IMF, Tabung Kewangan Antarabangsa kini meletakkan sasaran lebih tinggi pada prestasi ekonomi Malaysia – apabila menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara berpotensi berkembang 4.3% menjelang tahun 2024 kelak.
Sasaran prestasi yang dikongsikan pada sidang Tinjauan Ekonomi Serantau Asia IMF memperincikan perkembangan tersebut bakal didorong hasil permintaan eksport global yang tinggi, hasil penerapan sokongan teknologi pada arena ekonomi negara.
Menurut wakil IMF Asia Pasik Shanaka Peiris, pertumbuhan itu turut disumbang susulan Malaysia mengamalan dasar ekonomi yang terbuka – menjadikan ia sebagai hab pilihan utama dalam aliran eksport terutamanya pada produk berkaitan elektrik dan eletronik (E&E).
Walaupun pertumbuhan negara dijangka lebih baik diikuti paras inflasi yang kekal merundum – IMF akui masih terdapat risiko yang perlu diteliti Malaysia khususnya melibatkan pelaksanaan subsidi bersasar kelak. Ia kerana kesan pembaharuan subsidi ini mungkin akan memperlihatkan corak harga di pasaran yang berbeza.
Akan tetapi, kesan itu hanya dapat diketahui berdasarkan persekitaran semasa ekonomi di pasaran kelak. Buat masa ini, kadar faedah telah alami peningkatan di samping paras inflasi kekal menurun secara perlahan.
Recent Comments