Peranan wanita dalam lembaga pengarah pada semua syarikat awam tersenarai (PLC) di Bursa Malaysia diperhatikan masih kekal rendah, iaitu untuk tahun ini 26.3% – terus di bawah sasaran negara 30%. Tinjauan PwC Malaysia ini dapati, meskipun angka tersebut memaparkan sedikit peningkatan namun jelas peranan profesional tersebut tidak mencapai sasaran yang telah digariskan pada sidang belanjawan 2022.
Antara faktor lain yang turut memperlahankan pelaksanaan tersebut, masih terdapat banyak syarikat ingin mengekalkan komposisi jantina dalam lembaga pengarah operasi semasa mereka. Melihat ada aturan itu, pelbagai usaha perlu dijalankan bagi meluaskan lagi keyakinan institusi korporat negara akan bakat profesional kumpulan pekerja wanita di pasaran semasa.
Biarpun kekal perlahan, PwC optimis sasaran ini akan dicapai dan diperluas secara menyeluruh bersama syarikat PLC. Mengikut data Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sehingga 1 Julai 2024 sekitar 31.4% ahli lembaga pengarah telah diwakili wanita pada senarai 100 syarikat senaraian awam teratas di negara.
Prestasi ini sekaligus membantu kumpulan pekerja wanita meraih lebih banyak pengiktirafan bakat serta membantu menyeimbangkan semula peluang ekonomi negara secara berperingkat. Matlamat ini penting dalam memastikan ekonomi negara terus meluas bersama manfaatnya kepada setiap kategori pekerja.
Recent Comments