Pelancong Dalam Negara Rancak Berbelanja RM28.1 Billion Dalam Malaysia

Pelancong Dalam Negara Rancak Berbelanja RM28.1 Billion Dalam Malaysia

Suku kedua tahun ini memperlihatkan dinamik pelancong domestik semakin meningkat di Malaysia – dengan catatan 68.4 juta pelancong tempatan direkodkan pada tempoh tersebut. Jumlah itu sekaligus menunjukkan berlakunya lonjakan ketara 23.8% berbanding 3 bulan pertama 2024.

Berikutan pertambahan lebih ramai penduduk negara melancong di lokasi domestik, mengikut data Jabatan Perangkaan (DOSM) situasi ini turut membantu pertumbuhan perbelanjaan ekonomi di Malaysia. Di mana jumlah perbelanjaan pada suku kedua 2024 telah mencapai RM28.1 bilion, iaitu meningkat 28.6% secara tahunan.

Persekitaran ini secara langsung memberi kelebihan kepada perniagaan tempatan dan ekonomi pelancongan setempat dalam memulihkan kembali prestasi perolehan mereka setelah pasca pandemik COVID-19. Pelbagai faktor dilihat menyumbang kepada arena pelancongan domestik negara – ia tidak sekadar disokong tahap pengangguran yang lebih rendah bersama kadar gaji yang lebih baik tetapi turut didorong perluasan ekonomi digital, yang diperhatikan meluaskan lagi peluang dan kemudahan semua pihak pada aktiviti ekonomi negara.

Sebagai perincian, DOSM dapati mengikut taburan negeri – semua negeri memaparkan peningkatan dalam rekod pelancongan. Dengan Selangor mencatatkan rekod pelancongan domestik tertinggi bersama nilai RM11.1 bilion, diikuti Kuala Lumpur RM11 bilion serta Sarawak (RM6.94 bilion dan Pahang pula RM6.73 bilion.

Secara menyeluruh ini faktor yang mendorong peningkatan pada rekod pelancongan domestik di Malaysia bagi suku kedua 2024:

  • Tabiat membeli-belah meningkat – sumbang RM30.84 bilion
  • Melawat saudara dan rakan-rakan – membawa kepada pertambahan tempoh penginapan di lokasi domestik
  • Terdapat 9 negeri memaparkan majoriti kehadiran pelancong domestik adalah kalangan isi rumah yang berpendapatan antara RM5,001-RM10,000 sebulan – ini melibatkan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor, KL, Labuan dan Putrajaya
  • Sementara baki 7 negeri lagi memaparkan peratusan pelancong domestik tertinggi daripada isi rumah berpendapatan RM1,001 sehingga RM3,000 – iaitu Kedah, Kelantan, Perak, Perlis, Terengganu, Sabah dan Sarawak

 

Elakkan 3 Tabiat Kewangan Ini Untuk Anda Bebas Hutang

Elakkan 3 Tabiat Kewangan Ini Untuk Anda Bebas Hutang

Semua orang boleh nikmati kehidupan bebas hutang asalkan ada disiplin, ilmu dan kesedaran yang tinggi. Meskipun misi bebas hutang bukanlah sesuatu yang mudah, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Ramai orang khususnya golongan muda gagal merancang kewangan dengan baik sehinggakan golongan ini terjerat dalam hutang yang membebankan.

3 Tanda Pengurusan Kewangan Anda Masih Belum Merdeka

Erti #MerdekaKewangan yang sebenar ialah bebas dari hutang dan mempunyai pendapatan yang stabil. Dalam usaha untuk #MerdekaKewangan dan bebas hutang, disiplin diri memainkan peranan penting terutamanya dari segi pengurusan perbelanjaan kehendak. Jika tidak dikawal, ia boleh mengakibatkan masalah kewangan yang serius.

Apa tanda-tanda pengurusan kewangan peribadi anda masih belum merdeka?

1. Tidak Mampu Menyimpan Setiap Bulan

Amalan menabung atau menyimpan bukanlah sesuatu perkara yang mudah terutamanya dalam kalangan generasi muda hari ini. Menurut laporan kajian Bank Negara Malaysia (BNM), 75 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan minimum sekurang-kurangnya RM1,000.

Simpanan adalah satu elemen penting dalam membantu usaha anda mencapai misi bebas hutang. Menurut pakar, anda disarankan untuk menyimpan minimum 10 peratus daripada pendapatan kasar yang diterima setiap bulan. Maksudnya, anda perlu simpan sekurang-kurangnya RM300 sebulan jika gaji anda RM3,000 sebulan.

Namun begitu, dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, memadai untuk anda simpan mengikut kemampuan kewangan anda sendiri. Jika anda mampu untuk simpan RM100 sahaja sebulan, itu lebih baik daripada tidak menyimpan langsung. Tiada gunanya jika simpan dalam jumlah yang besar setiap bulan tetapi pada akhirnya terpaksa dikeluarkan akibat terdesak.

