Minuman Bergula Akan Dinaikkan Cukai, Kadar Baharu Diketahui Pada Belanjawan 2025

Minuman Bergula Akan Dinaikkan Cukai, Kadar Baharu Diketahui Pada Belanjawan 2025

Dalam usaha membendung penyakit berkaitan gula di Malaysia, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kadar cukai ke atas minuman bergula (SSB) akan alami peningkatan, di mana pelarasan tersebut akan diketahui pada pembentangan Belanjawan 2025 kelak.

Pelarasan naik kadar cukai gula ini adalah tindak-balas negara berikutan berlakunya penurunan pembelian produk minuman bergula siap minum (RTD) sekitar 9.9% pada pasaran semasa. Maka untuk menggalakkan lagi penurunan jualan tersebut, peningkatan kadar ini dilihat suatu tindakan yang relevan oleh sektor kesihatan negara.

Usaha ini secara langsung turut akan melandaikan peratusan isu obesiti yang didepani sebilangan penduduk Malaysia. Tahukah anda, menjelang 2035 terdapat potensi sekitar 41% penduduk dewasa Malaysia berdepan obesiti dan ketika ini sahaja didapati sekitar 50% penjawat awam negara sedang berdepan masalah tersebut.

Buat pengetahuan umum pada pembentangan bajet lalu, kerajaan telahpun menaikkan paras cukai bergula kepada 50 sen seliter – menerusi kadar baharu kelak ia dijangka akan memberi kesan kepada perubahan harga produk terlibat dan seterusnya mengurangkan lagi kuasa beli pengguna pada keperluan item tersebut.

Rangkaian Kedai Serbaneka, Pos Shop Sasar Miliki 50 Cawangan Tahun Ini – Pos Malaysia

Rangkaian Kedai Serbaneka, Pos Shop Sasar Miliki 50 Cawangan Tahun Ini – Pos Malaysia

Sejak akhir tahun lalu, Pos Malaysia telah mula meluaskan segmen perniagaan mereka dengan meneroka cabang baharu membabitkan rangkaian serbaneka, Pos Shop. Setelah lebih setahun, kini Pos Shop secara rasminya memiliki 36 cawangan di seluruh negara, memperlihatkan permintaan yang baik daripada pengguna negara.

Untuk makluman umum, di bawah rangkaian serbaneka Pos Shop ini terdapat juga penawaran Pos Kafe buat kemudahan para pengguna. Menerusi kepelbagaian khidmat ini ia secara langsung merealisasikan matlamat Pos Malaysia untuk mengabungkan perkhidmatan tradisional bersama akses moden.

 

 

Melalui usaha ini, ia secara langsung memberi pendedahan kepada pengguna antara khidmat untuk meraih pengalaman berbelanja dengan lancar pada akses penyelesaian sehenti. Langkah ini juga tidak hanya memberi pulangan kepada Pos Malaysia bahkan ke atas peniaga kecil negara yang turut terlibat sama dalam penawaran produk di rangkaian serbaneka kumpulan. Secara menyeluruh, Pos Malaysia optimis untuk terus meluaskan jejak Pos Shop dengan memiliki 50 cawangan pada tahun ini dan merancang menambah 40 lagi cawangan pada tahun 2025.

Jumlah Penjawat Awam Muflis Sekitar 13% – Jabatan Insolvensi

Jumlah Penjawat Awam Muflis Sekitar 13% – Jabatan Insolvensi

Sejak 2021 sehingga rekod semasa, didapati 10-13% daripada kes bankrap baharu yang didaftarkan di seluruh negara adalah melibatkan kumpulan penjawat awam. Data Jabatan Insolvensi (MdI), memperincikan antara faktor yang mendorong kepada status tersebut susulan memiliki tahap hutang yang serius. Di mana ia diklasifikan sebagai kesalahan di bawah Peratusan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Untuk makluman, tahap hutang serius ini didasari berlandaskan jumlah pendapatan yang dinikmati penjawat awam. Pada pengukuran tersebut, kumpulan terlibat ini hanya membawa pulang jumlah pendapatan bawah daripada 40% sahaja.

Dan lebih jelas, sekiranya individu berdepan tunggakan lebih RM100,000 – maka kumpulan ini telahpun layak dikategorikan muflis menerusi tindakan mahkamah. Secara menyeluruh, setakat Julai lalu MdI sejumlah 159,781 kes bankrap telah direkodkan di seluruh negara dengan pinjaman peribadi dan perniagaan terus menjadi punca utama kegagalan peminjam menguruskan kewangan mereka.

Keterbilatan Wanita Dalam Lembaga Pengarah Masih Rendah, Hanya Capai 26.3%

Keterbilatan Wanita Dalam Lembaga Pengarah Masih Rendah, Hanya Capai 26.3%

Peranan wanita dalam lembaga pengarah pada semua syarikat awam tersenarai (PLC) di Bursa Malaysia diperhatikan masih kekal rendah, iaitu untuk tahun ini 26.3% – terus di bawah sasaran negara 30%. Tinjauan PwC Malaysia ini dapati, meskipun angka tersebut memaparkan sedikit peningkatan namun jelas peranan profesional tersebut tidak mencapai sasaran yang telah digariskan pada sidang belanjawan 2022.

Antara faktor lain yang turut memperlahankan pelaksanaan tersebut, masih terdapat banyak syarikat ingin mengekalkan komposisi jantina dalam lembaga pengarah operasi semasa mereka. Melihat ada aturan itu, pelbagai usaha perlu dijalankan bagi meluaskan lagi keyakinan institusi korporat negara akan bakat profesional kumpulan pekerja wanita di pasaran semasa.

Biarpun kekal perlahan, PwC optimis sasaran ini akan dicapai dan diperluas secara menyeluruh bersama syarikat PLC. Mengikut data Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sehingga 1 Julai 2024 sekitar 31.4% ahli lembaga pengarah telah diwakili wanita pada senarai 100 syarikat senaraian awam teratas di negara.

Prestasi ini sekaligus membantu kumpulan pekerja wanita meraih lebih banyak pengiktirafan bakat serta membantu menyeimbangkan semula peluang ekonomi negara secara berperingkat. Matlamat ini penting dalam memastikan ekonomi negara terus meluas bersama manfaatnya kepada setiap kategori pekerja.

Peruntukkan RM10 Juta, Aplikasi Digital Untuk Hospital Di Sarawak – Kerajaan Negeri

Peruntukkan RM10 Juta, Aplikasi Digital Untuk Hospital Di Sarawak – Kerajaan Negeri

Kelak seluruh hospital di Sarawak akan meraih manfaat menerusi pembangunan aplikasi pautan digital – yang membolehkan seluruh data dan rekod kesihatan penduduk negeri dapat diakses antara hospital menerusi sebuah aplikasi. Kemudahan ini akan direalisasikan berikutan pentadbiran negeri Sarawak kini telah meluluskan sekitar RM10 juta untuk pelaksanaan aplikasi tersebut.

Usaha ini untuk makluman adalah sebahagian daripada inisiatif digitalisasi perkhidmatan awam di Sarawak yang akan meningkatkan kecekapan serta kualiti perkhidmatan antara hospital di negeri. Menerusi aturan itu, ia akan lebih memudahkan proses rawatan dilaksanakan di hospital berikutan akses rekod Kesihatan yang diselaraskan dalam satu aplikasi. Perkara ini secara langsung turut membantu petugas hospital dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan mereka secara berkala.

Online
Hi! Boleh kami bantu?