Penyatuan hutang adalah proses menyatukan semua hutang dengan satu bayaran ansuran sahaja. Bermakna, anda mengambil pinjaman peribadi untuk menyelesaikan hutang-hutang yang lain. Dengan cara begini, anda hanya perlu membayar satu pinjaman sahaja dan kaedah ini akan mengurangkan bayaran ansuran bulanan.
Kaedah penyatuan hutang ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang sedang terbeban dengan pelbagai jenis hutang ataupun tidak dapat menjelaskan bayaran bulanan hutang dalam masa yang ditetapkan.
Kelebihan Melakukan Penyatuan Hutang
Bayar satu ansuran sahaja
Hidup akan menjadi sedikit sukar sekiranya terpaksa membayar beberapa jenis hutang pada setiap bulan. Malahan, ada kemungkinan anda akan terlepas tarikh pembayaran.
Di sinilah penyatuan hutang menyelesaikan situasi anda. Setelah hutang-hutang digabungkan, anda hanya perlu fokus kepada satu bayaran ansuran pada setiap bulan. Kaedah ini akan memudahkan anda untuk fokus membayar tanpa terlepas mana-mana tarikh.
Mengurangkan komitmen bulanan
Penyatuan hutang membantu mengurangkan bayaran ansuran bulanan anda.
Apabila semua hutang anda yang berfaedah tinggi digabungkan dengan pinjaman peribadi yang berfaedah rendah, ansuran bulanan akan semakin berkurang.
Hal ini memberikan impak yang positif kepada perbelanjaan bulanan anda.
Kadar faedah yang lebih jimat
Mereka yang mempunyai pelbagai jenis hutang perlu membayar faedah yang berlainan bagi setiap pinjaman.
Dengan penyatuan hutang, anda hanya perlu membayar satu kadar faedah yang lebih rendah daripada hutang-hutang sebelum ini.
Antara Panel Bank Kami Di KMC
RHB pinjaman peribadi menawarkan jumlah sehingga RM150,000 dengan caj kadar faedah tahunan berpatutan. Kelebihan utama pelan ini ialah syarat kelayakan mohon yang longgar dan penyediaan dokumen ringkas.
- KATEGORI : Konvensional (Tidak Bercagar)
- JUMLAH PINJAMAN : RM2000 – RM150000
- KADAR FAEDAH : 6.9% p.a – 13.45% p.a
- TEMPOH PINJAMAN : 24 – 84 Bulan
- KEPUTUSAN PERMOHONAN : 3 hari bekerja
Pelan pinjaman peribadi Affin Bank ini adalah pembiayaan Islamik tanpa cagaran dan penjamin. Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan termasuk kakitangan Awam & Anggota Angkatan Tentera Malaysia. Antara ciri utama Affin Islamic Personal Financing-i ialah jumlah pembiayaan tinggi dengan tempoh bayaran ansuran panjang dan caj kadar keuntungan rendah.
- KATEGORI : Islamik (Tidak Bercagar)
- JUMLAH PEMBIAYAAN : RM2500 – RM250000
- KADAR KEUNTUNGAN : 5.50% p.a – 5.50% p.a
- TEMPOH PEMBIAYAAN : 24 – 120 Bulan
- KEPUTUSAN PERMOHONAN : 1 hingga 7 hari bekerja
Pelan pinjaman peribadi Bank Rakyat ini adalah antara pembiayaan yang membenarkan anda buat penyatuan hutang (debt consolidation). Mohon jumlah yang tinggi dengan syarat kelayakan yang ringkas dan caj kadar keuntungan yang tidak membebankan.
- KATEGORI : Islamik (Tidak Bercagar)
- JUMLAH PEMBIAYAAN : RM5000 –RM200000
- KADAR KEUNTUNGAN : 4.54% p.a – 4.99% p.a
- TEMPOH PEMBIAYAAN : 12 – 120 Bulan
- KEPUTUSAN PERMOHONAN : 3 hari bekerja
Semakkan Percuma