CIMB Group terus mengukuhkan kedudukan kumpulan, apabila prestasi 2022 berjaya merekodkan untung bersih teras bernilai RM6.21 bilion bersama lonjakan 33.5% secara menyeluruh untuk tahun 2022 yang berakhir pada 31 Disember lalu. Perkongsian CIMB pada sidang maya sebentar tadi turut menjelaskan peningkatan prestasi itu dapat diperlihat pada pulangan teras tahunan bagi purata ekuiti (ROE) yang telah meningkat sekitar 10.2% daripada 8.1%.

Selain itu, kumpulan juga turut memaparkan perolehan untung sebelum cukai (PBT) sekitar RM8.49 bilion dengan lonjakan 33.8%. Menurut CIMB, prestasi membrangsangkan ini dicetus hasil pertumbuhan pinjaman yang kukuh bersama pengembangan margin faedah bersih (NIM) serta hasil pengurusan kos yang baik pada pentadbiran.

Perkembangan positif ini dilihat selari dengan usaha kumpulan pada agenda Forwad+23 yang membantu CIMB membentuk kembali pelan strategik serta pembangunan portfolio kumpulan dalam penerokaan peluang pelaburan. Selanjutnya pada pasaran di masa hadapan, CIMB memiliki matlamat meningkatkan kecekapan teknologi dan kekuatan operasi kumpulan. Ia secara langsung tidak sekadar memberi pengalaman platform digital yang baik buat pengguna namun turut meningkatkan imej kumpulan di pasaran hadapan.

 

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?