by Faiz Riziq | Sep 11, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi
Sejak akhir tahun lalu, Pos Malaysia telah mula meluaskan segmen perniagaan mereka dengan meneroka cabang baharu membabitkan rangkaian serbaneka, Pos Shop. Setelah lebih setahun, kini Pos Shop secara rasminya memiliki 36 cawangan di seluruh negara, memperlihatkan permintaan yang baik daripada pengguna negara.
Untuk makluman umum, di bawah rangkaian serbaneka Pos Shop ini terdapat juga penawaran Pos Kafe buat kemudahan para pengguna. Menerusi kepelbagaian khidmat ini ia secara langsung merealisasikan matlamat Pos Malaysia untuk mengabungkan perkhidmatan tradisional bersama akses moden.

Melalui usaha ini, ia secara langsung memberi pendedahan kepada pengguna antara khidmat untuk meraih pengalaman berbelanja dengan lancar pada akses penyelesaian sehenti. Langkah ini juga tidak hanya memberi pulangan kepada Pos Malaysia bahkan ke atas peniaga kecil negara yang turut terlibat sama dalam penawaran produk di rangkaian serbaneka kumpulan. Secara menyeluruh, Pos Malaysia optimis untuk terus meluaskan jejak Pos Shop dengan memiliki 50 cawangan pada tahun ini dan merancang menambah 40 lagi cawangan pada tahun 2025.
by Faiz Riziq | Sep 6, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan Kadar Dasar Semalaman adalah kekal di paras 3.00% – langkah itu sekaligus menjadikan ia kadar yang sama setelah setahun, sejak ia dinaikkan pada Mei 2023 lalu. Pelarasan di bawah sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ini didasari akan persekitaran ekonomi Malaysia yang semakin meluas diimbangi kemasukan pelaburan yang membrangsangkan.
Pertumbuhan eksport yang positif bersama permintaan dalam negeri yang stabil juga turut mengukuhkan lagi pasaran negara. Malah aliran perbelanjaan isi rumah di negara juga kekal berdaya saing, dan disokong prestasi pasaran kerja yang lebih baik berikutan kadar pengangguran telah menurun ke paras 3.3%. Secara menyeluruh, BNM akan terus memantau dan berwaspada akan perkembangan pasaran semasa dan menjamin pertumbuhan ekonomi Malaysia terus mampan tatkala keadaan harga kekal stabil.
by Faiz Riziq | Sep 5, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan
Dalam memastikan isu pertindihan peranan dan pembaziran dana negara dapat diatasi dengan lancar, pentadbiran negara kini menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan. Makluman demikian dikongsikan ketika sidang himpunan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini, di mana sekretariat tersebut dilaksanakan serta-merta dan mendapat kerjasama penuh bersama kabinet negara.
Seperti yang umum ketahui, negara miliki pelbagai badan berkanun dalam pengurusan semasa. Situasi ini secara langsung telah menyebabkan beberapa bahagian berdepan pertindihan fungsi dan sukar untuk disemak. Ia secara langsung membawa kepada perbelanjaan yang berlebihan dalam sesuatu tugasan.
Usaha ini sekaligus membantu menstrukturkan semula kecekapan perkhidmatan awam, badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Malah ia juga bertindak meleraikan pertindihan pengagihan kuasa, di samping meraih sistem awam yang lebih cekap bersama perbelanjaan yang lebih teratur.
by Faiz Riziq | Sep 3, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Dalam memastikan aliran perdagangan antarabangsa terus diperkukuh dan dipeluaskan – Malaysia bersama New Zealand hari ini telah mencapai kesepakatan untuk tingkatkan nilai perdagangan dua hala sekitar 50% pada 2030. Selain aktiviti ekonomi, kebersamaan yang dicapai antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon ini turut diperluaskan kepada pautan pendidikan dan pembangunan belia di pasaran semasa.
Lebih menarik, kedua negara turut sedang bekerjasama dalam aturan e-pensijilan dan kerjasama kastam baharu bagi meningkatkan lagi kecekapan di sempadan perdagangan. Adanya pertambahan nilai dagangan ini, ia berupaya meningkatkan aliran eksport dan import bersama Malaysia. Setakat 2023 sahaja, New Zealand adalah rakan dagangan ke-28 terbesar di Malaysia. Di mana menjadi destinasi eksport ke 22, diikuti sumber import ke 27 pada kalangan negara di rantau Oceania.
Secara menyeluruh kedua negara telah mencatatkan jumlah perdagangan sekitar RM11.56 bilion bersama 24 projek pelaburan telah diluluskan bagi 2023, yang membawa nilai RM238.28 juta dengan menjana 1,137 pekerjaan kepada pasaran Malaysia.
by Faiz Riziq | Sep 3, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka akan terus mengekalkan pelarasan kadar dasar semalaman (OPR) di paras 3.00%, sepertimana yang ditetapkan sejak Mei 2023 lalu. Aturan itu berikutan seiring dengan paras inflasi semasa, di mana menurut notis Standard Chartered hari ini – inflasi Julai lalu memaparkan paras sederhana dengan 2.0% diikuti inflasi utama sekitar 1.9%. Selain faktor itu, berikutan tiada pengumuman untuk langkah subsidi bersasar selanjutnya maka situasi itu tidak akan memberi kesan yang ketara pada paras inflasi negara.
Namun pasaran negara perlu kekal berjaga, berikutan risiko ketika ini adalah OPR cenderung mengalami kenaikan, tidak lagi penurunan rentetan prestasi ekonomi negara kian memulih. Dan buat pengetahuan umum paras OPR 3.00% telah dikuat kuasakan sejak tahun lalu. Sekiranya ia alami perubahan dan dinaikkan pada 5 September kelak – ia sekaligus menamatkan pengekalan OPR yang telah dilaksanakan sebanyak 8 kali bermula Mei 2023.
by Faiz Riziq | Aug 28, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Perubahan sentimen pengguna dalam perbelanjaan rentetan konflik yang berlaku di Timur Tengah – Berjaya Food kini berdepan kerugian bersih sebanyak RM91.51 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 (FY24). Kesan tekanan tersebut, mengikut makluman Bursa hasil kumpulan turut didapati menyusut 34.6% kepada RM730.3 juta berbanding RM1.11 bilion yang dicapai pada tahun lalu.
Selain kesan sentimen sedemikian, BFood juga memperincikan tindakan pelupusan kepentingan ekuiti dalam Jollibean Foods turut menjejaskan rekod hasil dan kerugian kumpulan. Meskipun berdepan tempoh sukar ini, operasi kumpulan kekal optimis akan pemulihan prestasi pada tahun kewangan mendatang. Aturan ini akan diselari dengan pelarasan strategik dan pengukuhan kewangan secara berperingkat.
Recent Comments