by Faiz Riziq | Sep 19, 2024 | Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan
Dalam memastikan prestasi ekonomi negara terus berkembang, pelbagai iniasitif sokongan perlu disertakan termasuklah meluaskan kapasiti perlindungan kalangan penduduk negara. Ini kerana menjelang 2044, 14% daripada penduduk Malaysia dijangka berusia 65 tahun ke atas. Susulan situasi ini, Bank Negara Malaysia (BNM) kini beri penekanan untuk penyedia insurans dan takaful meluaskan usaha mereka bagi mengecilkan jurang perlindungan yang masih ketara pada pasaran semasa.
Jelas Gabenor BNM pada sidang penjenamaan semula Asian Institute of Insurance (All) minggu ini, usaha sedemikian akan mengukuhkan lagi jaringan keselamatan kewangan ke atas masyarakat negara. Fenomena yang dikenali sebagai kebanjiran warga emas tersebut, secara ketara akan memperlihatkan penduduk golongan bekerja akan semakin berkurangan dan perlu menanggung penduduk golongan warga emas yang semakin bertambah.
Antara input yang diusulkan BNM adalah memanfaatkan teknologi digital dalam meningkatkan kecekapan data serta kawalan kos yang lebih, diikuti meluaskan pendidikan tentang kepentingan perlindungan, mweujudkan ekosistem insurans yang lebih inklusif khususnya ke atas kumpulan yang kurang mendapat perkhidmatan dan melaksana integrasi bersama pemain serantau bagi memudahkan lagi akses perlindungan dapat dicapai. Adanya kebersamaan ini, BNM menjangkakan lebih ramai pihak meraih manfaat perlindungan yang saksama di masa hadapan.
by Faiz Riziq | Sep 19, 2024 | Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Tips, Tinjauan & Statistik
Anda kini tidak lagi perlu beratur panjang untuk membuat pengeluaran simpanan Amanah Saham Bumiputera atau lebih dikenali sebagai simpanan ASB. Selari dengan kemajuan teknologi, anda kini boleh keluarkan duit ASB online dengan mudah melalui portal dan aplikasi myASNB. Kemudahan pengeluaran ASB online membolehkan anda membuat pengeluaran pada bila-bila masa di saat memerlukan.
Cara Nak Keluarkan Duit ASB Online
Jika dahulu urusan pengeluaran simpanan ASB perlu dilakukan di kaunter, tetapi kini simpanan ASB boleh dikeluarkan dengan lebih mudah secara online. Untuk membuat pengeluaran ASB secara dalam talian, anda perlu berdaftar dan mempunyai akaun myASNB terlebih dahulu.
Bagi yang sudah mempunyai akaun, berikut cara mudah untuk keluarkan duit simpanan ASB secara online:
- Log masuk ke dalam aplikasi MyASNB atau portal myASNB melalui pautan https://www.myasnb.com.my/;
- Seterusnya, klik pada butang “Jualan Balik” – anda kemudiannya akan di bawa ke halaman “Jualan Balik”
- Pilih amaun dana yang ingin dikeluarkan. Anda boleh memilih sama ada RM100, RM300 atau RM500 atau masukkan apa-apa amaun mengikut keperluan anda. Had maksimum pengeluaran ASB online adalah sebanyak RM2,000 sebulan. Selain itu, penting untuk anda tahu had maksimum urus niaga jualan balik adalah sebanyak tiga kali sahaja bagi setiap bulan;
- Setelah selesai, nyatakan persetujuan anda di bahagian perakuan dan klik butang “Seterusnya” – anda akan dibawa ke halaman “Pengesahan Pemegang Unit”;
- Sahkan maklumat yang tertera, dan klik butang “Hantar”. Pemberitahuan pengesahan akan dihantar kepada anda sama ada melalui aplikasi myASNB atau SMS;
- Masukkan nombor TAC atau sahkan proses;
- Selesai. Dana akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan anda dalam tempoh satu hari bekerja.

Cara Keluarkan Duit ASB Offline
Selain keluarkan duit ASB secara online, anda juga boleh keluarkan duit ASB secara fizikal melalui Pejabat Pos atau ejen bank di Malaysia. Berikut cara keluarkan duit ASB offline di Pejabat Pos:
- Pergi ke mana-mana cawangan Pejabat Pos berhampiran anda;
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dalam borang jualan balik unit ASB;
- Ambil nombor dan tunggu sehingga giliran anda dipanggil;
- Bawa bersama dokumen peribadi seperti kad pengenalan untuk pengesahan cap jari di kaunter;
- Selesai.
Selain Pejabat Pos, anda juga boleh keluarkan duit ASB di mana-mana kaunter bank berdekatan anda. Anda boleh berkunjung ke mana-mana kaunter bank yang merupakan ejen ASB antaranya:
- Hong Leong Bank;
- Alliance Bank;
- Maybank;
- AmBank;
- Bank Muamalat;
- Bank Islam;
- Affin Bank;
- RHB Bank;
- Ambank;
- CIMB Bank; dan
- Bank Simpanan Nasional.
Berikut cara keluarkan duit ASB secara offline melalui bank ejen ASB di Malaysia:
- Pergi ke mana mana kaunter bank yang merupakan ejen ASB;
- Isi dan lengkapkan borang jualan balik unit ASB anda;
- Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga giliran anda dipanggil;
- Serahkan dokumen kad pengenalan untuk tujuan pengesahan diri;
- Selesai.
Berbeza dengan pengeluaran ASB online, tiada had jualan balik maksimum ditetapkan jika urus niaga dilakukan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.

