by Faiz Riziq | Oct 20, 2023 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Luar Negara, English & Other Country
Untuk mengelakkan berlakunya pembaziran dan ketirisan, kini semua kementerian dan jabatan telah diarahkan laksana kawalan dalam perbelanjaan awam dengan lebih berhemat dan sederhana. Tindakan ini bertujuan untuk memastikan sumber dana yang diperuntukkan kekal terpelihara dan tersedia buat keperluan pembangunan rakyat.
Makluman pekeliling di bawah Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki ini diperhatikan senada dengan saranan PM Anwar dalam Belanjawan 2024 untuk memperkasakan aspek penjimatan dalam pentadbiran.
Sebagai perincian setiap keraian rasmi kerajaan yang dilaksanakan perlulah dihadkan berlandaskan keperluan sahaja dan diusulkan untuk dilaksana pada premis, pusat, Insitusi Latihan Awam (ILA). Diikuti pembaziran penyediaan makan dan minum turut perlu diteliti. Selain itu bagi kos perjalanan seperti tempahan tiket penerbangan kakitangan pula – perlu laksana perbandingan harga tambang dan digalakkan tempahan meneruis kad kredit korporat.
Berdasarkan penjelasan itu, sekiranya pegawai awam gagal mematuhi peraturan kewangan yang diselaraskan – pegawai berkaitan berpotensi berdepan tindakan tegas di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957 iaitu Seksyen 18 Akta 61.


by Faiz Riziq | Oct 20, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan
Seperti yang dijanjikan pada Ogos lalu, Kementerian Kewangan (MOF) kini memaklumkan agihan e-tunai RM100 akan dilaksanakan bermula Disember kelak kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan. Agihan menurut MOF ini akan dikreditkan dan berpotensi memberi manfaat kepada kumpulan dewasa berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM100,000 ke bawah- melibatkan golongan B40 dan M40 di Malaysia. Difahamkan saluran ini juga akan melibatkan sejumlah RM1 bilion peruntukan pada dana terbabit. Selain itu ia tidak sekadar memanfaatkan golongan isi rumah sahaja tetapi turut meliputi kumpulan peniaga dan penjaja di pasaran.
by Faiz Riziq | Oct 19, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan
IMF, Tabung Kewangan Antarabangsa kini meletakkan sasaran lebih tinggi pada prestasi ekonomi Malaysia – apabila menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara berpotensi berkembang 4.3% menjelang tahun 2024 kelak.
Sasaran prestasi yang dikongsikan pada sidang Tinjauan Ekonomi Serantau Asia IMF memperincikan perkembangan tersebut bakal didorong hasil permintaan eksport global yang tinggi, hasil penerapan sokongan teknologi pada arena ekonomi negara.
Menurut wakil IMF Asia Pasik Shanaka Peiris, pertumbuhan itu turut disumbang susulan Malaysia mengamalan dasar ekonomi yang terbuka – menjadikan ia sebagai hab pilihan utama dalam aliran eksport terutamanya pada produk berkaitan elektrik dan eletronik (E&E).
Walaupun pertumbuhan negara dijangka lebih baik diikuti paras inflasi yang kekal merundum – IMF akui masih terdapat risiko yang perlu diteliti Malaysia khususnya melibatkan pelaksanaan subsidi bersasar kelak. Ia kerana kesan pembaharuan subsidi ini mungkin akan memperlihatkan corak harga di pasaran yang berbeza.
Akan tetapi, kesan itu hanya dapat diketahui berdasarkan persekitaran semasa ekonomi di pasaran kelak. Buat masa ini, kadar faedah telah alami peningkatan di samping paras inflasi kekal menurun secara perlahan.
by Faiz Riziq | Oct 19, 2023 | Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan
Bagi memastikan akses penyelesaian kewangan kekal fleksibel ke atas kumpulan pekerja di negara – Bank Islam kini laksana kesepakatan bersama Qwork, platform pengambilan pekerja bebas bagi memudahkan kumpulan pekerja khususnya buat kumpulan pekerja mahupun pekerja bebas.
