by Faiz Riziq | Oct 2, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Perbankan
Walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberi jaminan bahawa peniaga tidak akan terkesan akan pengenaan caj transaksi melibatkan pembayaran pada DuitNowQR bersama bank utama dan penyedia khidmat kewangan bukan-bank ketika ini, namun isu tersebut akan terus dperincikan lagi pada sidang Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) pada Selasa ini (3 Oktober).
Agenda itu menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melibatkan penyertaan BNM, bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Di mana pihaknya akan meneliti kesan ke atas peniaga dan pengguna susulan tindakan caj tersebut kelak. Buat pengetahuan umum, ketika ini hampir 1.9 juta pengguna menggunakan DuitNow QR.
Caj transaksi itu dikhuatiri tidak sekadar memberi kesan kepada peniaga tetapi turut akan memperlahankan lagi usaha digitalisasi negara sepertimana yang dirangka pada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di bawah Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI). Maka perbincangan susulan akan disemak secara bersama untuk memperkasakan lagi arena ekonomi digital negara.BN
by Faiz Riziq | Sep 25, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi
Indeks Pelopor (IP) yang bertindak menjadi ukuran berhubung jangkaan keseluruhan aktiviti ekonomi negara bagi tempoh 4 bulan sehingga 6 bulan mendatang ecara purata kini memperlihatkan prestasi ekonomi Malaysia kekal sederhana dengan mata 109 pada Julai 2023. Walaupun pertumbuhan kekal sederhana, aliran ekonomi negara terus alami peningkatan apabila prestasi ini didorong pertambahan bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan – naik 200.8%.
Namun aliran itu terkesan disebabkan tekanan kos dan ketidaktentuan ekonomi global. Meskipun alami kesan sedemikian, Indeks Perusahaan Bursa Malaysia kekal baik bersama nilai jualan dan pembuatan naik 0.1%. Sementara Indeks Serentak (IS) yang bertindak mengukur prestasi keseluruhan ekonomi semasa pula menunjukkan aliran semasa negara naik 2.2% bagi Julai 2023 pada tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Aliran itu disumbang antaranya disebabkan nilai caruman benar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) naik sebanyak 15.5%, diikuti Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit turut naik 0.3%. Keadaan sederhana ini secara langsung menilai prestasi ekonomi negara kekal tumbuh walaupun di paras sederhana.

by Faiz Riziq | Sep 11, 2023 | Fakta & Informasi, Hartanah, Luar Negara, English & Other Country
Tidak lama lagi peraturan untuk membeli rumah mampu milik akan dihadkan kepada 1 unit pembelian sahaja buat setiap warganegara Malaysia yang layak. Di maklumkan aturan itu akan akan dikuatkuasakan kelak bagi memastikan bekalan rumah mampu milik di negara kekal mencukupi.
Aturan baharu akan dilaksanakan di bawah pangkalan data perumahan yang akan dibangunkan kelak – di mana data maklumat pemilikan akan membantu mengenalpasti bersama agensi perumahan negara. Melalui langkah ini, ia akan membantu proses pembelian rumah dengan lebih telus berasaskan tahap kelayakan pemilikan.
Tidak hanya itu, kajian menyeluruh akan turut dilakukan bagi meluaskan lagi usaha mengawal bekalan rumah mampu miliki dalam pasaran sekunder. Usaha ini menurut Kementerian Ekonomi akan menjadi pemudahcara buat semua pihak dan menjamin hak asasi pengguna negara dalam perolehan perumahan.
Secara menyeluruh sehingga akhir 2022 – sebanyak 108,373 unit rumah mampu miliki telah siap dibina dan menjangkakan sejumlah 500,000 unit tersedia menjelang akhir 2025.
by Faiz Riziq | Sep 11, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan
Bermula tahun hadapan, satu pendekatan percukaian baharu akan diperkenalkan buat penduduk negara yang mana ketika ini jenis cukai baharu sedang digubal oleh pentadbiran negara iaitu Cukai Keuntungan Modal. Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan (MOF) memberi jaminan pelaksanaan cukai baharu itu tidak akan membebankan rakyat negara. Penerapan itu bertujuan meluaskan asas cukai negara di samping pelbagaikan sumber cukai Malaysia.
Malah menerusi pengenalan cukai baharu itu, ia turut akan menambahbaik perolehan percukaian pentadbiran negara melalui penggunaan teknologi. Berikutan itu, jelas PM Anwar pada sidang pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK12 hari ini – penerapan cukai ini tidak akan sesekali dilaksanakan melangkaui kemampuan pihak yang terlibat. Seperti yang dimaklumkan pada pembentangan belanjawan sebelum ini, cukai tersebut hanyaakan dikenakan pada kadar yang rendah ke atas saham tidak tersenarai sahaja.
Malaysia optimis melalui pendekatan ini iaitu menjalankan perolehan hasil berasaskan prinsip pemerataan ekonomi yang lebih adil, ini akan meningkatkan lagi tahap displin penduduk dalam tanggunjawab percukaian.
by Faiz Riziq | Sep 7, 2023 | Fakta & Informasi, Perbankan
Mulai pertengahan 2024, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mewujudkan sebuah Portal Fraud Kebangsaan yang bertindak memaparkan maklumat akaun bank yang terlibat dalam aktiviti jenayah penipuan di Malaysia.
Dalam usaha itu, BNM memaklumkan kini bekerjasama dengan Payments Network Malaysia (PayNet) dan institusi perbankan untuk membangunkan sistem sedemikian bagi menganalisis akaun-akaun bank yang mencurigakan. Selain itu BNM turut akan menambah sokongan teknologi susulan pendekatan jenayah kewangan ketika ini menjadikan ia sebagai alat untuk dekati para pengguna, antaranya seperti penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Maka menerusi langkah ini, BNM menyasarkan ia berupaya membantu penduduk negara menangani, mengenalpasti akaun penipuan yang terlibat dengan lebih pantas. Selain itu usaha ini turut menyokong matlamat negara untuk mengurangkan ketirisan kesan jenayah kewangan dan memerangi kewujudan kedai akaun yang terus berleluasa di Malaysia.
Recent Comments