by Faiz Riziq | Mar 1, 2023 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Seperti yang diumumkan pada Belanjawan 2023 tempoh hari, kerajaan kelak akan meminda Akta Insolvensi 1967 untuk membuka peluang kedua kepada rakyat negara yang telah diisytiharkan bankrap sebelum ini. Melalui hasrat itu, sementara menanti pindaan ini direalisasikan – kerajaan akan bertindak laksana pelepasan bankrap untuk jumlah hutang skala kecil. Langkah ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menerusi pengeluaran Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi di bawah seksyen 33A Akta 360. Antara pertimbangan yang dikongsikan Jabatan Perdana Menteri ini adalah;
- Pengisytiharan muflis telah melepasi tempoh 5 tahun dari tarikh Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman/Kebankrapan
- Jumlah hutang atau baki yang berkaitan tidak lebihi RM50,000
- Tiada perintah Mahkamah, prosiding atau prosiding penyiasatan dilaksanakan ke atas muflis di bawah Akta 360 – yang akan menghalang pelepasan diberi melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi yang dimaklumkan
- Kriteria sedemikian memerlukan kelompok berkaitan untuk tampil membuat permohonan pelepasan pada cawangan MdI yang menguruskan kes muflis individu berkaitan. Terdapat tiga kaedah disediakan antaranya hadir secara fizikal di cawangan, menghantar surat serta emel untuk semakan status muflis.
Mengikut pembentangan bajet PM Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan dianggarkan tahun ini, Malaysia akan memperlihatkan kebebasan status muflis ke sekumpulan individu. Dijangka jumlah tersebut sekitar 130,000 individu di negara. Melalui usaha ini secara langsung status tunai mereka tidak lagi disekat dan dinafikan oleh pihak tertentu.


by Faiz Riziq | Feb 23, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Setelah Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak mengekalkan paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) di takuk 2.75% pada 19 Januari lalu, dijangka angka tersebut berpotensi dinaikkan 25 mata asas (bps) kepada 3.00% menjelang Mei kelak. Ini bermakna, pengumuman paras OPR pada Mac hadapan, dijangka akan kekal di paras 2.75%.
Menurut pengamatan ekonomi Bloomberg ini, sekiranya pelarasan 3.00% itu telah dilaksanakan maka disasar ia akan dikekalkan sehingga akhir tahun 2023 dan Malaysia bakal alami penurunan semula OPR hanya pada suku pertama 2024 dan dijangka kembali meningkat pada suku keempat 2024 atau awal 2025.

Manakala ramalan inflasi pula diletakkan paras 3% pada tahun ini dan 2.3% pada tahun 2024. Diikuti pertumbuhan ekonomi negara pula kekal paras 4% dan akan alami peningkatan kepada 4.6% menjelang 2024.
Aliran ini menurut penganalisis adalah berpaksikan kepada konsep ekonomi terbuka negara yang berdepan kesan akan kelembapan ekonomi global. Walaupun permintaan luar akan lebih perlahan, namun permintaan domestik negara kekal berdaya saing. Ini menjadi faktor kestabilan ekonomi Malaysia sepanjang tahun 2023.
by Faiz Riziq | Feb 15, 2023 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan
Ekoran perubahan tingkahlaku pengguna dalam aliran perbelanjaan negara semakin ketara kesan sokongan teknologi, Shopee kini mula menggandakan strategi pemasaran mereka – apabila meluaskan ciri SLoan, iaitu akses pinjaman fleksibel kepada para pengguna aktifnya.
Sebelum ini, akses SLoan hanya tersedia buat peniaga sahaja untuk mengukuhkan aliran kewangan mereka dalam perniagaan. Lebih menarik permohonan pinjaman ini dimaklumkan akan melalui proses kelulusan yang pantas untuk pengguna, iaitu dalam tempoh 24 jam sahaja.
Maka untuk menikmati akses pinjaman sehingga RM100,000 dan serendah RM1,000 ini, para pengguna perlu memuat-turun aplikasi Shopee untuk memiliki ciri SLoan tersebut. Selanjutnya memaparkan kad pengenalan diri ataupun kad MyPR (penduduk tetap) pada proses permohonan, untuk menjamin had umur pengguna menepati kriteria akses pinjaman iaitu berusia 18 tahun dan ke atas.

