6% dengan jumlah pekerja naik 3.2%.

Tinjauan melalui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada laporan Produktiviti Buruh ini turut menunjukkan nilai tambah bagi setiap pekerjaan untuk tempoh tersebut juga direkodkan sekitar RM24,915 setiap pekerja.

 

 

Ia sekaligus memperlihatkan peningkatan yang lebih sederhana berbanding suku ketiga dengan lonjakan produktiviti sekitar 10.2%. Manakala secara keseluruhannya produktiviti buruh mengikut nilai ditambah per jam bekerja pula diperhatikan telah meningkat 1.8% kepada RM41.7 sejam bagi setiap pekerja berbanding data 2021 RM41.0 per jam.

Prestasi positif ini sekaligus mengukuhkan lagi aliran produktiviti pekerja negara pada 2022 dengan lonjakan 5.4% bersama peningkatan nilai ditambah setiap pekerja adalah RM95,628 berbanding RM90,697 pada 2021.

7 Juta Pencarum Melayu Miliki RM5,500 Dalam KWSP – MOF

7 Juta Pencarum Melayu Miliki RM5,500 Dalam KWSP – MOF

Susulan terdapat pertikaian berhubung prinsip pentadbiran negara untuk tidak membenarkan pengeluaran khas dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berlaku lagi, tahukah anda – median (penengah) simpanan untuk semua ahli KWSP kini telah merosot 50% dari 2016 sekitar RM16,600 (2016) kepada RM8,100 (2022).

Tidak hanya itu menurut perkongsian Kementerian Kewangan (MOF) pada sidang pagi Parlimen hari ini, berdasarkan perincian mengikut kaum – ternyata median simpanan melibatkan 7 juta pencarum kaum Melayu telah menurun dari April 2020 dengan RM16,900 kepada sekarang hanya RM5,500 sahaja. Sementara median simpanan melibatkan 1.4 juta pencarum Bumiputera pula telah menurun daripada RM10,600 kepada sekarang RM3,300.

Melihat pada aliran caruman ini, MOF menegaskan simpanan hari tua pencarum KWSP tidak lagi wajar dikeluarkan. Demi menjaga kepentingan dan kebajikan mereka di masa hadapan.

Online
Hi! Boleh kami bantu?