by Faiz Riziq | Oct 19, 2023 | Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan
Bagi memastikan akses penyelesaian kewangan kekal fleksibel ke atas kumpulan pekerja di negara – Bank Islam kini laksana kesepakatan bersama Qwork, platform pengambilan pekerja bebas bagi memudahkan kumpulan pekerja khususnya buat kumpulan pekerja mahupun pekerja bebas.
Kebersamaan ini dilihat akan membantu pekerja antaranya di bawah platform Qwork meraih akses penyelesaian kewangan secara terus bersama Be U – Bank Islam. Aturan ini secara terus akan membantu mereka berdepan cabaran ekonomi semasa susulan persaingan kalangan arena ekonomi gig kian rancak.
Melalui perkongsian ini, kedua pihak berpendapat ia akan memberi kesan yang baik kepada komuniti ekonomi gig dalam meraih peluang pekerjaan dan menyeimbangkan kestabilan status kewangan mereka secara berkala.
Selain melaksanakan perkongsian bersama Qwork, Be U – Bank Islam sebelum ini turut telah melancarkan pengenalan kad debit kepada umum pada awal September 2023 lalu. Menerusi perluasan ini, dijangka terdapat lebih banyak akses baharu turut akan tersedia di bawah Be U kelak. Antaranya melibatkan pembiayaan bayara digital serta khidmat perancangan kewangan. Adanya akses sedemikian kelak, ini secara langsung akan memberi kelebihan kepada Qwork dan kumpulan pekerja bebas pada akses masa akan datang.
by Faiz Riziq | Oct 11, 2023 | Fakta & Informasi, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Bermula suku pertama 2024, para pengguna Touch ‘n Go eWallet dibolehkan untuk menerima akses menyertai dan mengambil bahagian dalam pelbagai produk pelaburan yang disenaraikan di Bursa Malaysia di bawah ciri GOinvest. Ketersediaan platform pelaburan tersebut akan memboleh pelabur untuk melabur dengan lancar dan berupaya memantau portfolio GOinvest mereka dengan lebih cekap pada satu aplikasi sahaja.
Pelaksanaan akses ini telah dicapai hasil kesepakatan Bursa Malaysia, TNG Digital bersama Affin Hwang Investment Bank pada sidang Memorandum Kerjasama hari ini, untuk membolehkan para pelabur runcit mengambil bahagian dalam pasaran saham menerusi platform TNGD.
Berdasarkan ketersediaan platform pelaburan saham digital di GOinvest kelak, Bursa menyasarkan sekitar 100,000 akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) akan diraih dalam tempoh setahun setelah ia dilancarkan. Melalui aturan ini sekaligus akan merancakkan penyertaan pengguna dalam pasaran modal Malaysia secara berperingkat.
Secara umumnya, Bursa kini memiliki sejumlah 3.14 juta pemegang akun CDS dan daripada jumlah itu sekitar 2.12 juta adalah akaun CDS runcit dengan hanya 1.4 juta akaun sahaja terlibat secara aktif dalam urusan perdagangan.
by Faiz Riziq | Oct 2, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Perbankan
Walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberi jaminan bahawa peniaga tidak akan terkesan akan pengenaan caj transaksi melibatkan pembayaran pada DuitNowQR bersama bank utama dan penyedia khidmat kewangan bukan-bank ketika ini, namun isu tersebut akan terus dperincikan lagi pada sidang Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) pada Selasa ini (3 Oktober).
Agenda itu menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melibatkan penyertaan BNM, bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Di mana pihaknya akan meneliti kesan ke atas peniaga dan pengguna susulan tindakan caj tersebut kelak. Buat pengetahuan umum, ketika ini hampir 1.9 juta pengguna menggunakan DuitNow QR.
Caj transaksi itu dikhuatiri tidak sekadar memberi kesan kepada peniaga tetapi turut akan memperlahankan lagi usaha digitalisasi negara sepertimana yang dirangka pada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di bawah Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI). Maka perbincangan susulan akan disemak secara bersama untuk memperkasakan lagi arena ekonomi digital negara.BN
by Faiz Riziq | Sep 7, 2023 | Fakta & Informasi, Perbankan
Mulai pertengahan 2024, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mewujudkan sebuah Portal Fraud Kebangsaan yang bertindak memaparkan maklumat akaun bank yang terlibat dalam aktiviti jenayah penipuan di Malaysia.
Dalam usaha itu, BNM memaklumkan kini bekerjasama dengan Payments Network Malaysia (PayNet) dan institusi perbankan untuk membangunkan sistem sedemikian bagi menganalisis akaun-akaun bank yang mencurigakan. Selain itu BNM turut akan menambah sokongan teknologi susulan pendekatan jenayah kewangan ketika ini menjadikan ia sebagai alat untuk dekati para pengguna, antaranya seperti penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Maka menerusi langkah ini, BNM menyasarkan ia berupaya membantu penduduk negara menangani, mengenalpasti akaun penipuan yang terlibat dengan lebih pantas. Selain itu usaha ini turut menyokong matlamat negara untuk mengurangkan ketirisan kesan jenayah kewangan dan memerangi kewujudan kedai akaun yang terus berleluasa di Malaysia.
by Faiz Riziq | Sep 4, 2023 | Fakta & Informasi, Perbankan
Bank Negara Malaysia (BNM) pada pertengahan Mei lalu, dimaklumkan telah mendenda Touch ‘n Go sekitar RM600,000 di bawah Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) – susulan melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA).
Ini disusuli kegagalan pihaknya untuk laksana tapisan ke atas pelanggannya yang dikenakan sekatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (Amla).
Berikutan isu berkenaan, TNG Digital telah didenda kesan kegagalan pihaknya menyaring pelanggan yang dibenarkan. Keputusan denda BNM ini untuk makluman telah dicapai setelah bank pusat negara mengambilkira pelbagai faktor dan menilai langkah pemulihan.
Tindakan denda tersebut bagaimanapun telah dimuktamadkan dan penyelesaian bayaran telahpun dilaksanakan TNG Digital pada 31 Mei lalu. Selain TNG Digital, BNM turut mengenakan tindakan yang sama ke atas tiga lagi syarikat kewangan lain meliputi MPI Generali Insurans,Mandiri International dan i-Serve Online Mall.
by Faiz Riziq | Aug 9, 2023 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan, Tips, Tinjauan & Statistik
Pada 17 Februari 2023 lalu, Rize secara rasmi telah dilancarkan sebagai sebuah bank digital yang dikuasakan oleh Bank Al-Rajhi Malaysia. Pada intinya, Rize adalah bank digital yang membantu rakyat Malaysia mendapatkan akses kepada pengalaman perbankan yang dibayangkan semula dengan teknologi terbaik. Semua keperluan perbankan Rize akan tersedia dalam aplikasi telefon pintar tanpa perlu pergi ke cawangan bank fizikal lagi.
Antara kelebihan utama Rize:
Personal Financing-i

