Tatkala tindakannya mengurangkan kepentingan pada Berjaya Corp, Vincent Tan iaitu pengasas Bcorp kini dilihat telah meningkatkan pegangannya pada 7-Eleven Malaysia dengan pembelian 4.05 juta atau 0.36%. Secara menyeluruh menjadikan pegangan langsungnya pada syarikat serbaneka dan famaseutikal itu kepada 22.31%, setakat 10 Februari lalu.

Penambahan kepentingan itu sekaligus menjadikan Vincent Tan selaku pemegang saham kedua terbesar 7-Eleven setelah Classin Union Group yang di bawah naungan pemilik bank Taiwan Tsai Tzung-Han memiliki kepentingan sekitar 25.87%. Menurut laporan TheEdge lagi, sementara pegangan tidak langsung pula memperlihatkan kepentingan Vincent Tan sekitar 10.33% pada 7-Eleven.

Berdasarkan prestasi pula, setakat September lalu 7-Eleven telah berjaya melonjakkan keuntungan bersihnya kepada RM13.66 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021. Prestasi ini diperlihat telah disumbang oleh hasil segmen serbaneka da farmaseutikal dengan perkembangan 45% kepada RM988.21 juta.

Online
Hi! Boleh kami bantu?