Pinjaman Bersandarkan KWSP, Keutungan Kadar Sekitar 4-5%

Pinjaman Bersandarkan KWSP, Keutungan Kadar Sekitar 4-5%

Ekoran tindakan kerajaan membenarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijadikan sebagai cagaran bagi pinjaman bank melibatkan Akaun 2 – kini terdapat pelbagai persoalan diutarakan hasil langkah tersebut. Namun Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan aturan itu adalah sebahagian daripada usaha negara untuk memelihara aliran tunai rakyat yang terkesan.

Pada tindak balas itu, KWSP hari ini memaklumkan inisiatif tersebut tidak akan membebankan rakyat Malaysia kerana kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan adalah dijangka sekitar 4% sehingga 5% setahun.

Kadar ini jauh lebih rendah daripada kadar pasaran pinjaman semasa yang mengenakan kadar sekitar 8% sehingga 15%. KWSP turut mengeaskan langkah menjadikan wang KWSP sebagai cagaran adalah sah dan ia tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991.

Selain itu, PM Anwar pada sidang Parlimen pagi ini turut menegaskan penggunaan dana Akaun KWSP masih lagi terpakai untuk penggunaan perbelanjaan melibatkan pelunasan pinjaman pendidikan, kesihatan atau tuntutan haji.

Kerajaan Akan Teliti Untuk Pinjaman Khas Untuk B40

Kerajaan Akan Teliti Untuk Pinjaman Khas Untuk B40

Menyedari pendekatan di bawah konsep Rahmah berupaya membantu golongan B40, dan kumpulan berkeperluan miliki aliran tunai yang lebih baik – kerajaan kini bercadang meluaskan usaha tersebut bersama syarikat kewangan, termasuklah perbankan untuk tawaran pinjaman khas.

Usaha melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) buat masa ini sedang diteliti bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Setakat ini perbincangan telah disemak bersama MBSB Bank dan kelak akan diperluas bersama pemain industri kewangan lain.

Selain bank, mengikut laporan BH usaha ini turut berpotensi diperluas bersama penyedia insurans dengan pertimbangan cadangan skim perlindungan khas. Bagaimanapun usaha ini akan dimaklumkan secara berperingkat kepada umum setelah mencapai kata sepakat bersama pentadbiran dan pemain industri.

Bank Silicon Valley UK Dibeli Oleh HSBC – Nilai RM5

Bank Silicon Valley UK Dibeli Oleh HSBC – Nilai RM5

Setelah dikejutkan kejatuhan Silicon Valley Bank (SVB) pada persada perbankan di Amerika Syarikat minggu lalu, terbaharu Bank HSBC kini telah menoktahkan dilema operasi tersebut dengan membeli cawangan SVB di United Kingdom pada nilai £1 atau 1 pound bersamaan RM5 sahaja. Langkah ini telah ditemeterai dalam tempoh singkat bagi melindungi deposit para pelanggan SVB demi kesejahteraan pasaran UK.

Tambahan, Kementerian Kewangan UK pada ciapan Twitter turut memberi jaminan – langkah melindungi ini tidak akan melibatkan sebarang penggunaan wang cukai rakyat negara. Dengan usaha ini secara langsung ia tidak sekadar akan sekitar $8.1 bilion deposit para pelanggan SVB di UK bahkan turut membantu arena teknologi pasaran mereka terjamin.

 

Catat Penggunaan Kad Kredit Tertinggi – Kumpulan B40

Catat Penggunaan Kad Kredit Tertinggi – Kumpulan B40

Dalam era ini, terdapat pelbagai alternatif untuk meningkatkan kuasa beli pengguna – antaranya adalah melalui penggunaan kad kredit. Tahukah anda kumpulan pendapatan rendah, B40 menjadi kumpulan yang tertinggi kadar penggunaan kad kredit pada perbelanjaan mereka sekitar 34.2%. Paras ini jauh lebih tinggi berbanding paras purata kadar penggunaan kad kredit di peringkat nasional iaitu 23.7%.

