OPR Masih Kekal 3.00% – Bank Negara Malaysia

OPR Masih Kekal 3.00% – Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan Kadar Dasar Semalaman adalah kekal di paras 3.00% – langkah itu sekaligus menjadikan ia kadar yang sama setelah setahun, sejak ia dinaikkan pada Mei 2023 lalu. Pelarasan di bawah sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ini didasari akan persekitaran ekonomi Malaysia yang semakin meluas diimbangi kemasukan pelaburan yang membrangsangkan.

Pertumbuhan eksport yang positif bersama permintaan dalam negeri yang stabil juga turut mengukuhkan lagi pasaran negara. Malah aliran perbelanjaan isi rumah di negara juga kekal berdaya saing, dan disokong prestasi pasaran kerja yang lebih baik berikutan kadar pengangguran telah menurun ke paras 3.3%. Secara menyeluruh, BNM akan terus memantau dan berwaspada akan perkembangan pasaran semasa dan menjamin pertumbuhan ekonomi Malaysia terus mampan tatkala keadaan harga kekal stabil.

Atasi Ketirisan Dana Negara, Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Ditubuhkan

Atasi Ketirisan Dana Negara, Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Ditubuhkan

Dalam memastikan isu pertindihan peranan dan pembaziran dana negara dapat diatasi dengan lancar, pentadbiran negara kini menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan. Makluman demikian dikongsikan ketika sidang himpunan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini, di mana sekretariat tersebut dilaksanakan serta-merta dan mendapat kerjasama penuh bersama kabinet negara.

Seperti yang umum ketahui, negara miliki pelbagai badan berkanun dalam pengurusan semasa. Situasi ini secara langsung telah menyebabkan beberapa bahagian berdepan pertindihan fungsi dan sukar untuk disemak. Ia secara langsung membawa kepada perbelanjaan yang berlebihan dalam sesuatu tugasan.

Usaha ini sekaligus membantu menstrukturkan semula kecekapan perkhidmatan awam, badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Malah ia juga bertindak meleraikan pertindihan pengagihan kuasa, di samping meraih sistem awam yang lebih cekap bersama perbelanjaan yang lebih teratur.

Kenaikkan Gaji & Tambahan Faedah Untuk Pegawai Bank Di Semenanjung Malaysia – MCBA & ABOM

Kenaikkan Gaji & Tambahan Faedah Untuk Pegawai Bank Di Semenanjung Malaysia – MCBA & ABOM

Hasil kesepakatan Persatuan Bank-Bank Komersial Malaysia (MCBA) dan Persatuan Pegawai Bank Semenanjung Malaysia (ABOM) dalam menambahbaik manfaat kepada kumpulan pegawai bank di Semenanjung negara – kini dimaklumkan peningkatan gaji sebanyak 9.0% telah dikuat kuasakan bermula Januari lalu.

Langkah perjanjian kolektif baharu (CA) ini untuk makluman secara langsung memberi manfaat ke atas sejumlah 3,500 pengawai bank yang berkhidmat di 10 bank komersial di seluruh Semenanjung Malaysia bagi tempoh 2024 sehingga 2026 kelak. Pelarasan gaji ini untuk makluman akan melibatkan kos tahunan tambahan sebanyak RM32 juta terhadap bank yang terlibat dan lebih menarik pegawai bank juga akan menerima kenaikan tahunan sekitar 5% pada setiap tahun.

Selain kenaikan gaji, terdapat juga penambahan faedah tambahan merangkumi bantuan tahunan perayaan sekitar RM1,800 dan elaun digital bulanan RM90 bagi membantu menampung kos penerapan digital kalangan petugas perbankan. Tidak hanya itu, akses elaun perumahan luar bandar turut dinaikkan sehingga 43% di mana petugas berstatus bujang kepada RM900 dan yang telah brkahwin RM1,100. Diikuti akses perubatan dinaikkan sebanyak 27% menjadikan had manfaat tersebut secara tahunan kepada RM4,200.

Menjelang 2030, Malaysia Dan New Zealand Setuju Tingkat Nilai Perdagangan 50%

Menjelang 2030, Malaysia Dan New Zealand Setuju Tingkat Nilai Perdagangan 50%

Dalam memastikan aliran perdagangan antarabangsa terus diperkukuh dan dipeluaskan – Malaysia bersama New Zealand hari ini telah mencapai kesepakatan untuk tingkatkan nilai perdagangan dua hala sekitar 50% pada 2030. Selain aktiviti ekonomi, kebersamaan yang dicapai antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon ini turut diperluaskan kepada pautan pendidikan dan pembangunan belia di pasaran semasa.

Lebih menarik, kedua negara turut sedang bekerjasama dalam aturan e-pensijilan dan kerjasama kastam baharu bagi meningkatkan lagi kecekapan di sempadan perdagangan. Adanya pertambahan nilai dagangan ini, ia berupaya meningkatkan aliran eksport dan import bersama Malaysia. Setakat 2023 sahaja, New Zealand adalah rakan dagangan ke-28 terbesar di Malaysia. Di mana menjadi destinasi eksport ke 22, diikuti sumber import ke 27 pada kalangan negara di rantau Oceania.

Secara menyeluruh kedua negara telah mencatatkan jumlah perdagangan sekitar RM11.56 bilion bersama 24 projek pelaburan telah diluluskan bagi 2023, yang membawa nilai RM238.28 juta dengan menjana 1,137 pekerjaan kepada pasaran Malaysia.

Dijangka Kekal 3.0%, Namun Risiko Kenaikkan OPR Tetap Ada – Standard Chartered

Dijangka Kekal 3.0%, Namun Risiko Kenaikkan OPR Tetap Ada – Standard Chartered

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka akan terus mengekalkan pelarasan kadar dasar semalaman (OPR) di paras 3.00%, sepertimana yang ditetapkan sejak Mei 2023 lalu. Aturan itu berikutan seiring dengan paras inflasi semasa, di mana menurut notis Standard Chartered hari ini – inflasi Julai lalu memaparkan paras sederhana dengan 2.0% diikuti inflasi utama sekitar 1.9%. Selain faktor itu, berikutan tiada pengumuman untuk langkah subsidi bersasar selanjutnya maka situasi itu tidak akan memberi kesan yang ketara pada paras inflasi negara.

Namun pasaran negara perlu kekal berjaga, berikutan risiko ketika ini adalah OPR cenderung mengalami kenaikan, tidak lagi penurunan rentetan prestasi ekonomi negara kian memulih. Dan buat pengetahuan umum paras OPR 3.00% telah dikuat kuasakan sejak tahun lalu. Sekiranya ia alami perubahan dan dinaikkan pada 5 September kelak – ia sekaligus menamatkan pengekalan OPR yang telah dilaksanakan sebanyak 8 kali bermula Mei 2023.

Online
Hi! Boleh kami bantu?