Touch N Go Didenda RM600,000 Akta Menyalahi Perkhidmatan Kewangan 2013

Touch N Go Didenda RM600,000 Akta Menyalahi Perkhidmatan Kewangan 2013

Bank Negara Malaysia (BNM) pada pertengahan Mei lalu, dimaklumkan telah mendenda Touch ‘n Go sekitar RM600,000 di bawah Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) – susulan melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA).

Ini disusuli kegagalan pihaknya untuk laksana tapisan ke atas pelanggannya yang dikenakan sekatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (Amla).

Berikutan isu berkenaan, TNG Digital telah didenda kesan kegagalan pihaknya menyaring pelanggan yang dibenarkan. Keputusan denda BNM ini untuk makluman telah dicapai setelah bank pusat negara mengambilkira pelbagai faktor dan menilai langkah pemulihan.

Tindakan denda tersebut bagaimanapun telah dimuktamadkan dan penyelesaian bayaran telahpun dilaksanakan TNG Digital pada 31 Mei lalu. Selain TNG Digital, BNM turut mengenakan tindakan yang sama ke atas tiga lagi syarikat kewangan lain meliputi MPI Generali Insurans,Mandiri International dan i-Serve Online Mall.

Kesan Inflasi, COVID19, dorong penduduk asia sebanyak 70 Juta risiko miskin tegar

Kesan Inflasi, COVID19, dorong penduduk asia sebanyak 70 Juta risiko miskin tegar

Meskipun negara Asia dalam fasa pemulihan daripada krisis COVID-19, namun tekanan kos sara hidup semasa yang didepani ketika ini kekal meningkatkan bebanan penduduk – untuk hapuskan status kemiskinan. Buat pengetahuan umum, sekitar 68 juta penduduk Asia lagi didapati berdepan risiko kemiskinan tegar impak tekanan inflasi dan krisis kesihatan.

Tinjauan data Bank Pembangunan Asia (ADB) ini menjelaskan jumlah itu didasari berasaskan takrifan miskin tegar yang hidup kurang daripada $2.15 sehari (RM10) – berlandaskan pelarasan inflasi yang ditetapkan pada 2017 lagi.

Setakat tahun lalu sahaja, dianggarkan 155.3 juta di negara membangun Asia (3.9%) daripada penduduk rantau ini direkodkan hidup dalam kemiskinan tegar. Daripada angka itu, lebih 67.8 juta berpotensi berdepan masalah kesihatan dan tekanan kos.

Susulan daripada rekod ini, negara Asia disarankan untuk kekal berjaga dalam mengorak sebarang strategi kewangan dan pelaburan demi kesejahteraan rakyat. Ini kerana, dapatan juga merumuskan walaupun ekonomi Asia harus mencapai kemajuan menentang kemiskinan, dianggarkan 1.26 bilion orang, atau kira-kira 30% daripada unjuran penduduk rantau itu masih akan dianggap mudah terjejas, lemah dalam segmen ekonomi – menjelang 2030.

Maka pelbagai peruntukan dasar ekonomi yan terperinci diperlukan untuk negara Asia, untuk mengukuhkan pertumbuhan mereka dan meningkatkan sokongan jaringan sosial dari semasa ke semasa. Pada pengamatan tekanan inflasi semasa, ADB kekal optimis paras inflasi pasaran pada tahun 2023 akan kembali mereda kepada 3.6%. Melalui jangkaan ini tekanan kos makanan akan lebih rendah, diikuti kos bahan api turut menurun.

73.4% Syarikat Kekal Jumlah Pekerja, Percaya Prestasi Perniagaan Akan Pulih

73.4% Syarikat Kekal Jumlah Pekerja, Percaya Prestasi Perniagaan Akan Pulih

Petunjuk keyakinan dalam kalangan peniaga pada arena perniagaan di Malaysia ketika ini dilihat semakin rancak, apabila meningkat 0.7% bagi suku ketiga 2023. Tahap keyakinan secara langsung menunjukkan lonjakan berbanding suku kedua sekitar -3.1%.

Buat pengetahuan umum data di bawah Statistik Kecenderungan Perniagaan DOSM ini meliputi jangkaan prestasi perniagaan di negara dalam tempoh 3 bulan hingga 6 bulan mendatang. Maka melalui kenaikan tahap keyakinan ini, ia secara langsung mencerminkan aliran ekonomi semakin bertambah baik.

