PERKHIDMATAN KEWANGAN

Adakah KMC agen bank?

KMC bukan agen bank tetapi kami bekerjasama dengan banker bank-bank panel untuk bantu pelanggan mendapatkan penyelesaian terbaik.

 

Apa dokumen yang diperlukan untuk semakan awal?

Slip gaji 3 bulan, penyata bank 3 bulan, penyata KWSP (jika perlu), salinan IC & penyata CCRIS.

Siapa yang layak mohon debt consolidation?

Kakitangan kerajaan, GLC, atau swasta tetap yang menghadapi masalah beban hutang tinggi seperti pinjaman peribadi, kad kredit, AEON, dan koperasi.

 

Apa kelebihan penyatuan hutang?

Mengurangkan ansuran bulanan, mengelakkan blacklist, dan memperbaiki rekod CCRIS/CTOS.

Saya ada rumah/tanah, boleh refinance walaupun ada tunggakan?

Ya, tertakluk kepada penilaian bank & nilai pasaran semasa. Kami bantu semak percuma.

Berapa lama proses kelulusan?

 14 – 21 hari bekerja bergantung kepada dokumen lengkap dan kelulusan bank tidak termasuk proses disburse yang mengambil masa 3-6 bulan.

Kursus-Kursus

Kursus Asas Pensijilan MeSTI, Trust MyCatering & Halal

Siapa patut hadir kursus ini?

Usahawan F&B, pengusaha produk, pengilang, katerer atau yang merancang untuk mohon sijil Halal/MeSTI.

 

Kursus Kesedaran Legasi & Wasiat

Apa pentingnya kursus ini?

Untuk faham kepentingan perancangan harta, pewarisan & penyediaan wasiat secara sah & patuh syariah.

Kursus Pengurusan Kewangan & Keberhutangan

Sesuai untuk siapa?

Individu, kakitangan awam atau syarikat yang ingin urus bajet, kurangkan hutang dan rancang kewangan jangka panjang.

Kursus Asas / Intermediate / Advance Trading (Dagangan Matawang)

Adakah kursus ini patuh syariah?

Tidak, kami cuma tekankan elemen pengurusan risiko & ilmu sebelum melibatkan diri dalam dagangan forex.

Kursus Asas Kontraktor & Berkaitan (Gred, Dokumen, BOQ, LPIM/JKR)

Adakah kursus ini penting untuk kontraktor baru?

Ya, ia membantu anda faham asas pendaftaran kontraktor, dokumentasi projek, pengiraan BOQ dan peningkatan gred CIDB.

Kursus Ketua Keselamatan & Penyiasatan Jenayah Ringan

Sesuai untuk siapa?

Pegawai sekuriti, RELA, NGO keselamatan, syarikat korporat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat dalam operasi keselamatan komuniti.

Kursus OSHA 2025 / HIRARC / ERA / CHRA

Apa manfaatnya?

Meningkatkan kesedaran & kecekapan pekerja dalam keselamatan pekerjaan, penilaian risiko dan pematuhan perundangan OSH terkini.

 PENGURUSAN SIJIL

Halal / MeSTI / Trust My Catering / Sijil Premis KKM

KMC bantu sampai dapat sijil ke?

Ya, kami bantu dari A-Z – termasuk semakan dokumen, kursus, permohonan, audit sehingga kelulusan.

 

Saya ubah menu/produk lepas mohon, boleh?

Boleh, tapi perlu maklum semula kepada pihak berwajib & mungkin ada semakan semula dokumen.

PENGURUSAN LESEN

CIDB, UPKJ, PUKONSA, Petronas, Petros, Sarawak Energy

Siapa perlu lesen ini?

Kontraktor dalam industri pembinaan, tenaga, dan kerja-kerja projek yang memerlukan lesen berwibawa & sah untuk projek kerajaan atau swasta.

 

KMC bantu urus permohonan baharu & naik taraf lesen?

Ya, kami bantu kedua-dua – permohonan baharu & pembaharuan atau peningkatan gred lesen.

AKAUN & CUKAI

Pengurusan Cukai & Tax / PCB

Apa perkhidmatan berkaitan cukai yang KMC sediakan?

Kami bantu sediakan laporan cukai, fail cukai individu/syarikat, kiraan PCB dan semakan audit cukai.

 

Saya usahawan mikro/PKS, perlu fail cukai?

Ya, walaupun perniagaan kecil, anda tetap wajib isytihar pendapatan kepada LHDN.

Online
Hi! Boleh kami bantu?