Kebersamaan ini dilihat akan membantu pekerja antaranya di bawah platform Qwork meraih akses penyelesaian kewangan secara terus bersama Be U – Bank Islam. Aturan ini secara terus akan membantu mereka berdepan cabaran ekonomi semasa susulan persaingan kalangan arena ekonomi gig kian rancak.
Melalui perkongsian ini, kedua pihak berpendapat ia akan memberi kesan yang baik kepada komuniti ekonomi gig dalam meraih peluang pekerjaan dan menyeimbangkan kestabilan status kewangan mereka secara berkala.
Selain melaksanakan perkongsian bersama Qwork, Be U – Bank Islam sebelum ini turut telah melancarkan pengenalan kad debit kepada umum pada awal September 2023 lalu. Menerusi perluasan ini, dijangka terdapat lebih banyak akses baharu turut akan tersedia di bawah Be U kelak. Antaranya melibatkan pembiayaan bayara digital serta khidmat perancangan kewangan. Adanya akses sedemikian kelak, ini secara langsung akan memberi kelebihan kepada Qwork dan kumpulan pekerja bebas pada akses masa akan datang.
by Faiz Riziq | Oct 14, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Luar Negara, English & Other Country
Malaysia sekali lagi menyediakan peruntukan nilai terbesar pada perbelanjaan bajet negara pada tahun ini dengan jumlah peruntukan Belanjawan 2024 adalah sebanyak RM393.8 bilion. Buat pengetahuan umum, ini merupakan peruntukan tahun ke-4 yang tertinggi pernah dilaksanakan Malaysia pada pelan hala tuju pembangunan negara. Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan Malaysia (MOF), jumlah sedemikian bertepatan selari dengan keperluan rakyat dan pembangunan negara.
Ia tidak sekadar memacu keperluan asas rakyat dalam depani tekanan kos sara hidup tetapi memperkasakan pembangunan Malaysia secara berperingkat pada pasaran global. Buat pengetahuan umum, ini perincian pada peruntukan Belanjawan 2024 kali ini:
- Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM303.8 bilion
- Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM90 bilion
Sebagai perbandingan jumlah peruntukan tahun sebelumnya pula, ini data bajet dari tahun 2019 sehingga 2023;
- 2020 dengan jumlah RM299 bilion
- 2021 dengan jumlah RM322.5 bilion
- 2022 dengan jumlah RM332.1 bilion
- 2023 dengan jumlah RM388.1 bilion
Berikut merupakan intipati Belanjawan 2024 Malaysia Madani:
- Insentif RM1,000 kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
- RM2,000 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam
- Kerajaan bersetuju supaya had siling gaji bagi Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 selaras dengan pindaan Skim PERKESO bagi sektor swasta.
- RM400 juta penyelenggaraan dan baik pulih semua Rumah Keluarga Angkatan Tentera.
- RM20 juta Kerja naik taraf sistem pembetungan kem Tentera Darat secara berfasa.
- Menggiatkan inisiatif PROTEGE dan meluaskan skop kepada golongan veteran ATM.
- Penyelesaian isu air W.P. Labuan – Penggantian paip-paip yang usang serta membaik pulih infrastruktur air sedia ada.
- Penyelesaian isu air Sabah – Pemulihan dan penggantian infrastruktur serta peralatan bagi meningkatkan kapasiti loji rawatan air.
- Penyelesaian isu air Kelantan – Pembinaan Loji Rawatan Air Machang Fasa 1 berkapasiti 250 juta liter sehari dan penggantian paip simen asbestos. Sewaan lori tangki dan tangki statik akan ditambah sementara menunggu projek siap.
- RM1.1 bilion Penyelesaian isu air Termasuk melalui pinjaman Pengurusan Aset Air Berhad bagi penyelesaian isu bekalan air terutamanya di Kelantan, Sabah dan W.P. Labuan.
- RM16.3 bilion Kementerian Pendidikan Tinggi menerima peruntukan sebanyak RM16.3 billion.
