Pembiayaan Semula Rumah
4 Sebab Anda Perlu Refinance Rumah
Strategi refinancing ini bersesuaian dengan beberapa jenis masalah orang; yang nak kurangkan faedah rumah, nak bayar hutang, macam-macamlah. Jom kita tengok satu persatu manfaat refinancing ni.
Untuk Kadar Faedah Yang Lebih Rendah
Kebanyakan rakyat Malaysia yang membuat pinjaman perumahan sebelum 2010 dan sebelum wabak koronavirus 2019 (COVID-19) yang telah dikenakan kadar faedah yang jauh lebih tinggi daripada kadar faedah semasa.
Kadar faedah semasa biasanya sekitar 3%-4%. Ini bermaksud ansuran bulanan akan jadi lebih rendah selepas refinance rumah.
Boleh Menyatukan Hutang
Jika anda sedang membayar beberapa pinjaman berbeza secara serentak, refinance (pembiayaan semula) boleh menjadi jawapannya.
Anda boleh mempertimbangkan pelan pembiayaan semula yang membolehkan anda masuk semua pinjaman ke dalam satu akaun sahaja.
Ini bermakna anda hanya membuat satu pembayaran sahaja berbanding perlu membayar kepada beberapa pinjaman.
Tempoh Pinjaman Rumah Dipendekkan
Anda boleh memendekkan tempoh pinjaman rumah anda apabila anda membiayai semula rumah anda.
Dengan kadar faedah baru yang lebih rendah yang perlu anda bayar kepada bank. Jumlah bayaran semula kepada bank menjadi lebih sedikit. Ini akan membolehkan anda mempunyai duit lebihan dan simpanan untuk kegunaan lain.
Dapat Keluarkan Tunai (Cash-Out)
Wang tunai daripada pembiayaan semula boleh digunakan untuk pembaikan / pengubahsuaian rumah atau menambah baik hartanah
Ini boleh meningkatkan nilai pasaran yang lebih baik pada hartanah tersebut. Ada juga pemilik rumah yang menggunakan duit dengan tujuan melanjutkan pelajaran anak, tabung perkahwinan, memulakan perniagaan dan sebagainya.
Adakah Anda Mempunyai Soalan & Nak Tahu Syarat Refinance?
Wajib ke ada rumah?
Kami sarankan jika anda ingin refinance rumah anda, anda sudah membeli rumah anda lebih daripada 5 tahun. Jika kurang daripada 5 tahun pun tidak mengapa, janji market value rumah anda sudah naik dengan banyak
Bagaimana nak semak harga pasaran rumah semasa?
Anda boleh semak harga pasaran rumah anda di website seperti iProperty.com, propertyguru.com atau brickz.com. Jika anda masih tidak pasti, jangan risau, kami boleh semakkan untuk anda. Anda hanya perlu isikan maklumat anda.
Syarat untuk Refinance?
Prosesnya sama sahaja dengan membeli rumah. Kami perlu mendapatkan beberapa dokumen daripada anda untuk membuat semakan kelayakan. Kami akan melihat CCRIS & CTOS dan juga DSR anda.
Bolehkah loan LPPSA dipindahkan ke Institusi Perbankan?
Yes boleh, anda boleh Refinance loan kerajaan LPPSA ke institusi kewangan dengan tujuan untuk menutup hutang
Isikan Maklumat Anda Untuk Semakan Kelayakan Percuma