Dapatan laporan Kredit Pengguna CTOS 2022 ini turut menggariskan antara golongan yang kerap menggunakan kad kredit adalah dalam kalangan generasi Y dan Z. Selain itu berhubung baki pinjaman secara menyeluruh B40 pada tahun 2022 mencatatkan sejumlah RM35,531, sementara T20 mencatatkan jumlah baki pinjaman tertinggi dengan RM960,712.

Bagaimanapun berdasarkan skor kredit pula didapati terdapat 400,000 individu di negara berdepan paras skor kredit yang lemah dan rendah. Ini bermakna kumpulan ini tidak berupaya meraih manfaat pinjaman daripada institusi kewangan negara ekoran status tunai mereka yang lemah.

Manakala 70% pengguna negara pula kekal miliki prestasi skor kredit antara “Sederhana” sehingga “Cemerlang” dengan 5 buah negeri mencatatkan purata kredit skor pengguna yang positif. Antaranya Pulau Pinang (689), Selangor (682), Kuala Lumpur (681), Perak (680) dan Melaka (680).

 

Simpanan Akaun 2 Akan Diteliti Oleh KWSP, Cagaran Pinjaman Bank

Simpanan Akaun 2 Akan Diteliti Oleh KWSP, Cagaran Pinjaman Bank

Setelah tindakan membenarkan penggunaan simpanan persaraan pada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikongsikan semalam (9 Mac) oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada penggulungan Belanjawan 2023.

KWSP kini dilaporkan sedang teliti pelaksanaan tersebut melibatkan simpanan pada Akaun 2 KWSP pencarum yang layak. Dimaklumkan pelbagai faktor sedang disemak, bagi memastikan pelaksanaan tersebut berjalan lancar.

Melalui tumpuan itu, dijangka dana Akaun 2 mungkin dijadikan sebagai cagaran atau jaminan bagi pinjaman kewangan bersama pihak bank. Kebenaran ini disasarkan akan tertumpu kepada pencarum yang memiliki simpanan mencukupi dan berdepan masalah kewangan yang kritikal. Sebarang makluman lanjut, difahamkan KWSP akan memaklumkannya dalam masa terdekat.

OPR Kekal Pada Paras 2.75% – BNM

OPR Kekal Pada Paras 2.75% – BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) masih dikekalkan pada paras 2.75%. Paras ini untuk makluman umum dikekalkan selama 3 kali berturutan sejak November 2022 dan Januari 2023.

Penetapan OPR melalui sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ini didasari berasaskan petunjuk ekonomi semasa. Ekonomi Malaysia berkembang kukuh sebanyak 8.7% pada tahun 2022, didorong oleh perbelanjaan sektor swasta dan awam yang pulih susulan pembukaan semula ekonomi sepenuhnya. Selepas menunjukkan prestasi yang kukuh pada tahun 2022, ekonomi dijangka menjadi sederhana pada tahun 2023 berikutan ekonomi global yang lebih perlahan. Pertumbuhan akan terus didorong oleh permintaan dalam negeri. Tidak hanya pasaran tenaga kerja juga semakin positif bahkan kadar pengangguran negara di paras 3.6% – semakin menurun.

Meskipun aliran ekonomi memaparkan aliran positif, sebarang kemungkinan akan risiko ekonomi global masih lagi kekal di bawah perhatian bank pusat negara. Ini kerana sebarang ketidakseimbangan yang berlaku berpotensi membawa kesan kepada pertumbuhan negara ekoran penerapan dasar ekonomi terbuka Malaysia.

Manakala berhubung inflasi pula, negara masih berdepan tekanan inflasi yang rendah di paras 3.7% namun telah memperlihatkan peningkatan secara perlahan berbanding dengan negara Asia yang lain. Kenaikan paras inflasi ini turut memperlihatkan kos makanan di negara masih tinggi, yang sekaligus memberi kesan kepada kuasa beli pengguna semasa. Secara menyeluruh, melalui pengekalan paras OPR 2.75% ini sekaligus akan membantu negara menyokong pertumbuhan ekonomi ke arah lebih stabil dari semasa ke semasa.

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?