Ketidaktentuan ekonomi kesan pascapandemik COVID-19, dianggarkan akan memberi impak kepada kos haji negara – di mana berupaya meningkat cecah 11% mulai tahun 2024. Menurut Lembaga Tabung Haji (TH) pada sidang media di Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1444H/2023M hari ini – situasi itu turut didorong kesan tekanan inflasi dan kedudukan nilai mata wang semasa. Malah tindakan Arab Saudi melaras naik Cukai Nilai Tambah (VAT) sekitar 5% hingga 6% turut memacu lagi keadaan tersebut. Maka ini secara langsung menjadikan kenaikan kos haji lebih tinggi bakal berlaku.

Berikutan anggaran kos itu, TH terus optimis membantu meringankan beban jemaah B40 dan M40 dalam menunaikan ibadah haji. Berdasarkan rekod, musim lalu sebanyak RM265 juta telah disalurkan dan usaha itu akan terus dipergiatkan kelak.

Online
Hi! Boleh kami bantu?