Dalam memastikan aliran perdagangan antarabangsa terus diperkukuh dan dipeluaskan – Malaysia bersama New Zealand hari ini telah mencapai kesepakatan untuk tingkatkan nilai perdagangan dua hala sekitar 50% pada 2030. Selain aktiviti ekonomi, kebersamaan yang dicapai antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon ini turut diperluaskan kepada pautan pendidikan dan pembangunan belia di pasaran semasa.
Lebih menarik, kedua negara turut sedang bekerjasama dalam aturan e-pensijilan dan kerjasama kastam baharu bagi meningkatkan lagi kecekapan di sempadan perdagangan. Adanya pertambahan nilai dagangan ini, ia berupaya meningkatkan aliran eksport dan import bersama Malaysia. Setakat 2023 sahaja, New Zealand adalah rakan dagangan ke-28 terbesar di Malaysia. Di mana menjadi destinasi eksport ke 22, diikuti sumber import ke 27 pada kalangan negara di rantau Oceania.
Secara menyeluruh kedua negara telah mencatatkan jumlah perdagangan sekitar RM11.56 bilion bersama 24 projek pelaburan telah diluluskan bagi 2023, yang membawa nilai RM238.28 juta dengan menjana 1,137 pekerjaan kepada pasaran Malaysia.
Recent Comments