by Faiz Riziq | Oct 31, 2023 | Fakta & Informasi, Perbankan
Lebih 70% penduduk di Malaysia masih tidak menitikberatkan faktor keselamatan ketika laksana urusan di platform kewangan digital. Antaranya didapati 1 daripada 3 rakyat Malaysia berkongsikan kata laluan perbankan mereka.
Risiko ini menurut Bank Negara Malaysia (BNM) pada sidang Karnival Celik Kewangan Sempena Bulan Literasi Kewangan minggu lalu melalui Timbalan Gabenor Adnan Zaylani sekaligus mendedahkan para pengguna ke arah aktiviti penipuan.
Ini disokong lagi dengan data tinjauan Bank Dunia, setakat 2021 sekitar 79% rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan kewangan digital pada 2021 dengan 45% menggunakannya buat kali pertama. Maka ancaman kewangan ini harus diutamakan untuk memastikan faktor keselamatan pengguna terus terpelihara.
Pada usaha tersebut sejak tahun lalu BNM telah meningkatkan celik kewangan digital di bawah FEN (Jaringan Pendidikan Kewangan). Untuk makluman perluasan inisiatif tidak sekadar melibatkan institusi kewangan sahaja tetapi turut merangkumi pendidikan kewangan menyeluruh di Malaysia secara berperingkat. Namun perlu diakui usaha ini masih diperingkat sederhana dan akan terus diperluas secara berkala.
by Faiz Riziq | Oct 30, 2023 | Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan
Sepanjang tahun 2023 ini, didapati terdapat 455 jumlah penipuan permohonan pinjaman direkodkan, dikesan oleh bank komersial negara. Jumlah sedemikian menurut Kementerian Kewangan (MOF) berupaya membawa nilai kerugian sebanyak RM5.6 juta sekiranya tidak dibendung.
Bagaimanapun, hasil kecekapan semakan – perbankan berjaya menyekat pengeluaran majoriti permohonan pinjaman, melalui 455 permohonan yang diterima, pengeluaran hanya berjaya dibuat ke atas 50 pinjaman sahaja dengan jumlah kerugian sebanyak RM268,574.
Berdasarkan jumlah itu, pihak perbankan telah bertindak untuk menyerap kos kerugian tersebut dan tidak mengenakan caj ke atas pelanggan yang menjadi mangsa susulan maklumat mereka digunapakai pada aktiviti penipuan tersebut. Untuk makluman permohonan pinjaman ini meliputi pinjaman seperti perumahan, kenderaan, perniagaan kecil sederhana (PKS) dan pinjaman peribadi.
by Faiz Riziq | Oct 30, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan
Masih ramai rakyat negara yang bergelut dengan kesukaran – apabila melibatkan wang kecemasan. Setakat ini, hampir 50% rakyat Malaysia sukar untuk sediakan RM1,000 untuk tujuan tersebut. Pengamatan Bank Negara Malaysia (BNM) ini didasari berasaskan tinjauan Rangkuman dan Keupayaan Kewangan yang dijalankan sejak 2015. Meskipun tahap pengetahuan kewangan penduduk negara semakin meningkat namun kesedaran berhubung kepentingan kecemasa yang lagi rendah. Antaranya 1 per 3 rakyat kekal tidak berminat akan faedah disebalik insurans dan takaful.
Lebih membimbangkan, walaupun rakyat telah mula sedari keperluan pendidikan kewangan untuk membantu aliran tunai mereka – namun ia masih tidak seiring dengan sikap dan amalan pengurusan kewangan semasa mereka. Ini disokong mengikut Statistik Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) yang menunjukkan ramai pihak perlu berhutang untuk penuhi tuntutan kecemasan.
Gabenor BNM, Abdul Rasheed turut dapati situasi ini tidak sekadar menyentuh kumpulan pendapatan rendah sahaja. Bahkan kumpulan berpendapatan pertengahan M40 juga turut antara berdepan kesukaran dengan beban hutang, walaupun perolehan mereka lebih seimbang.
by Faiz Riziq | Oct 27, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Tips, Tinjauan & Statistik
Walaupun Malaysia kekal optimis dalam mengharungi liku ekonomi global disebabkan tekanan inflasi dan ketidaktentuan permintaan komoditi – ketika ini cerminan status tunai rakyat negara dilihat masih tidak seimbang, apabila didapati 67% akui tidak mampu bertahan bersama wang simpanan mereka tidak lebih dari 3 bulan. Sementara 55% pula membelanjakan sepenuhnya pendapatan mereka – malah adanya berbelanja lebihi pendapatan, ini menunjukkan tiada kapasiti simpanan dapat dilaksanakan.
Lebih membimbangkan data di bawah Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus 2023 (RMFLS2023) ini mendapati 71% responden hanya dapat menyimpan kurang daripada RM500 setiap bulan. Tinjauan ini sekaligus menjadikan ia antara dapatan yang kritikal sepanjang kajian dalam 6 tahun.
Sebagai perincian 75% responden wanita menyimpan kurang daripada RM500 sebulan, berbanding 66% lelaki. Dan didapati, 69% responden wanita pula berupaya bertahan kurang daripada tiga bulan dengan hanya simpanan mereka berbanding 64% lelaki. Ini secara langsung menjadikan lebih ramai pihak terdedah akan sebarang risiko sekiranya berlakunya situasi kecemasan seperti kehilangan pekerjaan mahupun keperluan tunai secara drastik.
