Pentadbiran negara kini mengekalkan keputusan untuk tidak melaras sebarang penurunan harga siling yang ditetapkan pada RON95 dan Diesel ketika ini. Penjelasan secara bertulis itu menurut Kementerian Kewangan (MOF) berhubung isu penstrukturan semula had harga siling petrol di sidang Parlimen, memperincikan kerajaan tidak berhasrat untuk menurunkan had tersebut ke paras yang lebih rendah iaitu seperti yang diusulkan kepada RM1.50/liter.

Ini kerana, penetapan harga siling yang dilakukan dilihat secara langsung melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak mentah di pasaran global. Untuk makluman sehingga kini, harga sebenar bagi kedua produk telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan oleh negara.

Meskipun tidak berhasrat untuk tawarkan harga siling yang lebih rendah, MOF memaklumkan ketika ini kerajaan sedang meneroka langkah baharu untuk laksana pemberian subsidi bersasar kepada rakyat negara, ia tidak sekadar bertujuan mengurangkan ketirisan subsidi tetapi turut ingin mengoptimumkan perbelanjaan di samping membantu negara meningkat semula pertumbuhan ekonomi. Setakat ini, paras siling RON95 masih kekal sekitar RM2.05/liter, diikuti Diesel dengan RM2.15/liter.

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?