Dalam era ini, terdapat pelbagai alternatif untuk meningkatkan kuasa beli pengguna – antaranya adalah melalui penggunaan kad kredit. Tahukah anda kumpulan pendapatan rendah, B40 menjadi kumpulan yang tertinggi kadar penggunaan kad kredit pada perbelanjaan mereka sekitar 34.2%. Paras ini jauh lebih tinggi berbanding paras purata kadar penggunaan kad kredit di peringkat nasional iaitu 23.7%.

Dapatan laporan Kredit Pengguna CTOS 2022 ini turut menggariskan antara golongan yang kerap menggunakan kad kredit adalah dalam kalangan generasi Y dan Z. Selain itu berhubung baki pinjaman secara menyeluruh B40 pada tahun 2022 mencatatkan sejumlah RM35,531, sementara T20 mencatatkan jumlah baki pinjaman tertinggi dengan RM960,712.

Bagaimanapun berdasarkan skor kredit pula didapati terdapat 400,000 individu di negara berdepan paras skor kredit yang lemah dan rendah. Ini bermakna kumpulan ini tidak berupaya meraih manfaat pinjaman daripada institusi kewangan negara ekoran status tunai mereka yang lemah.

Manakala 70% pengguna negara pula kekal miliki prestasi skor kredit antara “Sederhana” sehingga “Cemerlang” dengan 5 buah negeri mencatatkan purata kredit skor pengguna yang positif. Antaranya Pulau Pinang (689), Selangor (682), Kuala Lumpur (681), Perak (680) dan Melaka (680).

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?