Sebagai perincian, sektor Perkhidmatan dan Industri terus memaparkan peningkatan dengan prestasi petunjuk keyakinan dalam perkhidmatan meningkat 6.1%, diikuti sektor industri bertambah baik 1.3%. Sebaliknya sektor Pembinaan pula memaparkan jangkaan keadaan perniagan yang menyusut susulan petunjuk keyakinan menurun -26.9%, diikuti sektor Perdagangan Borong & Runcit-1.5%.

 

 

 

Manakala dari aspek keyakinan pekerjaan pula – majoriti firma (73.4%) menyatakan jangkaan bahawa pihaknya akan kekalkan jumlah pekerja untuk suku ketiga 2023 ini. Hanya 17.6% sahaja akan laksana pertambahan pekerja, diikuti 9.0% pula berhasrat untuk kurangkan jumlah pekerja bagi mengimbangi kos operasi semasa.

Secara menyeluruh untuk jangkaan 6 bulan kedua 2023 ini sehingga Disember kelak – para peniaga kekal optimis meramalkan keadaan perniaga kekal bertambah baik diseimbangkan dengan imbang bersih sekitar +13.9%.

 

 

Inflasi menurun tapi kenapa harga barang masih mahal? Jom kita rungkaikan

Inflasi menurun tapi kenapa harga barang masih mahal? Jom kita rungkaikan

Beberapa bulan kebelakangan ini, kita dapati aliran kadar inflasi di Malaysia semakin menurun – ia dapat diperlihatkan pada paparan data Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menunjukkan setakat Mei 2023 inflasi di paras 2.8%, diikuti Jun 2.4% dan data terbaru, Julai menyaksikan kadar inflasi di Malaysia di paras 2.0%! Angka ini menjadikan ia paras inflasi keseluruhan negara yang paling rendah pada tahun 2023. Malah lebih rendah berbanding paras inflasi ketika pandemik dengan 2022 (3.3%) dan inflasi 2021 (2.5%).

Lebih menarik berdasarkan perbandingan dengan negara serantau pula, Malaysia antara negara yang terendah dalam rekod inflasnyai. Berbeza dengan Filipina (4.7%), Indonesia (3.1%), Vietnam (2.1%), Zon Euro (5.3%), AS (3.2%) dan Republik Korea (2.3%).

Namun melihat pada data ini penulis sedikit bingung – sekiranya benar paras inflasi di negara semakin menurun dan melandai, bukankah sepatutnya kos rakyat Malaysia juga akan semakin berkurangan? Tetapi kenapa penulis sendiri tidak merasa kesan tersebut? Dan mengapa kos sara hidup realitinya ketika ini kekal tinggi? Untuk merungkaikan kekeliruan itu, ini beberapa faktor yang wajar difahami pembaca Rnggt berkenaan dengan ketidak saling hubungan antara aliran inflasi dan tekanan kos semasa yang berlaku di Malaysia.

 

Apa Itu Indeks Harga Pengguna?

Buat pengetahuan pembaca, Indeks Harga Pengguna (IHP) adalah pengukur kepada paras inflasi utama di Malaysia. Di mana ia menilai perubahan peratusan kos menyeluruh secara bulanan melibatkan pembelian barangan tetap dan perkhidmatan di dalam negara. Jadi disinilah kita dapat melihat perubahan kos secara purata yang berlaku ke atas harga item makanan, pengangkutan, tenaga dan beberapa item utama lain.

Namun jangan terkeliru, pengiraan inflasi utama adalah tidak sama dengan inflasi teras – iaitu inflasi yang mengukur perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan, yang tidak termasuk dengan pengukuran harga makanan segar dan barangan terkawal yang dilaksanakan oleh kerajaan.

 

 

Setakat 7 bulan pertama 2023 ini, nilai mata inflasi teras di Malaysia terus meningkat kepada 128.9 mata. Maka tidak hairanlah sekiranya kos semasa kekal tinggi walaupun inflasi utama Malaysia adalah rendah, ini didorong kesan paras inflasi teras yang masih tinggi.

 

Apa Pula Bezanya Dengan Kos Sara Hidup?

Secara amnya, kos sara hidup merujuk kepada jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh rakyat Malaysia bagi keperluan barangan dan perkhidmatan – untuk mereka kekalkan taraf hidup pada tempoh tertentu.

