Mulai 2024, Boleh Labur Saham Di Touch N Go eWallet

Mulai 2024, Boleh Labur Saham Di Touch N Go eWallet

Bermula suku pertama 2024, para pengguna Touch ‘n Go eWallet dibolehkan untuk menerima akses menyertai dan mengambil bahagian dalam pelbagai produk pelaburan yang disenaraikan di Bursa Malaysia di bawah ciri GOinvest. Ketersediaan platform pelaburan tersebut akan memboleh pelabur untuk melabur dengan lancar dan berupaya memantau portfolio GOinvest mereka dengan lebih cekap pada satu aplikasi sahaja.

Pelaksanaan akses ini telah dicapai hasil kesepakatan Bursa Malaysia, TNG Digital bersama Affin Hwang Investment Bank pada sidang Memorandum Kerjasama hari ini, untuk membolehkan para pelabur runcit mengambil bahagian dalam pasaran saham menerusi platform TNGD.

Berdasarkan ketersediaan platform pelaburan saham digital di GOinvest kelak, Bursa menyasarkan sekitar 100,000 akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) akan diraih dalam tempoh setahun setelah ia dilancarkan. Melalui aturan ini sekaligus akan merancakkan penyertaan pengguna dalam pasaran modal Malaysia secara berperingkat.

Secara umumnya, Bursa kini memiliki sejumlah 3.14 juta pemegang akun CDS dan daripada jumlah itu sekitar 2.12 juta adalah akaun CDS runcit dengan hanya 1.4 juta akaun sahaja terlibat secara aktif dalam urusan perdagangan.

Peratusan Hutang Isi Rumah Menurun Sehingga 81.9% – BNM

Peratusan Hutang Isi Rumah Menurun Sehingga 81.9% – BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2023 menunjukkan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini merekodkan paras 81.9%, dilihat kekal menurun berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu di paras 84.5%. Penurunan ini secara jelas memaparkan daya tahan isi rumah di Malaysia kekal disokong oleh pertumbuhan pendapatan dan guna tenaga negara yang sedang memulih.

Ia sekaligus membantu keupayaan isi rumah untuk mengekalkan tindakan bayaran balik hutang secara konsisten. Lebih menarik pada tempoh 6 bulan pertama 2023 ini, bahagian pinjaman isi rumah Tahap 2 diperhatikan telah menurun kepada 4.6%.

 

Buat pengetahuan umum – Pinjaman Tahap 2 ialah pinjaman yang telah menunjukkan kemerosotan risiko kredit, yang memerlukan bank menyediakan peruntukan berdasarkan jangkaan kerugian kredit seumur hidup menurut Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9.

 

Meskipun jumlah itu telah menurun, namun kumpulan perbankan kekal berwaspada terhadap risiko melibatkan kos peminjaman yang lebih tinggi bersama prestasi para peminjam. Langkah berjaga ini akan membantu institusi kewangan bersedia akan sebarang peningkatan semula paras hutang dalam kalangan isi rumah negara sekiranya berlaku kejutan pasaran.

 

 

Selain aliran yang positif berlaku pada paras hutang isi rumah Malaysia, prestasi kewangan pemain perniagaan di negara juga memaparkan corak persekitaran yang baik. Apabila aktiviti perniagaan dalam negeri terus meraih pulangan meskipun berdepan persekitaran ekonomi yang sukar.

BNM menjangkakan pemain perniagaan Malaysia akan terus berdepan pelbagai risiko, namun risiko tersebut berupaya didepani susulan penampan tunai kebanyakan perniagaan dilihat semakin kukuh bersama kecekapan operasi yang lebih baik mampu membantu sektor ekonomi negara kekal relevan.

Pekerja Mula Menerima Notifikasi Caruman Dari Majikan – Aplikasi KWSP

Pekerja Mula Menerima Notifikasi Caruman Dari Majikan – Aplikasi KWSP

Setelah melancarkan penggunaan aplikasi i-Akaun versi baharu kepada kumpulan pekerja sejak awal Julai lalu – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini terus menambah-baik lagi platform aplikasi mereka, mula memberi notifikasi kepada pekerja setelah Majikan laksana caruman ke akaun mereka.

Paparan notifikasi tersebut diperhatikan telah mula dilaksanakan pada awal pagi ini, usaha itu sekaligus membantu kumpulan pekerja untuk menyemak hak caruman mereka secara berkala. Melalui akses notifikasi ini, ia sekaligus membolehkan para majikan lebih bertanggungjawab dalam melunaskan hak pekerja pada setiap bulan.

Untuk ketahui lebih lanjut, semua pengguna perlu memuat-turun aplikasi KWSP i-Akaun versi baharu dan memasukkan ID semasa anda, maka secara terus aplikasi versi baharu ini akan dipautkan kepada aplikasi tersedia sebelum ini. Namun untuk memastikan kumpulan pekerja tidak ketinggalan akan sebarang makluman baharu, pekerja perlu aktifkan pemaparan notifikasi aplikasi pada tetapan telefon pintar anda.

 

Aset Terkumpul Negara Dalam Bentuk Pelaburan Cecah RM5.4 Trillion

Aset Terkumpul Negara Dalam Bentuk Pelaburan Cecah RM5.4 Trillion

Stok Modal Kasar atau pelaburan terkumpul aset tetap negara kini diperlihatkan alami perkembangan yang positif apabila meningkat 2.8% kepada RM5.4 trilion bagi tahun 2022. Pertumbuhan ini mengikut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menterjemahkan secara keselutruhan semua sektor ekonomi meningkat dengan positif kecuali perlombongan & pengkuarian didapati menyusut marginal 0.02%, namun prestasinya lebih daripada -0.3% tahun 2021.

Mengikut perincian data lagi, stok modal bersih (SMB) yang merujuk kepada kekayaan ekonomi Malaysia pula turut mencatatkan peningkatan berjumlah RM3.4 trilion lebih tinggi berbanding tahun 2021 dengan RM3.3 trilion. Angka ini memaparkan berlaku kenaikan 2.4% secara tahunan. Manakala berdasarkan pecahan sektor pula, Perkhidmatan menjadi antara penyumbang terbesar dengan nilai RM2.3 trilion menyumbang 68.6% pada tahun 2022.

 

Apa Itu Stok Modal? Stok modal sesebuah negara ialah jumlah kuantiti aset modal yang tersedia untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Saiz dan pertumbuhan stok modal tersebut mempunyai kesan yang penting terhadap keupayaan pengeluaran sesebuah ekonomi.

 

Bermula 2024, Kos Haji Bakal Naik  Sekitar 11%

Bermula 2024, Kos Haji Bakal Naik Sekitar 11%

Ketidaktentuan ekonomi kesan pascapandemik COVID-19, dianggarkan akan memberi impak kepada kos haji negara – di mana berupaya meningkat cecah 11% mulai tahun 2024. Menurut Lembaga Tabung Haji (TH) pada sidang media di Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1444H/2023M hari ini – situasi itu turut didorong kesan tekanan inflasi dan kedudukan nilai mata wang semasa. Malah tindakan Arab Saudi melaras naik Cukai Nilai Tambah (VAT) sekitar 5% hingga 6% turut memacu lagi keadaan tersebut. Maka ini secara langsung menjadikan kenaikan kos haji lebih tinggi bakal berlaku.

Berikutan anggaran kos itu, TH terus optimis membantu meringankan beban jemaah B40 dan M40 dalam menunaikan ibadah haji. Berdasarkan rekod, musim lalu sebanyak RM265 juta telah disalurkan dan usaha itu akan terus dipergiatkan kelak.

Online
Hi! Boleh kami bantu?