Manakala berhubung persoalan had kredit pinjaman yang lebih tinggi pula, kadar tersebut dimaklumkan akan ditentukan oleh Shopee berasaskan semakan berkala pada akaun aplikasi pengguna. Bagaimanapun ia boleh diselaraskan dari semasa ke semasa mengikut ketetapan aplikasi.
Namun perlu diingatkan, bagi setiap kelewatan membayar semula pinjaman ini – caj 8% tambahan akan dikenakan bagi setiap tunggakan ke atas pengguna. Diikuti kos setem 0.5% pada jumlah pinjaman, kadar faedah sekitar 18% setahun pada pinjaman dan penolakan RM5 bagi setiap pengeluaran pinjaman.
Meskipun akses ini telah tersedia pada aplikasi Shopee, tetapi hanya sekumpulan pengguna sahaja boleh laksana permohonan pinjaman. Dimaklumkan ciri SLoan ini akan diperluas dari semasa ke semasa kepada seluruh pengguna tidak lama lagi. Maka sebarang kesulitan yang berlaku, para pengguna boleh layari bahagian khidmat pelanggan Shopee untuk laksana aduan dan maklum-balas berhubung ciri aplikasi ini.

by Faiz Riziq | Feb 14, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Ekoran menerima maklum-balas yang baik pada inisiatif Menu Rahmah di pasaran melibatkan industri makanan, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini sedang pertimbang keupayaan penyertaan yang sama libatkan sektor perbankan dan korporat dalam inisiatif Rahmah negara.
Sekiranya kolaborasi yang lebih luas ini dicapai bersama syarikat besar seperti Petronas, Sime Darby, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan sektor perbankan negara, KPDN melihat ia akan membantu rakyat dengan lebih meluas – khususnya melalui aspek pengurangan tekanan kos sara hidup semasa.
Seperti yang umum ketahui, ketika ini sejumlah 15,000 premis kedai makan dan restoran telah turut serta menawarkan Menu Rahmah bernilai RM5 dan ke bawah kepada masyarakat negara. Lebih merancakkan inisiatif ini, apabila terdapat penyertaan restoran makanan segera dan kafe minuman turut menawarkan inisiatif yang sama kepada para pengguna. Buat masa ini, kenyataan itu masih diperingkat awal dan sebarang lanjutan insiatif akan dikongsikan KPDN dari semasa ke semasa kelak.
by Faiz Riziq | Feb 7, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Susulan aliran pendapatan kerajaan diperlihat menurun sejak 2012, Bank Dunia menyeru pentadbiran negara untuk mengukuhkan sumber pendapatan melalui sokongan mendalam pada segmen pelaburan. Menerusi peralihan negara pada ekonomi berteraskan pelaburan secara langsung, ini akan meluaskan lagi jejak pasaran negara dalam permintaan semasa. Sekaligus turut menambah-baik pelarasan gaji tempatan untuk tenaga kerja.
Selain saranan sedemikian, meningkatkan kecekapan cukai kepenggunaan dan meluaskan cukai pendapatan peribadi juga dapat membantu negara, mengukuhkan lagi perolehan hasil. Ini kerana, Bank Dunia menjangkakan pendapatan negara akan diparas 15% pada KDNK 2023, di mana lebih rendah berbanding matlamat awal yang diletakkan sekitar 16.7%.
Maka melalui usaha ini menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia Dr Apurva Sanghi pada laporan, ia akan membantu negara membentuk kembali ruang fiskal Malaysia, bersama kutipan hasil yang lebih tinggi dan kecekapan perbelanjaan lebih positif. Setakat ini secara menyeluruh, dijangka ekonomi negara akan berkembang sekitar 4.0% ekoran pertumbuhan dunia yang akan lebih perlahan.
by Faiz Riziq | Feb 3, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan, Tips, Tinjauan & Statistik
Pertumbuhan pinjaman bagi tahun ini, diperhatikan akan lebih sederhana sekitar 4.5% susulan tekanan inflasi yang mengakibatkan perubahan kos semasa lebih tinggi. Pengamatan Kenanga Research ini melihat aliran permohonan pinjaman telahpun semakin menurun pada Disember 2022, menyusut sekitar 16% rentetan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75% berlaku bagi November 2022. Paras itu sekaligus menjadikan kos pinjaman negara lebih mahal dengan perubahan kadar faedah dilaksanakan oleh setiap perbankan.
Malah menurut laporan, penyusutan ini turut berlaku ekoran penurunan pinjaman isi rumah telah merundum 19% disebabkan permintaan permohonan berkaitan hartanah pada tempoh tersebut berkurangan. Selain jangkaan penurunan permohonan itu, kadar kelulusan pinjaman juga dlihat semakin perlahan iaitu merosot 18% bagi bulan ke bulan. Namun aliran ini dijangka akan kembali berkembang menjelang April 2023 kelak, iaitu ketika musim perayaan.
Recent Comments