Menawarkan pilihan pembiayaan peribadi yang berpatutan kepada pelanggan dan boleh disesuaikan untuk setiap tujuan hidup mereka. Personal Financing-i oleh Rize adalah produk pembiayaan digital tanpa kertas yang bebas masalah, memerlukan dokumen minimum dan tiada yuran pemprosesan. Pemohon hanya perlu mengambil empat langkah dan 15 minit untuk dapatkan wang pembiayaan dalam akaun mereka! Fuh!
Savings Pot

Rize telah memperkenalkan ciri eksklusif di Malaysia yang tidak ditawarkan oleh institusi kewangan atau pemain fintech lain. Savings Pot adalah tabung simpanan bank digital Malaysia yang tunggal dengan kadar keuntungan (profit rate), membolehkan pelanggan mendapatkan keuntungan sambil menyimpan duit. Semakin banyak mereka simpan, semakin banyak keuntungan yang akan mereka peroleh.
Ciri Savings Pot Rize juga membenarkan sumbangan daripada orang lain ke dalam tabung tersebut. Ini bermaksud seorang pelanggan Rize boleh mengajak keluarga dan sahabat untuk bersama menyumbang ke dalam tabung tersebut bagi mencapai matlamat tabung simpanan dengan lebih cepat. Sekarang jom kita tengok tutorial untuk membuka akaun bank digital secara online menggunakan aplikasi Rize ini.
Pertama sekali, kita kena muat turun aplikasi Rize MY di Google Play Store atau Apple App Store. Percuma je.

Tutorial Pembukaan Akaun:
Langkah 1: Klik ‘Sign up now’
Langkah 2: Setelah siap baca semua dokumen penerangan, tanda dan klik ‘Confirm’
Langkah 3: Baca syarat kelayakan seterusnya, tanda dan klik yang berkenaan
Langkah 4: Masukkan nama pendek yang diingini untuk kegunaan dalam aplikasi
Langkah 5: Masukkan nombor telefon
Langkah 6: Masukkan ‘password’ yang akan dihantar pada nombor telefon tadi. Kemudian klik ‘Next’
Langkah 7: Klik ‘Let’s continue’ untuk meneruskan proses
Langkah 8: Sahkan identiti anda
Sila ambil gambar bahagian depan dan belakang MyKad dalam keadaan cahaya terbaik dan tanpa silau. Kemudian anda akan dikehendaki untuk mengambil ‘selfie’ menggunakan kamera dalam aplikasi.
Langkah 9: Teruskan dan klik Let’s continue’
Langkah 10: Isi maklumat pekerjaan anda
Langkah 11: Jawab soalan yang dipaparkan, kemudian klik ‘Confirm’
Langkah 12: Semak maklumat yang telah diisi tadi, kemudian klik ‘Submit’
Langkah 13: Klik ‘Create my account’
Langkah 14: Masukkan password yang diingini
Pastikan password tersebut menepati syarat-syarat tertera
Langkah 15: Akaun anda telah siap dibuka! Cuma perlu masukkan minimum RM20 bagi mendapatkan akses penuh kepada bank digital Rize
Jika tiada apa-apa isu, akaun anda telah siap dibuka!
Langkah 16: Masukkan duit
Langkah 17: Log masuk ke bank sendiri seperti biasa dan pilih pemindahan duit melalui DuitNow
Langkah 18: Tahniah! Apabila pemindahan duit berjaya, anda dah boleh gunakan bank digital sekarang
Nak Dapatkan Kad Bank Rize?
Kalau anda berminat nak dapatkan kad fizikal Rize pun mudah juga. Rize menyediakan kad VISA Rize Debit. Boleh simpan kad debit ini nanti, mana tahu bila smartphone habis bateri, boleh bayar guna kad kan!
Recent Comments