Produktiviti pekerja negara kini kekal memaparkan peningkatan dari suku ke suku, apabila setakat suku keempat 2022 lalu – aliran produktiviti buruh per pekerja telah naik sebanyak 3.6% dengan jumlah pekerja naik 3.2%.
Tinjauan melalui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada laporan Produktiviti Buruh ini turut menunjukkan nilai tambah bagi setiap pekerjaan untuk tempoh tersebut juga direkodkan sekitar RM24,915 setiap pekerja.

Ia sekaligus memperlihatkan peningkatan yang lebih sederhana berbanding suku ketiga dengan lonjakan produktiviti sekitar 10.2%. Manakala secara keseluruhannya produktiviti buruh mengikut nilai ditambah per jam bekerja pula diperhatikan telah meningkat 1.8% kepada RM41.7 sejam bagi setiap pekerja berbanding data 2021 RM41.0 per jam.
Prestasi positif ini sekaligus mengukuhkan lagi aliran produktiviti pekerja negara pada 2022 dengan lonjakan 5.4% bersama peningkatan nilai ditambah setiap pekerja adalah RM95,628 berbanding RM90,697 pada 2021.
Recent Comments