Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan Kadar Dasar Semalaman adalah kekal di paras 3.00% – langkah itu sekaligus menjadikan ia kadar yang sama setelah setahun, sejak ia dinaikkan pada Mei 2023 lalu. Pelarasan di bawah sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ini didasari akan persekitaran ekonomi Malaysia yang semakin meluas diimbangi kemasukan pelaburan yang membrangsangkan.

Pertumbuhan eksport yang positif bersama permintaan dalam negeri yang stabil juga turut mengukuhkan lagi pasaran negara. Malah aliran perbelanjaan isi rumah di negara juga kekal berdaya saing, dan disokong prestasi pasaran kerja yang lebih baik berikutan kadar pengangguran telah menurun ke paras 3.3%. Secara menyeluruh, BNM akan terus memantau dan berwaspada akan perkembangan pasaran semasa dan menjamin pertumbuhan ekonomi Malaysia terus mampan tatkala keadaan harga kekal stabil.

Online
Hi! Boleh kami bantu?