Ini bermakna perbelanjaan atau kos sara hidup rakyat adalah ditentukan oleh corak perbelanjaan mereka. Penulis perlu jelaskan, corak berbelanja ini berbeza mengikut tahap pendapatan isi rumah, demografi dan kawasan kediaman rakyat. Faktor inilah yang meningkatkan lagi tahap perbezaan tekanan kos sara hidup kalangan rakyat negara.

Tambahan, pengiraan IHP pula tidak mengambilkira faktor kepelbagaian dalam cara pengguna kita berbelanja. Sedangkan IHP pula merujuk kepada petunjuk ekonomi yang lebih luas dalam dasar makroekonomi. Maka situasi ini menjawab kepada persoalan mengapa kadar inflasi tidak mencermin realiti kos semasa rakyat negara.

Kedudukan Ringgit, Kebergantungan Import, OPR – Cetus Kenaikan Kos Sara Hidup

Terdapat beberapa komponen digarapkan BNM, DOSM dan pemerhati ekonomi dalam isu ini. Antaranya adalah kedudukan mata wang tempatan di pasaran semasa. Umum ketahui aliran nilai Ringgit kekal perlahan dan lemah ketika ini, prestasi tersebut secara langsung memberi kekurangan kepada Malaysia pada permintaan import dalam tindakan tukaran mata wang asing. Ini kerana, setakat tahun 2022 – Malaysia mencatatkan aliran import makanan sejumlah RM75.5 bilion.

Data di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini memperincikan antara jenis makanan import yang tertinggi adalah seperti seperti kopi, koko, teh, rempah, bijirin, sediaan makanan lain, bahan makanan ternakan, dan sayur-sayuran.

Angka ini secara berterusan meningkat, dan dijangka Malaysia berupaya berbelanja sehingga RM100 bilion menjelang tahun 2025 – hanya untuk mengimport makanan. Kenaikan ini sekaligus memberi tekanan kepada peringkat pengeluar dan pembekal. Maka secara langsung tekanan itu dialihkan ke atas kos pengguna.

Sementara pelarasan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang kini di paras 3.00% pula – telah mendorong perubahan kepada kadar faedah jangka pendek, kadar simpanan tetap, kadar pertukaran asing, kadar faedah jangka panjang ke atas komitmen ekonomi semasa.

Langkah penetapan OPR itu secara terus memiliki pengaruh menjejaskan perniagaan, pekerjaan, harga barangan serta perkhidmatan semasa. Keadaan ini secara langsung terus menekan rakyat Malaysia akan bebanan kos sara hidup semasa.

 

 

Sokongan Subsidi, Kawalan Harga Barangan Terpilih – Bantu Inflasi Kekal Di Paras Rendah

Ianya kerana hasil campur tangan kerajaan negara menerusi sokongan subsidi dan kawalan dalam harga barangan terpilih. Seperti yang rakyat sedari, kerajaan negara menetapkan kawalan harga siling ke atas harga minyak RON95 pada paras siling RM2.05 seliter. Pelarasan harga petrol tetap yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia ini adalah lebih rendah berbanding harga sebenar di pasaran iaitu sekitar RM4.50 seliter. Situasi ini berbeza dengan harga petrol tanpa subsidi seperti RON97 yang lebih tinggi di paras RM3.37 seliter di pasaran.

Sokongan itu secara langsung memperlihatkan indeks harga pengguna dalam komponen pengangkutan di Malaysia turut tidak meningkat malah mengikut data DOSM – setakat Julai 2023, inflasi pengangkutan menurun kepada -0.4%.

Selain sokongan petrol, pentadbiran negara juga turut menetapkan kawalan harga ke atas barangan tertentu khususnya melibatkan kos makanan seperti minyak masak dan tepung gandum kegunaan am. Langkah ini bertujuan mengimbangi kos barangan keperluan harian pengguna di Malaysia.

Tidak hanya itu, tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan – tiada lagi subsidi buat pengguna domestik yang menggunakan elektrik berlebihan pada Mei lalu, secara langsung turut menjimatkan lagi agihan subsidi negara dan meningkatkan semula peruntukan subsidi negara.

 

 

Secara menyeluruh, penulis memahami – pasti ramai rakyat Malaysia yang keliru akan paparan maklumat inflasi yang disajikan agensi data di Malaysia. Manakan tidak, paras inflasi semakin melandai namun tekanan kosnya masih dirasai.