2. Baki Akaun Bank Negatif Setiap Bulan

Jika anda tergolong dalam kategori individu yang sentiasa menanti-nantikan hari gaji masuk setiap bulan untuk berbelanja, anda perlu menilai semula pengurusan kewangan anda. Ini kerana, anda berkemungkinan ada masalah dalam menguruskan komitmen dan perbelanjaan anda.

Pengurusan kewangan yang baik boleh membantu anda merancang perbelanjaan bulanan dengan lebih terkawal tanpa menunggu gaji yang seterusnya. Berikut antara tip yang boleh anda praktikkan untuk menguruskan hutang anda dengan lebih baik:

  • Rekod aliran keluar dan masuk kewangan anda bagi memastikan anda tahu ke mana wang anda dibelanjakan;
  • Kurangkan perbelanjaan untuk beli barangan kehendak. Dalam misi bebas hutang, fokus kepada perbelanjaan barang keperluan sahaja;
  • Kurangkan komitmen bulanan yang tidak perlu seperti siaran televisyen berbayar, penapis air dan sebagainya;
  • Tingkatkan pendapatan dengan menjana pendapatan pasif tambahan;
  • Fokus pada misi melangsaikan hutang yang paling rendah atau hutang dengan kadar faedah yang tinggi terlebih dahulu.

3. Hutang Tertunggak Lebih Sebulan

Ramai dalam kalangan orang muda khususnya hanyut dalam mengejar gaya hidup mewah sehingga memberi kesan pada perbelanjaan bulanan. Mereka terikut-ikut dengan gaya hidup masa kini seperti sering bertukar-tukar telefon pintar, beli kereta import dan sebagainya.

Akibatnya, golongan ini terbeban dengan komitmen bulanan yang terlampau tinggi sehingga menghadapi masalah untuk bayar balik pinjaman. Malah, ada yang miliki komitmen bulanan yang tinggi melebihi pendapatan bulanan sehingga berlaku tunggakan hutang.

Lebih membimbangkan sehinggakan sampai ada yang sanggup ambil pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang tinggi atau meminjam duit dari orang lain untuk meneruskan kehidupan.

Penting untuk anda tahu tunggakan untuk pinjaman tidak kira pinjaman rumah, kad kredit atau pinjaman pendidikan boleh jejaskan skor kredit anda. Pihak bank akan melihat skor kredit yang baik sebelum meluluskan apa-apa pinjaman baharu – skor kredit 650 dan ke atas dikira baik.

 

 

Lindungi Masa Depan Anda, Satukan Hutang Anda Dengan Kami Di KMC

Tanpa tabiat kewangan yang baik, ia boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan anda. Keadaan kewangan yang tidak stabil boleh beri kesan pada tekanan emosi dan psikologi. Ini termasuk kebimbangan, kemurungan dan masalah kesihatan mental yang lain. Oleh sebab itu, penting untuk anda merancang kewangan anda bagi memastikan anda #MerdekaKewangan.

Perancangan kewangan yang baik boleh membantu memberikan ketenangan fikiran dan perlindungan untuk masa depan. Sebagai contoh, jika anda ingin bersara dengan selesa, anda perlu simpan sebahagian daripada pendapatan dan tidak berbelanja secara berlebihan bermula dari sekarang, Namun begitu, tabiat baharu ini semestinya memerlukan perancangan jangka panjang dan disiplin diri yang tinggi. Ini kerana, bukan mudah untuk mengubah gaya hidup lama kepada amalan baharu yang lebih baik.

Akaun Pengguna Raiz Akan Ditutup, Sebarang Baki Yang Tinggal Akan Dipindah Secara Automatik

Akaun Pengguna Raiz Akan Ditutup, Sebarang Baki Yang Tinggal Akan Dipindah Secara Automatik

Seiring dengan keputusan untuk keluar dari pasaran Malaysia susulan berdepan peralihan strategik di peringkat kumpulan – bermula hari ini, Raiz memaklumkan semua akaun pengguna Malaysia kini ditutup. Aturan ini bukanlah langkah baharu, ia telahpun diberi peringatan pada akhir Julai lalu – di mana pada 2 September lalu pengguna tidak lagi boleh laksana pelaburan dan menukar portfolio, hanya pengeluaran sahaja dibenarkan.

Jelas Raiz lagi, proses penutupan ini akan dilaksanakan secara berperingkat, bagi memastikan pengendalian aset pelanggan kekal cekap dan dilindungi. Raiz menjangkakan aturan penutupan itu dapat diselesaikan pada akhir 30 September ini.

Akaun Raiz Kini Ditutup – Jadi Apa Pengguna Malaysia Perlu Buat?