- RM250 juta Diperuntukkan untuk menggantikan dan meluaskan capaian Wi-Fi di semua universiti awam termasuk RM5 juta bagi pelaksanaan projek pendigitalan hospital pengajar universiti.
- RM300 juta Diperuntukkan untuk menyelenggara dan membaiki prasarana di IPT serta menggantikan peralatan lama yang usang termasuk RM50 juta bagi perolehan peralatan di empat universiti teknikal Malaysia.
- Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024 dengan kadar diskaun berikut.
- 10 peratus atas baki hutang penyelesaian penuh pinjaman, 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran, 15% untuk bayaran secara potongan gaji/debit terus berjadual
- RM58.7 bilion Kementerian Pendidikan menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM58.7 billion
- RM1.9 bilion Merangkumi RM930 juta bagi kerja naik taraf bangunan dan prasarana daif serta RM1 bilion untuk penyelenggaraan di semua jenis sekolah di seluruh negara.
- RM2.5 billion 26 buah sekolah baharu akan dibina tahun hadapan antaranya di negeri Sabah, Sarawak, Pahang, Perak, dan Kelantan.
- Peluasan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BPK) mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 memberi peluang kepada tambahan 35,000 penerima.
- RM150 juta Memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid Tahap 1 hingga Tingkatan 3 (2023: Tahap 1 sehingga Tingkatan 1) memberi manfaat kepada lebih 1,000,000 murid.
- RM100 juta Diperuntukkan bagi penyelenggaraan dan menaik taraf makmal komputer sekolah dan memperoleh peralatan baharu untuk pembelajaran STEM.
- RM30 juta Diperuntukkan untuk membekalkan peralatan sokongan pendidikan khas dan menyediakan kemudahan mesra OKU bagi memudahkan urusan murid dan guru di sekolah.
- Disediakan RM100 juta bagi melaksanakan pendekatan holistik melibatkan semua pihak dalam membantu murid tercicir akibat pandemik COVID-19.
- RM1.2 bilion Menyediakan pelbagai bentuk bantuan seperti penjagaan OKU kronik terlantar, OKU tidak upaya bekerja dan elaun pekerja OKU.
- RM333 juta Pelaksanaan projek pembangunan sosioekonomi, prasarana di perkampungan Orang Asli dan pemberian bantuan sosial (2023: RM305 Juta)
- RM28 juta Mempergiat program pembangunan usahawan serta penanaman semula ladang Orang Asli di Perak dan Selangor
- Had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak yang diterima oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat jagaan kanak-kanak ditingkatkan kepada RM3,000 berbanding RM2,400 sebelum ini.
- Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa.
- Meningkatkan siling gaji bulanan bagi caruman PERKESO daripada RM5,000 kepada RM6,000.
- Program i-Sayang KWSP diperluas untuk turut membolehkan isteri memindahkan 2% caruman KSWP syer pekerja kepada suami.
- RM200 juta Meneruskan Inisiatif Payung Rahmah dan diperluas ke lebih banyak kawasan DUN di seluruh negara.
- RM50 juta Pemberian pampasan kepada petani, penternak dan nelayan sehingga 50% daripada nilai kerugian akibat bencana di bawah Tabung Bencana Pertanian.
- RM50 juta dana permulaan di bawah Skim Takaful Tanaman Padi untuk manfaat lebih 240,000 pesawah.
- RM58.1 bilion Pemberian Kerajaan kepada rakyat merangkumi subsidi, insentif dan bantuan. Hampir 50% adalah untuk mengawal harga barang dan perkhidmatan.
- Menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan.
- Meningkatkan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per metrik tan berbanding RM1,200.
- RM3 bilion Usaha rintis penanaman padi 5 musim dalam tempoh 2 tahun di beberapa kawasan jelapang antaranya di Perak, Perlis dan Kedah.
- Meneruskan pemberian subsidi diesel pada harga terendah, elaun sara hidup bulanan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan kepada para nelayan.
