Pengurusan Pensijilan Halal

Kenapa perlu memilih kami?

Halal memberi maksud “dibenarkan” dalam bahasa Arab. Dalam istilah syariah, ia bermaksud makanan halal, makanan yang mematuhi undang-undang dalam Islam, seperti yang sudah dinyatakan di dalam Al-Quran.

Konsep Halalan toyyibban adalah penting bagi umat islam malah ia menjadi isu antarabangsa apabila pengeluar produk dari luar negara turut mementingkan logo atau pengesahan halal Malaysia di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Selain daripada itu, pengeluar produk dari luar negara berlumba lumba ingin mendapatkan sijil halal dari Malaysia yang dianggap terbaik di dunia, jadi kenapa kita yang tinggal di Malaysia tidak menganggap ia nya adalah sebagai sesuatu yang penting?

Kesimpulannya, pensijilan halal memberi manfaat kepada keseluruhan umat manusia secara umumnya dan khusus kepada umat Islam.

Pensijilan halal melindungi pengguna baik dari segi kesahihan halal dan kebersihan makanan. Kepada perniagaan pemegang sijil halal semestinya ia memberi kredibiliti kepada jenama dan meluaskan pasaran produk kerana peningkatan terhadap produk halal dari tahun ke tahun secara global.

Online
Hi! Boleh kami bantu?