Pada penutupan akaun pengguna Raiz Malaysia hari ini (20 September), sebarang baki yang terdapat pada akaun terlibat dimaklumkan akan dikeluarkan secara automatik dan dimasukkan ke Akaun Pengeluaran yang telahpun dipautkan oleh pengguna pada tetapan aplikasi.

Bagaimanapun proses pengeluaran dimaklumkan akan mengambil masa sekitar 7 hari bekerja dan pengguna perlu pastikan akaun yang dipautkan tersebut adalah didaftarkan di bawah nama pengguna bukan pihak lain, bagi memudahkan proses pemindahan baki dicapai.

Pemindahan Wang Berdepan Masalah? Baki Pengguna Akan Diklasifikasi Selaku Wang Tak Dituntut

Selanjutnya sekiranya pihak Raiz gagal melaksanakan pemindahan wang kepada akaun yang dipautkan dan tiada tuntutan lanjut daripada pengguna – maka baki tersebut akan diklasifikasikan sebagai wang yang tidak dituntut dan akan dipindahkan ke Pendaftar Wang Tak Dituntut di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Berikutan situasi ini, Raiz menjangkakan akan terdapat kelewatan pada aturan pemindahan wang pengguna. Susulan itu, pengguna dinasihati untuk kekal peka akan tempoh pemindahan wang bersama Raiz.


Menerusi penamatan platform pelaburan ini, Raiz memberi galakan kepada pengguna untuk meneroka produk dan perkhidmatan di bawah myASNB dan langkah itu dapat dilaksanakan secara automatik bagi kumpulan yang berminat dengan merujuk bersama pihak Raiz PNB. Secara menyeluruh, bermula 16 Oktober ini akaun Raiz tidak lagi dapat diakses oleh para pengguna Malaysia.

Dijangka Akan Menggunakan 30% Kenderaan Elektrik 2025 – Pos Malaysia

Dijangka Akan Menggunakan 30% Kenderaan Elektrik 2025 – Pos Malaysia

Selaras dengan matlamat ingin menggunakan 100% kenderaan penghantaran elektrik dalam perkhidmatan mereka menjelang 2030 – Pos Malaysia optimis sasaran itu kekal mengikuti perancangan mereka, apabila dijangka sekitar 28% daripada kenderaan perkhidmatan akan beralih kepada elektrik pada tahun hadapan, 2025.

Aturan ini adalah tindak balas operasi dalam mengurangkan jejak karbon, di samping memberi penjimatan yang berganda kepada kos operasi Pos Malaysia. Setakat ini, kumpulan memiliki sekitar 143 can dan 200 skuter elektrik bagi perkhidmatan di Semenanjung Malaysia.

Tidak hanya fokus tersebut, Pos Malaysia pada sidang Beyond the Boardroom semalam turut memaklumkan pihaknya kini menggunakan telematik sepenuhnya bagi meningkatkan keselamatan pemandu, di mana pada operasi Malaysia 100% trak dan 37% van dimaklumkan dilengkapi dengan peranti telematik.

Antara usaha di bawah pelan lestari kumpulan, penggunaan panel solar turut diperkasakan Pos Malaysia – langkah penerapan 16 panel solar pada bangunan operasi secara langsung telah membawa kepada pengurangan sehingga 30% penggunaan tenaga elektrik.

Boost Bank Lancar Akses Pembiayaan Seawal Oktober Ini

Boost Bank Lancar Akses Pembiayaan Seawal Oktober Ini

Boost Bank tidak lama lagi akan melancarkan perkhidmatan pembiayaan buat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara. Menerusi pelancaran yang akan dilaksanakan pada awal Oktober kelak, perniagaan tempatan akan meraih dua tawaran produk pembiayaan melibatkan pinjaman berjangka serta kredit pusingan. Menurut kenyataan Boost Bank hari ini, akses pembiayaan tersebut akan bermula sekitar RM50,000 bersama jaminan tiada yuran tersembunyi dan sekadar melibatkan minimum dokumentasi.

Sebagai perincian, akses Pinjaman Berjangka dimaklumkan akan ditawar tempoh sehingg 36 bulan bersama pilihan pembayaran yang fleksibel sementara kemudahan Kredit Pusingan pula akan disesuaikan mengikut keperluan kewangan setiap permohonan PKS.

Menerusi akses ini, Boost Bank optimis dalam merapatkan jurang akses pembiayaan kalangan usahawan dan peniaga tempatan terutamanya kalangan kumpulan yang tidak mendapat akses dalam perkhidmatan kewangan di Malaysia. Maka untuk ketahui lanjut, pihak terlibat boleh meneroka akses penyelesaian ini pada pautan rasmi Boost Bank bagi langkah seterusnya.

Online
Hi! Boleh kami bantu?