Boost Bank tidak lama lagi akan melancarkan perkhidmatan pembiayaan buat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara. Menerusi pelancaran yang akan dilaksanakan pada awal Oktober kelak, perniagaan tempatan akan meraih dua tawaran produk pembiayaan melibatkan pinjaman berjangka serta kredit pusingan. Menurut kenyataan Boost Bank hari ini, akses pembiayaan tersebut akan bermula sekitar RM50,000 bersama jaminan tiada yuran tersembunyi dan sekadar melibatkan minimum dokumentasi.

Sebagai perincian, akses Pinjaman Berjangka dimaklumkan akan ditawar tempoh sehingg 36 bulan bersama pilihan pembayaran yang fleksibel sementara kemudahan Kredit Pusingan pula akan disesuaikan mengikut keperluan kewangan setiap permohonan PKS.

Menerusi akses ini, Boost Bank optimis dalam merapatkan jurang akses pembiayaan kalangan usahawan dan peniaga tempatan terutamanya kalangan kumpulan yang tidak mendapat akses dalam perkhidmatan kewangan di Malaysia. Maka untuk ketahui lanjut, pihak terlibat boleh meneroka akses penyelesaian ini pada pautan rasmi Boost Bank bagi langkah seterusnya.

Online
Hi! Boleh kami bantu?