Pada 17 Februari 2023 lalu, Rize secara rasmi telah dilancarkan sebagai sebuah bank digital yang dikuasakan oleh Bank Al-Rajhi Malaysia. Pada intinya, Rize adalah bank digital yang membantu rakyat Malaysia mendapatkan akses kepada pengalaman perbankan yang dibayangkan semula dengan teknologi terbaik. Semua keperluan perbankan Rize akan tersedia dalam aplikasi telefon pintar tanpa perlu pergi ke cawangan bank fizikal lagi.

 

Antara kelebihan utama Rize:

 

Personal Financing-i

 

 

Menawarkan pilihan pembiayaan peribadi yang berpatutan kepada pelanggan dan boleh disesuaikan untuk setiap tujuan hidup mereka. Personal Financing-i oleh Rize adalah produk pembiayaan digital tanpa kertas yang bebas masalah, memerlukan dokumen minimum dan tiada yuran pemprosesan. Pemohon hanya perlu mengambil empat langkah dan 15 minit untuk dapatkan wang pembiayaan dalam akaun mereka! Fuh!

 

Savings Pot

 

Rize telah memperkenalkan ciri eksklusif di Malaysia yang tidak ditawarkan oleh institusi kewangan atau pemain fintech lain. Savings Pot adalah tabung simpanan bank digital Malaysia yang tunggal dengan kadar keuntungan (profit rate), membolehkan pelanggan mendapatkan keuntungan sambil menyimpan duit. Semakin banyak mereka simpan, semakin banyak keuntungan yang akan mereka peroleh.

Ciri Savings Pot Rize juga membenarkan sumbangan daripada orang lain ke dalam tabung tersebut. Ini bermaksud seorang pelanggan Rize boleh mengajak keluarga dan sahabat untuk bersama menyumbang ke dalam tabung tersebut bagi mencapai matlamat tabung simpanan dengan lebih cepat. Sekarang jom kita tengok tutorial untuk membuka akaun bank digital secara online menggunakan aplikasi Rize ini.

Pertama sekali, kita kena muat turun aplikasi Rize MY di Google Play Store atau Apple App StorePercuma je.

 

 

Tutorial Pembukaan Akaun:

 

Langkah 1: Klik ‘Sign up now’

Langkah 2: Setelah siap baca semua dokumen penerangan, tanda dan klik ‘Confirm’

Langkah 3: Baca syarat kelayakan seterusnya, tanda dan klik yang berkenaan

Langkah 4: Masukkan nama pendek yang diingini untuk kegunaan dalam aplikasi

Langkah 5: Masukkan nombor telefon

Langkah 6: Masukkan ‘password’ yang akan dihantar pada nombor telefon tadi. Kemudian klik ‘Next’

Langkah 7: Klik ‘Let’s continue’ untuk meneruskan proses

Langkah 8: Sahkan identiti anda

Sila ambil gambar bahagian depan dan belakang MyKad dalam keadaan cahaya terbaik dan tanpa silau. Kemudian anda akan dikehendaki untuk mengambil ‘selfie’ menggunakan kamera dalam aplikasi.

Langkah 9: Teruskan dan klik Let’s continue’

Langkah 10: Isi maklumat pekerjaan anda

Langkah 11: Jawab soalan yang dipaparkan, kemudian klik ‘Confirm’

Langkah 12: Semak maklumat yang telah diisi tadi, kemudian klik ‘Submit’

Langkah 13: Klik ‘Create my account’

Langkah 14: Masukkan password yang diingini

Pastikan password tersebut menepati syarat-syarat tertera

Langkah 15: Akaun anda telah siap dibuka! Cuma perlu masukkan minimum RM20 bagi mendapatkan akses penuh kepada bank digital Rize

Jika tiada apa-apa isu, akaun anda telah siap dibuka!

Langkah 16: Masukkan duit

Langkah 17: Log masuk ke bank sendiri seperti biasa dan pilih pemindahan duit melalui DuitNow

Langkah 18: Tahniah! Apabila pemindahan duit berjaya, anda dah boleh gunakan bank digital sekarang

 

Nak Dapatkan Kad Bank Rize?

Kalau anda berminat nak dapatkan kad fizikal Rize pun mudah juga. Rize menyediakan kad VISA Rize Debit. Boleh simpan kad debit ini nanti, mana tahu bila smartphone habis bateri, boleh bayar guna kad kan!

Online
Hi! Boleh kami bantu?