Dalam memastikan isu pertindihan peranan dan pembaziran dana negara dapat diatasi dengan lancar, pentadbiran negara kini menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan. Makluman demikian dikongsikan ketika sidang himpunan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini, di mana sekretariat tersebut dilaksanakan serta-merta dan mendapat kerjasama penuh bersama kabinet negara.

Seperti yang umum ketahui, negara miliki pelbagai badan berkanun dalam pengurusan semasa. Situasi ini secara langsung telah menyebabkan beberapa bahagian berdepan pertindihan fungsi dan sukar untuk disemak. Ia secara langsung membawa kepada perbelanjaan yang berlebihan dalam sesuatu tugasan.

Usaha ini sekaligus membantu menstrukturkan semula kecekapan perkhidmatan awam, badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Malah ia juga bertindak meleraikan pertindihan pengagihan kuasa, di samping meraih sistem awam yang lebih cekap bersama perbelanjaan yang lebih teratur.

Online
Hi! Boleh kami bantu?