Ternyata sekitar 30% rakyat negara akui, tanggungjawab hutang ketika ini dilihat membebankan aliran tunai mereka dalam jangka masa panjang. Dapatan Bank Negara Malaysia (BNM) berlandaskan Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan (FCI) 2021 itu, turut menjelaskan perolehan hutang sebahagiannya telah disumbang hasil gaya hidup yang tidak sihat di awal permulaan kerjaya. Iaitu berbelanja melebihi daripada kemampuan bulanan, ini secara langsung menjerumuskan segelintir rakyat ke paras hutang yang membebankan – ini merangkumi pinjaman peribadi, kenderaan dan perumahan.
Perkongsian BNM pada sidang Cabaran Kesejahteraan Sosial baru-baru ini turut memperincikan sekitar 47% rakyat Malaysia menghadapai kesukaran menyediakan dana kecemasan sebanyak RM1,000. Ini sekaligus mencerminkan kadar simpanan rakyat juga semakin berkurangan.
Selain itu, terdapat satu pertiga rakyat juga akui tidak berminat untuk dapatkan sokongan insurans atau perlindungan takaful. Di samping 60% turut akui keperluan takaful dan insurans ini dikategorikan sebagai sokongan mewah dan mahal.
Data ini secara langsung membenarkan dapatan UOB bahawa ekonomi Malaysia masih bergantung kepada perbelanjaan isi rumah. Ia bermakna, perolehan tunai bulanan akan diagihkan mengikut keutamaan termasuklah pembiayaan pada skim kesejahteraan.
Recent Comments