Mulai pertengahan 2024, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mewujudkan sebuah Portal Fraud Kebangsaan yang bertindak memaparkan maklumat akaun bank yang terlibat dalam aktiviti jenayah penipuan di Malaysia.

Dalam usaha itu, BNM memaklumkan kini bekerjasama dengan Payments Network Malaysia (PayNet) dan institusi perbankan untuk membangunkan sistem sedemikian bagi menganalisis akaun-akaun bank yang mencurigakan. Selain itu BNM turut akan menambah sokongan teknologi susulan pendekatan jenayah kewangan ketika ini menjadikan ia sebagai alat untuk dekati para pengguna, antaranya seperti penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Maka menerusi langkah ini, BNM menyasarkan ia berupaya membantu penduduk negara menangani, mengenalpasti akaun penipuan yang terlibat dengan lebih pantas. Selain itu usaha ini turut menyokong matlamat negara untuk mengurangkan ketirisan kesan jenayah kewangan dan memerangi kewujudan kedai akaun yang terus berleluasa di Malaysia.

Online
Hi! Boleh kami bantu?