Namun perlu diakui pelarasan tahap inflasi ketika ini didasari berasaskan dasar makroekonomi Malaysia – maka ukuran dan penilaian harga barangan, perkhidmatan di negara adalah dilaksanakan secara menyeluruh. Manakala tekanan kos sara hidup yang didepani pula dibezakan dengan kedudukan demografi, corak perbelanjaan, tahap pembandaran serta perubahan kos operasi libatkan harga sewaan dan gaji pekerja.

Berlandaskan perbezaan ini, isu kenaikan kos sara hidup ini perlu ditangani dengan mengutamakan pendekatan pendidikan dan kesedaran literasi kewangan dalam kalangan masyarakat negara. Selain itu, pihak berkepentingan juga wajar memperincikan cabaran pembandaran yang didepani rakyat negara – merangkumi kos persekitaran, pendapatan, tahap kemahiran, kemudahan serta produktiviti.

Adanya usaha ini, ia sekaligus akan membolehkan rakyat Malaysia meraih taraf hidup yang lebih baik, diikuti nilai tambah yang lebih tinggi dalam pasaran negara tanpa perlu tergugat akan sebarang kenaikan kos di masa hadapan.

Unveiling the Economic Landscape of Malaysia: Challenges and Opportunities

Unveiling the Economic Landscape of Malaysia: Challenges and Opportunities

Malaysia, often referred to as “Truly Asia,” is a nation rich in diversity, culture, and economic potential. Located in Southeast Asia, this country has made remarkable strides in its economic development over the past few decades. This article delves into the economic landscape of Malaysia, examining its key sectors, challenges, and promising opportunities.

A Diverse Economic Structure

Malaysia boasts a diversified economy that spans various sectors, making it resilient to global economic fluctuations. The primary pillars of its economy include:

1. Manufacturing: Malaysia is renowned for its robust manufacturing sector, which produces electronics, automobiles, chemicals, and machinery. It’s a significant contributor to the country’s GDP and exports.

2. Services: The services sector encompasses tourism, finance, information technology, and healthcare. Kuala Lumpur, the capital city, is a burgeoning financial hub in the region.

3. Agriculture: Although its contribution to GDP has diminished, agriculture remains vital, especially in rural areas. Malaysia is one of the world’s top producers of palm oil, rubber, and tropical fruits.

4. Energy: Malaysia is an energy-rich nation with substantial reserves of oil and natural gas. It has also invested in renewable energy sources like solar and wind power.

Challenges in the Economic Landscape

Despite its successes, Malaysia faces several economic challenges:

1. Income Inequality: The country struggles with income inequality, particularly between urban and rural areas. Bridging this gap remains a significant challenge.

2. Education and Skills: Improving the quality of education and developing a skilled workforce are essential for sustaining economic growth.

3. Environmental Concerns: The palm oil industry, a crucial economic driver, faces criticism for its environmental impact, leading to sustainability challenges.

4. Corruption: Corruption continues to be a concern, although the government has taken steps to address it.

Trade Relations and Geopolitical Factors

Malaysia’s economic landscape is also influenced by its trade relations and geopolitical position:

1. Trade: Malaysia is a global trading nation, with strong ties to China, the United States, and neighboring ASEAN countries. Its participation in international trade agreements is crucial for economic growth.

2. Geopolitical Factors: Malaysia’s strategic location in Southeast Asia makes it an important player in regional politics and economics. It must navigate geopolitical tensions carefully.

Promising Opportunities

Malaysia has numerous opportunities to strengthen its economic landscape:

1. Digital Economy: The country has been pushing to become a digital economy hub, focusing on areas like e-commerce, fintech, and high-tech manufacturing.

2. Renewable Energy: Malaysia’s investment in renewable energy sources aligns with global sustainability goals, attracting investments and creating green jobs.

3. Tourism: The diverse culture and natural beauty of Malaysia make it a prime destination for tourists. Expanding the tourism sector can drive economic growth.

4. Infrastructure Development: Continued investment in infrastructure, including transportation and technology, can further stimulate economic development.

Conclusion

Malaysia’s economic landscape is a tale of progress and potential. As it faces challenges like income inequality and environmental concerns, the nation also benefits from a diversified economy and strategic global positioning. By capitalizing on opportunities in the digital economy, renewable energy, and tourism, Malaysia can continue to grow and play a significant role in the region’s economic development. With the right policies and investments, the future of Malaysia’s economy looks promising.

Online
Hi! Boleh kami bantu?