- RM10 juta Bantuan kepada nelayan berpendapatan rendah bagi membaik pulih dan membina rumah baharu.
- RM400 juta Melaksanakan Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan.
- RM150 juta kerjasama kerajaan negeri bagi mengoptimumkan pengunaan tanah.
- RM50 juta membekalkan baja bio dan organik kepada 50,000 pesawah.
- RM50 juta perolehan baja secara perolehan tender terbuka.
- RM300 Juta Peruntukan kepada NADMA sebagai persiapan menghadapi banjir.
- RM100 juta memastikan kelancaran persiapan banjir hujung tahun ini; RM200 juta kepada Tabung Bantuan Bencana Negara; dan mempertingkatkan tahap keselesaan pusat pemindahan.
- RM11.8 bilion pelaksanakan 33 projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi.
- RM20 juta peruntukan kepada 150 PBT untuk melaksanakan kerja pembaikan parit dan longkang yang rosak bagi mengurangkan risiko air bertakung dan banjir kilat.
- RM563 juta penyelenggaraan, pembaikan dan pencegahan cerun di seluruh negara termasuk untuk program pemantauan, pencegahan dan pelaporan serta amaran awal meliputi 1,573 cerun yang berisiko tinggi.
- RM170 juta Pelaburan daripada TNB, Gentari dan Tesla Malaysia untuk memasang sebanyak 180 stesen pengecasan EV.
- Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik – Rebat tunai RM2,400 kepada pembeli bagi rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.
- RM600 juta Perolehan 150 bas elektrik dan pembinaan 3 depoh bas oleh PRASARANA bagi menyokong keperluan projek LRT3.
- Kerajaan mencadangkan pengecualian sepenuhnya Duti Hiburan bagi persembahan pentas oleh artis tempatan di Wilayah Persekutuan.
- Kerajaan bercadang untuk menetapkan Kadar Cukai Pendapatan Khas antara 0% hingga 10% kepada syarikat produksi filem, pelakon filem asing dan kru filem yang menjalankan penggambaran filem di Malaysia.
- Kerajaan mencadangkan pengurangan kepada 10% Duti Hiburan bagi persembahan pentas oleh artis antarabangsa dan acara hiburan lain seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan di Wilayah Persekutuan.
- Kerajaan mencadangkan pengurangan kepada 5% Duti Hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator di Wilayah Persekutuan
- RM10 juta Skim Dana Padanan MyCreative dalam menyokong anak-anak seni dalam penghasilan projek kreatif.
- RM80 juta Memelihara dan memulihara bangunan dan tapak warisan yang berpotensi diiktiraf oleh UNESCO.
- RM20 juta Manfaat Kerajaan Negeri bagi menyelenggara dan memulihara lokasi lokasi tarikan pelancongan.
- Pusat Pelancongan Islam (ITC) untuk membangunkan industri pelancongan mesra muslim di Malaysia.
- RM20 juta Peruntukan kepada Think City untuk mengangkat dan memulihara nilai Kuala Lumpur sebagai bandaraya kreatif bermula dari Taman Tasik Perdana hinggalah ke Chinatown.
- RM27 juta Memperhebat usaha pembelian produk buatan tempatan melalui kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan Program MySTI.
- Agensi Kerajaan di bawah MARA, PUNB, UDA, DBKL akan turut menaik taraf kemudahan perniagaan mereka.
- Pengecualian bayaran sewa kiosk bagi 6 bulan pertama untuk rakyat berniaga.
- RM50 juta Pembinaan 4,000 unit ruang niaga baharu di kawasan PBT.
- RM110 juta Baik pulih dan naik taraf pusat penjaja dan prasarana pasar awam yang uzur di 150 kawasan PBT.
- RM100 juta Peruntukan bagi menyediakan pensijilan profesional yang diiktiraf industri kepada graduan TVET dan sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam.
- Peruntukan keseluruhan melibatkan pendidikan TVET berjumlah RM6.8 bilion.
- RM70 juta Pelaksanaan Program Academy in Industry untuk menyediakan kemahiran sambil bekerja dalam tempoh sehingga 18 bulan.
