Setelah melancarkan penggunaan aplikasi i-Akaun versi baharu kepada kumpulan pekerja sejak awal Julai lalu – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini terus menambah-baik lagi platform aplikasi mereka, mula memberi notifikasi kepada pekerja setelah Majikan laksana caruman ke akaun mereka.
Paparan notifikasi tersebut diperhatikan telah mula dilaksanakan pada awal pagi ini, usaha itu sekaligus membantu kumpulan pekerja untuk menyemak hak caruman mereka secara berkala. Melalui akses notifikasi ini, ia sekaligus membolehkan para majikan lebih bertanggungjawab dalam melunaskan hak pekerja pada setiap bulan.
Untuk ketahui lebih lanjut, semua pengguna perlu memuat-turun aplikasi KWSP i-Akaun versi baharu dan memasukkan ID semasa anda, maka secara terus aplikasi versi baharu ini akan dipautkan kepada aplikasi tersedia sebelum ini. Namun untuk memastikan kumpulan pekerja tidak ketinggalan akan sebarang makluman baharu, pekerja perlu aktifkan pemaparan notifikasi aplikasi pada tetapan telefon pintar anda.

Recent Comments