by Faiz Riziq | Nov 9, 2023 | Fakta & Informasi, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Selepas melancarkan siri khidmat pembayaran QR rentas sempadan di Singapura, Indonesia dan Thailand – pelanggan Maybank kini dapat menikmati akses yang sama ketika melancong ke China. Langkah ini tidak sekadar memberi manfaat kepada lebih 8 juta pengguna MAE tetapi turut memudahkan lebih 700,000 peniaga Maybank QRPay di Malaysia meraih akses transaksi dari pelancong China ketika berbelanja di negara.
Melalui penambahan koridor China bersama usahasama PayNet dan Alipay ini, ia turut mengukuhkan lagi kedudukan Maybank pada pasaran kewangan antarabangsa – dengan meningkatkan lagi usaha penyelesaian nirtunai negara di peringkat global.
Buat pengetahuan umum, dijangka pada tahun ini sejumlah 5 juta pelancong China akan memasuki Malaysia menyumbang kepada kemasukan pelancong secara menyeluruh sekitar 16 juta pada 2023. Menerusi kemasukan tersebut, ini akan meningkatkan lagi aliran perbelanjaan pelancongan negara. Setakat 2019 sekitar RM15.3 bilion telah disumbangkan pelancong China di Malaysia.
by Faiz Riziq | Nov 2, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Perbankan
Pentadbiran Malaysia ketika ini tidak bercadang serta kekal dengan pendirian untuk tidak laksana sebarang tindakan menambat ringgit dan kawalan tukaran mata wang asing – sepertimana yang dilaksanakan ketika berdepan Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998 lalu.
Aturan itu dilihat bukanlah penyelesaian yang mutlak susulan ekonomi dan sistem kewangan negara ketika ini adalah pada kedudukan yang lebih baik berdasarkan pasaran global. Malah cadangan itu sekadar menyebabkan Malaysia kehilangan kebebasan pada dasar monetari dan perlu mengikut kadar faedah mata wang menambaht ringgit.
Sekiranya negara ingin melaksanakan langkah, maka jika ringgit ditambat dengan dolar AS – maka negara perlu naikkan kadar faedah kita selari dengan kadar faedah di AS. Ia sekaligus meningkatkan lagi tekanan kepada kos pembiayaan kepada rakyat Malaysia. Senario itu secara langsung akan mendesak Bank Negara Malaysia (BNM) melaras naik Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke ambang yang lebih tinggi – iaitu sama seperti AS lebihi 5%.
Menjawab persoalan ketika sesi Parlimen itu, Kementerian Kewangan (MOF) melihat pelbagai aspek perlu diambilkira. Tindakan menambat ringgit tidak sekadar menjadikan paras OPR lebih tinggi bahkan aturan itu berupaya mempengaruhi sentimen pelabur yang berpotensi menjejaskan aliran modal negara.
by Faiz Riziq | Oct 31, 2023 | Fakta & Informasi, Perbankan
Lebih 70% penduduk di Malaysia masih tidak menitikberatkan faktor keselamatan ketika laksana urusan di platform kewangan digital. Antaranya didapati 1 daripada 3 rakyat Malaysia berkongsikan kata laluan perbankan mereka.
Risiko ini menurut Bank Negara Malaysia (BNM) pada sidang Karnival Celik Kewangan Sempena Bulan Literasi Kewangan minggu lalu melalui Timbalan Gabenor Adnan Zaylani sekaligus mendedahkan para pengguna ke arah aktiviti penipuan.
Ini disokong lagi dengan data tinjauan Bank Dunia, setakat 2021 sekitar 79% rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan kewangan digital pada 2021 dengan 45% menggunakannya buat kali pertama. Maka ancaman kewangan ini harus diutamakan untuk memastikan faktor keselamatan pengguna terus terpelihara.
Pada usaha tersebut sejak tahun lalu BNM telah meningkatkan celik kewangan digital di bawah FEN (Jaringan Pendidikan Kewangan). Untuk makluman perluasan inisiatif tidak sekadar melibatkan institusi kewangan sahaja tetapi turut merangkumi pendidikan kewangan menyeluruh di Malaysia secara berperingkat. Namun perlu diakui usaha ini masih diperingkat sederhana dan akan terus diperluas secara berkala.
by Faiz Riziq | Oct 30, 2023 | Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan
Sepanjang tahun 2023 ini, didapati terdapat 455 jumlah penipuan permohonan pinjaman direkodkan, dikesan oleh bank komersial negara. Jumlah sedemikian menurut Kementerian Kewangan (MOF) berupaya membawa nilai kerugian sebanyak RM5.6 juta sekiranya tidak dibendung.
Bagaimanapun, hasil kecekapan semakan – perbankan berjaya menyekat pengeluaran majoriti permohonan pinjaman, melalui 455 permohonan yang diterima, pengeluaran hanya berjaya dibuat ke atas 50 pinjaman sahaja dengan jumlah kerugian sebanyak RM268,574.
Berdasarkan jumlah itu, pihak perbankan telah bertindak untuk menyerap kos kerugian tersebut dan tidak mengenakan caj ke atas pelanggan yang menjadi mangsa susulan maklumat mereka digunapakai pada aktiviti penipuan tersebut. Untuk makluman permohonan pinjaman ini meliputi pinjaman seperti perumahan, kenderaan, perniagaan kecil sederhana (PKS) dan pinjaman peribadi.
by Faiz Riziq | Oct 30, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan
Masih ramai rakyat negara yang bergelut dengan kesukaran – apabila melibatkan wang kecemasan. Setakat ini, hampir 50% rakyat Malaysia sukar untuk sediakan RM1,000 untuk tujuan tersebut. Pengamatan Bank Negara Malaysia (BNM) ini didasari berasaskan tinjauan Rangkuman dan Keupayaan Kewangan yang dijalankan sejak 2015. Meskipun tahap pengetahuan kewangan penduduk negara semakin meningkat namun kesedaran berhubung kepentingan kecemasa yang lagi rendah. Antaranya 1 per 3 rakyat kekal tidak berminat akan faedah disebalik insurans dan takaful.
Lebih membimbangkan, walaupun rakyat telah mula sedari keperluan pendidikan kewangan untuk membantu aliran tunai mereka – namun ia masih tidak seiring dengan sikap dan amalan pengurusan kewangan semasa mereka. Ini disokong mengikut Statistik Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) yang menunjukkan ramai pihak perlu berhutang untuk penuhi tuntutan kecemasan.
Gabenor BNM, Abdul Rasheed turut dapati situasi ini tidak sekadar menyentuh kumpulan pendapatan rendah sahaja. Bahkan kumpulan berpendapatan pertengahan M40 juga turut antara berdepan kesukaran dengan beban hutang, walaupun perolehan mereka lebih seimbang.
by Faiz Riziq | Oct 20, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan
Seperti yang dijanjikan pada Ogos lalu, Kementerian Kewangan (MOF) kini memaklumkan agihan e-tunai RM100 akan dilaksanakan bermula Disember kelak kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan. Agihan menurut MOF ini akan dikreditkan dan berpotensi memberi manfaat kepada kumpulan dewasa berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM100,000 ke bawah- melibatkan golongan B40 dan M40 di Malaysia. Difahamkan saluran ini juga akan melibatkan sejumlah RM1 bilion peruntukan pada dana terbabit. Selain itu ia tidak sekadar memanfaatkan golongan isi rumah sahaja tetapi turut meliputi kumpulan peniaga dan penjaja di pasaran.
Recent Comments