- RM40 juta Pelaksanaan Program Shop Malaysia Online bagi menggalakkan peniaga kecil khususnya dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah
- RM1.4 bilion Pinjaman mikro BSN untuk membantu menyediakan modal perniagaan, pembelian peralatan, premis serta pemasaran kepada penjaja dan pengusaha kecil-kecilan.
- RM900 juta Galakan kepada PKS meningkatkan produktiviti perniagaan melalui automasi dan pendigitalan.
- RM100 juta Geran pendigitalan sehingga RM5,000 untuk manfaat lebih 20,000 usahawan PKS dan pengusaha mikro.
- RM44 bilion Nilai keseluruhan pinjaman dan jaminan pembiayaan yang tersedia untuk manfaat usahawan PMKS.
- RM500 juta Peruntukan tambahan bagi pinjaman mudah untuk meningkatkan pembangunan semula tanah wakaf di seluruh negara.
- RM25 juta Dana tambahan i-TEKAD secara geran padanan dengan institusi kewangan memanfaatkan lebih ramai usahawan.
- RM600 juta Dana Impak Khazanah Nasional bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan memberi lebih banyak peluang antaranya kepada komuniti desa, separa bandar dan golongan kurang mendapat perkhidmatan kewangan.
- RM100 juta Dana pembiayaan kepada gerakan koperasi melalui Tabung Model Pusingan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia antaranya bagi membantu lebih banyak koperasi.
- RM12.4 bilion Peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak.
- Meningkatkan kadar Pemberian Khas untuk Sarawak dan Sabah kepada RM300 juta.
- Pelaksanaan penjanaan tenaga secara solar hibrid dan pembinaan jaringan talian penghantar elektrik di selatan Sabah.
- Penyerahan pengoperasian Perkhidmatan Udara Desa (RAS) kepada Kerajaan Sarawak dan Sabah.
- RM50 juta Menaik taraf lampu isyarat sedia ada kepada 30 unit lampu isyarat pintar di Jalan Persekutuan.
- RM50 juta Penyelenggaraan lampu jalan termasuk menggantikan kepada jenis LED di kawasan PBT seluruh negara.
- RM100 juta Penyelenggaraan lampu jalan termasuk menggantikan kepada jenis LED yang dapat menjimatkan elektrik sehingga 60%.
- RM30 juta Meningkatkan peruntukan Jurutera Daerah kepada RM200 ribu untuk manfaat 115 JKR Daerah seluruh Malaysia.
- RM2.8 Bilion Penyelenggaraan jalan dan jambatan persekutuan termasuk RM300 juta dikhususkan kepada kontraktor G1-G4.
- RM5.4 Bilion Peruntukan MARRIS untuk menyelenggara jalan-jalan negeri.
- RM150 juta Penyelenggaraan dan pembaikan tandas awam di 150 PBT seluruh negara.
- Selaras dengan hasrat Kerajaan menyokong inisiatif kebajikan, syarat penggunaan dana terkumpul bagi tujuan perniagaan ditingkatkan daripada tidak melebihi 25% kepada 35%.
- RM100 juta Kerajaan terus menyokong usaha yang diambil oleh NGO dan pertubuhan masyarakat sivil termasuk Yayasan Hasanah.
- RM2.4 bilion Membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam, guru, hospital, anggota polis, tentera dan bomba.
- Peruntukan untuk rebat sehingga RM40 sebulan untuk bil elektrik kepada lebih 142,000 isi rumah miskin tegar. Bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri untuk 120,000 isi rumah miskin juga dikecualikan.
- Sumbangan Tunai Rahmah akan ditingkatkan peruntukannya kepada RM10 bilion (2023: RM8 bilion).
- Kadar Cukai Perkhidmatan dinaikkan kepada 8% daripada 6% dengan skop diluaskan kepada perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke.
- Kadar 6% dikekalkan untuk perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik.
- Kerajaan bersetuju menguatkuasakan pelaksanaan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.
Recent Comments