Wang KWSP Jadi Cagaran Untuk Pinjaman Bank – PM

Wang KWSP Jadi Cagaran Untuk Pinjaman Bank – PM

Menyedari terdapat pelbagai pihak mengusulkan permintaan untuk mengeluarkan dana persaraan di dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – kerajaan kini membenarkan tindakan tersebut dilaksanakan, namun ia hanya tertakluk sebagai cagaran kepada bank.

Ini bermakna penerapan kaedah secara kolateral itu akan menjadikan simpanan pencarum sebagai jaminan untuk pinjaman bersama perbankan. Langkah ini hanya dibenarkan untuk pencarum yang memiliki simpanan pada akaun KWSP sahaja. Makluman ini dikongsikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan pada sidang penggulungan bajet sebentar tadi.

Skim Biaya Rumah Untuk B40 Bakal Di Kaji

Skim Biaya Rumah Untuk B40 Bakal Di Kaji

Memahami keperitan sebahagian rakyat negara yang berdepan kekangan untuk memiliki kemampuan beli kediaman, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini sedang meneliti potensi untuk pelbagaikan skim pembiayaan perumahan. Tidak hanya untuk B40 bahkkan kumpulan bersasar terpilih.

Setakat ini mengikut laporan pada sidang negara telah menawarkan inisiatif seperti Skim Sewa-untuk-Milik (RTO) dengan 6,066 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara. Ketika ini sejumlah 4,690 keluarga telah menerima skim tersebut.

Selain penawaran itu, terdapat juga penawaran Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) yang menampilkan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) iaitu membenarkan golongan yang tidak miliki pendapatan tetap melunaskan wang pendahuluan bagi pembiayaan perumahan mereka.

Moratorium Untuk Mangsa Banjir – Bank Islam

Moratorium Untuk Mangsa Banjir – Bank Islam

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) mengumumkan pelaksanan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan kemudahan pembiayaan perumahan, peribadi dan kenderaan yang terjejas dengan bencana banjir. Bagaimanapun, permohonan penangguhan bayaran ansuran bulanan sehingga tempoh enam bulan itu tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan. Bank Islam, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kemudahan moratorium itu turut disediakan kepada pelanggan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sebagai meneruskan Program Prihatin Banjir untuk membantu para pelanggan pembiayaan yang terjejas.

“Selain itu, Bank Islam juga tidak akan mengenakan sebarang caj bagi penggantian kad kredit-i dan debit-i serta buku cek yang rosak atau hilang ekoran bencana yang berlaku,” katanya.
Bank tersebut memaklumkan kemudahan Bantuan Bencana (DRF) untuk industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) khusus untuk pelanggan pembiayaan Perniagaan-i yang terkesan.

“Di bawah kemudahan ini, perusahaan mikro yang layak boleh memohon pembiayaan sehingga RM150,000. Pembiayaan berjumlah RM700,000 disediakan untuk PKS dengan tempoh tujuh tahun, termasuk moratorium selama enam bulan.

Permohonan Program Prihatin dan DRF boleh dibuat di cawangan Bank Islam terdekat dalam tempoh tiga bulan selepas kejadian dan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.bankislam.com/program-prihatin-banjir/. Pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan Bank Islam di contactcenter@bankislam.com.my atau 03- 26 900 900 sementara pelanggan perniagaan boleh menghantar e-mel ke smeassist@bankislam.com.my.

 

Kredit: Bernama

6.4 Juta Pinjaman Rumah Tidak Akan Jejas Jika OPR Naik

6.4 Juta Pinjaman Rumah Tidak Akan Jejas Jika OPR Naik

Sebarang pelarasan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada pasaran Malaysia, dilihat tidak akan menjejaskan sekitar 50.3% iaitu bersamaan 6.4 juta akaun pinjaman isi rumah di negara. Makluman Kementerian Kewangan pada sidang parlimen kali ini memperincikan jumlah akaun itu adalah terdiri daripada pinjaman berkadar tetap – yang tidak terjejas akan peningkatan OPR. Dan daripada jumlah itu sekitar 3.5 juta akaun adalah dalam kalangan B40, yang tidak akan terjejas.

