Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2023 menunjukkan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini merekodkan paras 81.9%, dilihat kekal menurun berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu di paras 84.5%. Penurunan ini secara jelas memaparkan daya tahan isi rumah di Malaysia kekal disokong oleh pertumbuhan pendapatan dan guna tenaga negara yang sedang memulih.
Ia sekaligus membantu keupayaan isi rumah untuk mengekalkan tindakan bayaran balik hutang secara konsisten. Lebih menarik pada tempoh 6 bulan pertama 2023 ini, bahagian pinjaman isi rumah Tahap 2 diperhatikan telah menurun kepada 4.6%.
Buat pengetahuan umum – Pinjaman Tahap 2 ialah pinjaman yang telah menunjukkan kemerosotan risiko kredit, yang memerlukan bank menyediakan peruntukan berdasarkan jangkaan kerugian kredit seumur hidup menurut Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9.
Meskipun jumlah itu telah menurun, namun kumpulan perbankan kekal berwaspada terhadap risiko melibatkan kos peminjaman yang lebih tinggi bersama prestasi para peminjam. Langkah berjaga ini akan membantu institusi kewangan bersedia akan sebarang peningkatan semula paras hutang dalam kalangan isi rumah negara sekiranya berlaku kejutan pasaran.

Selain aliran yang positif berlaku pada paras hutang isi rumah Malaysia, prestasi kewangan pemain perniagaan di negara juga memaparkan corak persekitaran yang baik. Apabila aktiviti perniagaan dalam negeri terus meraih pulangan meskipun berdepan persekitaran ekonomi yang sukar.
BNM menjangkakan pemain perniagaan Malaysia akan terus berdepan pelbagai risiko, namun risiko tersebut berupaya didepani susulan penampan tunai kebanyakan perniagaan dilihat semakin kukuh bersama kecekapan operasi yang lebih baik mampu membantu sektor ekonomi negara kekal relevan.
Recent Comments