Untuk lebih memahami, ini perincian lanjut berhubung dapatan RMFLS 2023 berhubung status kewangan rakyat Malaysia :
Tabiat & Trend Kewangan
- 44% responden menyatakan bahawa keadaan kewangan mereka pada tahun 2023 adalah lebih baik daripada tahun 2022
- 29% responden berasa bimbang tentang keadaan kewangan mereka
- 71% responden menyimpan kurang daripada RM500 sebulan. Ini serupa dengan 2022 (70%) dan jauh lebih tinggi kepada 2019 (56%) sebagai perbandingan antara pra- dan pasca-pandemi
- 67% responden mendakwa bahawa mereka boleh bertahan kurang daripada 3 bulan dengan simpanan sendiri tanpa mengubah gaya hidup mereka. Ini adalah peningkatan beransur-ansur daripada 2022
- (63%) dan juga lebih tinggi dengan ketara kepada 2019 (53%) sebagai perbandingan antara sebelum dan selepas pandemik
- 55% daripada responden membelanjakan tepat atau lebih daripada apa yang mereka perolehi setiap bulan. Angka ini tidak berubah daripada 2022 tetapi jauh lebih tinggi daripada 2019 (43%) sebagai perbandingan antara pra dan pasca pandemik
- 94% responden menyatakan bahawa mereka sedang giat melakukan sesuatu untuk menangani keadaan kewangan mereka. 3 aktiviti yang paling popular ialah: Kurangkan perbelanjaan untuk aktiviti masa lapang (57%), Kurangkan makan di luar (56%), Mula menjejaki aliran perbelanjaan (55%)
Celik Kewangan Digital
- 4% daripada responden menghadapi kemungkinan penipuan kewangan/cubaan penipuan
- Media sosial menjadi medium pilihan untuk mempelajari dan menjalankan kajian tentang hal kewangan mendahului media tradisional
- Media sosial juga merupakan medium yang paling dipercayai untuk maklumat dan penyelidikan kewangan, mengatasi media tradisional
Perbezaan Tabiat Kewangan Lelaki & Wanita
- 75% responden wanita menyimpan kurang daripada RM500 sebulan, berbanding 66% responden lelaki
- 69% responden wanita boleh bertahan kurang daripada 3 bulan dengan simpanan sendiri tanpa mengubah gaya hidup, berbanding 64% responden lelaki
- 51% responden wanita telah memulakan perancangan kewangan untuk persaraan, berbanding 61% responden lelaki
- 44% responden wanita telah mula melabur, berbanding 56% responden lelaki
- 38% responden wanita tidak mengetahui apa itu skor kredit, berbanding 28% responden lelaki
- 48% responden wanita menyatakan bahawa mereka tidak memiliki kad perubatan, berbanding 40% responden lelaki
Tabiat Kewangan Gen Z
- 68% responden Gen Z menjimatkan kurang daripada RM500 sebulan, berbanding 70% responden Milenial
- 68% responden Gen Z & Milenial boleh bertahan kurang dari 3 bulan dengan simpanan sendiri
- 51% responden Gen Z membelanjakan tepat atau lebih daripada pendapatan mereka setiap bulan, berbanding 60% responden Milenial
- 53% daripada responden Gen Z menyatakan bahawa keadaan kewangan mereka pada tahun 2023 adalah lebih baik daripada tahun lepas, berbanding 40% daripada responden Milenial
- 33% responden Gen Z memiliki kad kredit (vs 37% responden Milenial & 43% responden Gen X). Walau bagaimanapun, hanya 45% daripada mereka biasanya membayar bil kad kredit mereka sepenuhnya setiap bulan (berbanding 53% & 52% responden Milenial dan Gen X masing-masing)
- 48% responden Gen Z telah mula merancang kewangan untuk persaraan, berbanding 57% responden Milenial
by Faiz Riziq | Oct 25, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan
Menerusi langkah melaras naik cukai perkhidmatan kepada 8% dalam beberapa skop ekonomi sepertimana yang diusulkan pada Belanjawan 2024 lalu, dianggarkan aturan itu berpotensi meningkatkan hasil Malaysia pada tahun 2024 dengan pertambahan RM3 bilion. Angka ini menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican adalah anggaran yang dijangka dapat diraih menerusi pertimbangan Kementerian Kewangan (MOF).
Namun seperti yang dijamin, pelaksanaan tersebut akan diperhalusi dan tidak akan membebani komitmen rakyat. Antaranya tidak akan dikenakan ke atas perkhidmatan seperti makanan, minuman, telekomunikasi dan tempat letak kenderaan.
Seiring dengan pelarasan itu, kerajaan turut menjangkakan akan mengutip sekitar RM35.8 bilion atau 1.8% cukai jualan dan perkhidmatan daripada KDNK negara mulai tahun hadapan. Jangkaan optimis ini adalah susulan tahap penggunaan dan keyakinan pengguna disasar akan terus meningkat pada pasaran ekonomi tahun hadapan.
Recent Comments