Penerangan ini bertujuan memberi gambaran kepada umum akan kerunsingan berhubung jangkaan kenaikan OPR yang disasarkan berlaku, tidak lama lagi. Buat pengetahuan umum, hanya peminjam yang miliki pinjaman jenis berkadar terapung akan terkesan.

Maksud Interest (Kadar Faedah), Jenis, Peranan & Konsep.

Maksud Interest (Kadar Faedah), Jenis, Peranan & Konsep.

Bagi mereka yang berada dalam dunia kewangan, sudah tentu interest rate atau kadar faedah mungkin biasa di telinga mereka. Apabila memohon kredit atau semasa memberi pinjaman, ia akan dikaitkan dengan berapa banyak faedah yang dikenakan dan berapa banyak faedah yang diperolehi.

Oleh itu, adalah penting untuk mereka mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam tentang interest rate ini. Bagi Anda yang tidak tahu tentang kadar faedah, bertenang kerana artikel ini akan menerangkan sepenuhnya dari apa itu interest rate hingga peranan kadar faedah dalam ekonomi.

 

Apa Maksud Interest Rate (Kadar Faedah)?

 

Interest rate (kadar faedah) ialah salah satu pembolehubah ekonomi yang sering dipantau oleh pelaku ekonomi. Kadar faedah dilihat mempunyai kesan langsung kepada keadaan ekonomi. Pelbagai keputusan mengenai penggunaan, simpanan dan pelaburan berkait rapat dengan keadaan kadar faedah.

Setiap perubahan interest rate pastinya akan memberi kesan kepada perubahan jumlah pelaburan dalam sesebuah negara, ini juga datang daripada pelabur asing dan domestik. Ini terutama berlaku untuk jenis pelaburan portfolio yang mempunyai jangka masa yang lebih pendek. Perubahan dalam kadar faedah akan menjejaskan permintaan dan penawaran di pasaran wang domestik.

Jika dalam sesebuah negara terdapat peningkatan aliran masuk modal ke luar negara, ini menyebabkan perubahan dalam kadar pertukaran mata wang negara tersebut berbanding mata wang asing dalam pasaran pertukaran asing.

 

Jenis Kadar Faedah

 

1. Real Interest Rate

Kadar faedah jenis ini ialah pembetulan kadar inflasi dan ditakrifkan sebagai nominal interest rate tolak kadar inflasi. Kadar faedah sebenar ini juga mempunyai formula seperti di bawah:

 

Real Rate = Nominal Rate – Rate of Inflation

 

2. Nominal Interest Rate

Kadar faedah biasanya disenaraikan pada akaun cek di mana ia boleh memberikan kadar pulangan untuk setiap pelaburan yang dibuat.

 

Peranan Kadar Faedah dalam Ekonomi

 

Kadar faedah boleh menentukan setiap jenis pelaburan yang akan memberikan keuntungan atau pulangan kepada usahawan. Usahawan ini juga akan melaksanakan pelaburan yang dirancang hanya jika kadar pulangan modal yang mereka terima melebihi kadar faedah. Dengan bilangan pelaburan dalam tempoh masa tertentu sama dengan nilai semua pelaburan yang kadar pulangan modalnya melebihi atau sama dengan kadar faedah itu sendiri.

Jika kadar faedah menjadi lebih rendah, lebih banyak perniagaan akan mendapat pulangan modal yang lebih tinggi daripada kadar faedah. Semakin rendah kadar faedah yang perlu dibayar oleh usahawan, semakin banyak usaha yang boleh dilakukan oleh usahawan. Lebih rendah kadar faedah, lebih banyak usahawan pelaburan membuat.