Rancang Pengeluaran ASB Anda untuk Masa Depan yang Lebih Baik
Pengeluaran ASB kini boleh dilakukan dengan lebih mudah secara online dengan adanya myASNB ini. Pengguna tidak lagi perlu hadir ke mana-mana cawangan bank atau Pejabat Pos untuk tujuan ini. Meskipun proses pengeluaran kini lebih mudah, anda disarankan untuk tidak tidak membuat pengeluaran sesuka hati.
Penting untuk anda menjaga simpanan anda dengan bijak supaya simpanan anda terus berkembang dan memberi manfaat jangka panjang. Jika anda keluarkan duit ASB anda, jumlah simpanan anda akan berkurangan. Ini secara tidak langsung boleh beri kesan pada pendapatan dividen ASB yang akan diterima pada masa hadapan.
P/S:
Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan perkhidmatan KMC untuk perunding pengurusan penyatuan pembiayaan peribadi, pengurusan pembiayaan semula rumah & tanah, atau pilih kami menjadi pemudah cara untuk perkhidmatan lesen & sijil, hubungi kami segera. Layari KMC hari ini untuk pengalaman memudahkan urusan anda.
by Faiz Riziq | Sep 18, 2024 | Legasi, Hibah, & Wasiat
Bagi mengetahui mengapa anda perlukan Wasiat sedangkan sebagai umat Islam kita sedangkan sudah ada hukum faraid, kita perlu faham konsep Faraid dan konsep Wasiat.
by Faiz Riziq | Sep 18, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Tupperware Brands, jenama barangan bekas plastik global kini dimaklumkan – sedang bersedia untuk memfailkan muflis pada status operasi mereka, seawal minggu ini. Tindakan itu susulan prestasi permintaan yang semakin menurun pada pasaran semasa serta tekanan kewangan yang dimiliki kumpulan.
Menurut laporan Bloomberg, persediaan bankrap itu telah dicapai susulan rundingan antara Tupperware dan pemberi pinjamannya mengenai pendekatan terbaik akan pengurusan beban hutang yang melibatkan lebih AS$700 juta. Pihak pinjaman difahamkan telah bersetuju memberi ruang kepada Tupperware pada tahun ini akan isu pelanggaran syarat pinjaman yang berlaku. Namun prestasi syarikat tersebut diperhatikan terus merosot.
Sementara prestasi saham pula memaparkan Tupperware berdepan penurunan 15.8% kepada 43 sen pada akhir sesi dagangan. Prestasi tersebut menjadikan ia 57% lebih rendah berbanding harga pada permulaan sesi dagangan.
Sekadar imbasan, Tupperware telah bermula sejak 1946 lagi dan isu kemerosotan prestasi ini bukanlah kali pertama dilalui kumpulan. Situasi tersebut telah didepani sejak akhir 2022 lalu.
by Faiz Riziq | Sep 13, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Hartanah
Prestasi harta tanah negara untuk tempoh 6 bulan pertama tahun ini memaparkan terdapatnya 22,642 unit rumah siap bernilai RM14.24 bilion, masih lagi tidak terjual di pasaran negara. Biarpun data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) ini memperlihatkan penurunan 13.9% dari aspek jumlah unit rumah namun nilainya kekal tinggi untuk pulangan negara.

Mengikut taburan negeri, Perak menjadi negeri tertinggi yang mencatatkan rumah siap dibina tidak terjual – dengan melibatkan 4,161 unit (18.4%), diikuti Johor 3,219 unit (14.2%) dan Kuala Lumpur pula dengan 3,050 unit (13.5%).
Berdasarkan jumlah unit rumah yang tidak terjual ini, ternyata kategori kondominium dan apartment mendominasi peratusan dengan 59.8% (13,535 unit), teres mewakili 24.4% (5,524 unit), gabungan tumah berkembar mewakili 8.2% (1,867 unit) dan selebihnya 7.6% dengan lain-lain kediaman.
Manakala berasaskan kadar harga rumah yang tidak terjual pula, unit mewah mendominasi iaitu lebih RM500,000 mewakili 9,413 unit kediaman, diikuti RM300,000 ke bawah dengan 6,840 unit dan RM300,000 ke atas pula dengan 6,389 unit tidak terjual.
Recent Comments