 

Konsep Kadar Faedah

 

Konsep kadar faedah terdiri daripada pelbagai pendekatan. Yang pertama ialah konsep mengenai real interest rate, iaitu kadar faedah yang merupakan kadar faedah nominal tolak kadar inflasi. Yang kedua ialah konsep atau pendekatan yang dikenali sebagai yield to maturity. Konsep ini dilihat sebagai satu konsep yang dapat menjelaskan kadar faedah dengan lebih tepat. Yield to maturity ditakrifkan sebagai kadar faedah yang diperoleh daripada present value (PV) penerimaan aliran tunai daripada instrumen hutang yang dinilai pada nilai masa kini.

1. Konsep Present Value

Konsep present value adalah berasaskan pulangan ke atas hasil deposit yang diberikan oleh bank. Deposit dana dalam perbankan pada masa hadapan tidak ditetapkan pada nilai nominal awal deposit. Tetapi nilai awal deposit ditambah kepada kadar faedah yang diberikan sebagai hasil atau faedah. Dalam erti kata lain, nilai sejumlah wang hari ini adalah lebih bernilai daripada jumlah wang yang sama yang akan dibayar pada masa hadapan. Proses pengiraan nilai kini bagi sejumlah dana yang akan diterima pada masa hadapan dikenali sebagai discounting the future value. Konsep present value dirumuskan seperti berikut:

 

 

2. Konsep Real Interest Rate

Kadar faedah nominal ialah kadar faedah yang tidak mengambil kira kadar inflasi. Kadar faedah sebenar ialah kadar faedah yang mengambil kira inflasi, jadi pengiraan kadar faedah ini mencerminkan cost of borrowing yang sebenar. Kadar faedah sebenar yang mengambil kira perubahan jangkaan dalam paras harga dipanggil ex ante real interest rate.

Manakala kadar faedah sebenar yang mengambil kira perubahan dalam paras harga sebenar dirujuk sebagai ex post real interest rate. Kadar faedah sebenar, kadar faedah dan inflasi dikaitkan dengan persamaan Fisher (Fisher Equation) seperti berikut:

 

 

Apabila kadar faedah sebenar rendah, borrowing cost juga rendah, jadi insentif untuk meminjam adalah lebih besar daripada insentif untuk memberi pinjaman.

CIMB Meraih Keuntungan Sebanyak RM6.21 Billion Tahun 2022

CIMB Meraih Keuntungan Sebanyak RM6.21 Billion Tahun 2022

CIMB Group terus mengukuhkan kedudukan kumpulan, apabila prestasi 2022 berjaya merekodkan untung bersih teras bernilai RM6.21 bilion bersama lonjakan 33.5% secara menyeluruh untuk tahun 2022 yang berakhir pada 31 Disember lalu. Perkongsian CIMB pada sidang maya sebentar tadi turut menjelaskan peningkatan prestasi itu dapat diperlihat pada pulangan teras tahunan bagi purata ekuiti (ROE) yang telah meningkat sekitar 10.2% daripada 8.1%.

Selain itu, kumpulan juga turut memaparkan perolehan untung sebelum cukai (PBT) sekitar RM8.49 bilion dengan lonjakan 33.8%. Menurut CIMB, prestasi membrangsangkan ini dicetus hasil pertumbuhan pinjaman yang kukuh bersama pengembangan margin faedah bersih (NIM) serta hasil pengurusan kos yang baik pada pentadbiran.

Perkembangan positif ini dilihat selari dengan usaha kumpulan pada agenda Forwad+23 yang membantu CIMB membentuk kembali pelan strategik serta pembangunan portfolio kumpulan dalam penerokaan peluang pelaburan. Selanjutnya pada pasaran di masa hadapan, CIMB memiliki matlamat meningkatkan kecekapan teknologi dan kekuatan operasi kumpulan. Ia secara langsung tidak sekadar memberi pengalaman platform digital yang baik buat pengguna namun turut meningkatkan imej kumpulan di pasaran hadapan.

 

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?